Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Ketuk ketampi bogel

28.7.11

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Ketuk ketampi bogel 2005: K'jaan bayar pampasan
Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.
Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.
Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.
Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.
Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak  RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.
Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.
Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.

sumber:malaysiakini

Kambing Berwajah Makhluk Asing

14.6.11

 
PELIK...Zakaria menatang anak kambing kesayangannya yang dilahirkan tiga hari lalu menampilkan keunikan pada wajahnya.


ALOR GAJAH: Seekor anak kambing yang baru tiga hari dilahirkan di Kampung Baru (2) Gadek berwajah pelik menyerupai watak makhluk asing ‘Sully’ dalam filem animasi ‘Monster Inc’ dan didakwa mengeluarkan suara seperti bayi.

Anak kambing diberi nama ‘Mewa’ sempena singkatan ‘Istimewa’ oleh pemiliknya, Zakaria Husin, 70, yang mula menyedari keanehan pada haiwan ternakannya itu yang dilahirkan kembar di kandang miliknya.


“Ibu kambing itu melahirkan anak kembar dan ketika hendak membersihkan bendalir pada tubuh seekor anak kambing itu, saya terkejut melihat wajahnya yang pelik tidak seperti kebanyakan kambing lain dengan matanya tersembul keluar. Seekor lagi anak kambing itu dilahirkan normal,” katanya.

Lebih mengejutkan, Zakaria mendakwa anak kambing itu tidak mengembek kerana bunyinya seakan-akan bayi menangis dan ada ketikanya dia mendengar ia seolah-olah menjerit perkataan ‘mak’.


“Saya kasihan melihat keadaan fizikalnya dan disebabkan wajahnya yang unik itu menyebabkan dia sukar berdiri dengan betul dan kepalanya bergoyang ke kiri dan juga ke kanan serta tidak stabil, selain lidahnya terjelir sejak lahir,” katanya.


Menurut Zakaria, ‘Mewa’ tidak boleh menyusu ibunya sendiri kerana lidahnya sentiasa terjelir dan dibantu dan jika tidak ia tidak duduk diam, malah akan mula merengek seperti bayi.
 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL