KETIKA BERGAUL

7.10.09



SEMPURNA Islam kerana agama ini telah menyediakan suatu 'garis panduan' yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang tidak kira usia dan kedudukan. Hatta dalam aspek pergaulan ada disertakan panduan agar komunikasi kita dalam masyarakat dapat berjalan lancar.

Sebagai wanita kerjaya, kita biasa menghadiri majlis seperti makan malam dan berjumpa pelbagai orang. Kita berbual, bersembang dan berkomunikasi, membina rangkaian kenalan untuk manfaat diri sendiri dan syarikat yang diwakili.

Semua ini juga ada adab dan etika yang harus dipatuhi. Antaranya garis panduan yang diberikan Rasulullah iaitu " Jika kamu bertiga, maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nampak remeh tetapi demikianlah Islam memberikan peringatan mengenai etika pergaulan dan komunikasi. Ini demi memastikan keharmonian dalam perhubungan. Selain itu, komunikasi yang berkesan haruslah menepati apa yang dimaksudkan, bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul pelbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.

0 conteng-conteng:

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL