Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Psiko Papan Tanda

28.6.11

Kalau rakan blogger terpandang papan tanda sebegini apa yang rakan2 fikirkan...tergamam ker...atau ade cctv kat situ merakamkan perbuatan rakan2...hehehehe...

adakah rakyat malaysia nie memang suka membuang sampah merata-rata tempat....ataupun kat jalan raya.....

sumber:malaysiasensasi.net

Ibu Kepada CEO Meninggal

14.6.11

Ibu ucapkan takziah kepada keluarga CEO ibu atas kematian ibunda yang tersayang....ramai yang pergi ke Muar untuk menziarah...ibu tak pergi....

Semoga rohnyer dicucuri rahmat n ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Amin...

Tahukah Korang Binatang Yang Paling Susah Dibunuh

22.12.10


Korang tahu tak binatang yang paling sukar dibunuh....tentu korang tahu n ade jugak yang tak tahu.....so kita belajar sains jap hari nie...



RANK 5 - East African Giant Snail


Serupa seperti siput biasa, cuma menda nih bleh mencapai 8 inci panjangnya. Masyarakat Afrika Timur sudah mencuba pelbagai cara untuk membunuh menda ni, sperti membakar dan racun tetapi masih tidak berhasil.



RANK 4 - Water Bears


Water bears adalah binatang air yg mikroskopik dan ia sangat susah dibunuh malah tidak boleh dibekukan. Menda ni bleh bertahan pada suhu -273 darjah celcius. Malahan bom nuklear pun tidak mampu mengapa-apakan menda nih. Ia boleh kembali ke bentuk kering dan semasa dibentuk ini ia kebal terhadap radiasi. Menda ni juga kebal terhadap nitrogen cair dan asam mineral.



RANK 3 - Tree Weta


Binatang yang sangat menyeramkan. Darah Tree Weta mengandungi protein istimewa yang air dibadannya tidak boleh dibekukan. Ini bererti, kiranya menda ni dibekukan sekalipun, darah dibadannya masih mengalir dan berfungsi seperti biasa. Ketika beku, otak dan hati menda ni tidak berfungsi, namun ia akan kembali aktif selepas ia cair. Ini membuktikan, menda ni boleh mati atau dibunuh, tetapi akan hidup semula.. Seperti zombi!



RANK 2 - Lungfish


Lungfish boleh hidup tanpa air selama 6 bulan. Hanya dengan sedikit air, natang ni boleh hidup kembali.



RANK 1 - Immortal Jellyfish


Immortal bermakna abadi, dan ubur-ubur nih mmg seperti namanya, tidak boleh mati. Menda ni lahir dan membesar seperti biasa. Namun hidupnya tiada pengakhiran. Ia akan kembali ke bentuk polyp (bayi ubur2) dan hidupnya akan bermula semula dari awal!

p/s Ajaibkan kekuasaan Allah...

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

7.8.10

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu ....

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain

Kamu juga yang akan MENYESAL....


Lagu dan Kisah Anak Soleh

10.7.10

Mimpi Abu Qilabah

Seorang yang bernama Abu Qilabat telah bermimpi ada kubur-kubur pecah di kawasan perkuburan. Dari kubur-kubur itu keluar mayat. Semua mayat kelihatan bercahaya pada wajahnya kecuali seorang. Mayat yang wajahnya tidak bercahaya itu adalah juran Abu Qilabat ketika hidup dahulu.

Abu Qilabat pun berkata kepada mayat itu, “Aku tidak nampak cahaya di wajahmu seperti yang lain-lain.” “Mereka ada anak-anak dan teman yang berdoa serta bersedekah. Anakku tidak mendoakan aku dan tidak bersedekah untukku.” Kata mayat itu.

Keesokan harinya, Abu Qilabah pun mencari anak jirannya itu. Dia menceritakan mimpi itu kepadanya. Anak jiran Abu Qilabat pun segera menyedari kesilapannya. Semenjak ayahnya meninggal dunia memang dia tidak pernah berdoa dan bersedekah. Dia berasa bersalah apabila mendengar cerita Abu Qilabah.

Semenjak hari itu, dia sentiasa beribadat, berdoa, dan bersedekah untuk ayahnya yang sudah meninggal dunia. Dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Selepas beberapa lama Abu Qilabah bermimpi lagi. Kali ini dia melihat ada cahaya pada wajah mayat yang dahulu tidak bercahaya. Malah cahaya itu lebih terang daripada mayat lain.

Semoga kisah ini menjadi satu teladan kepada kita semua. Bagi kita yang masih mempunyai ibu bapa yang hidup, berbaktilah dengan apa jua cara sekalipun. Bukan bermakna dengan memberi kesenangan material sahaja, sebab ibu bapa kita bukanlah mengharapkan sumbangan RM sahaja, namun kasih sayang anak dan keprihatinan kita untuk mereka. Luangkanlah masa mengunjungi ibu bapa di kampung, dan kalau tak dapat menziarahi mereka, selalu lah berhubung dengan telefon. Segala kemudahan sedia ada di sekeliling kita, hanya menunggu tindakan dari kita sendiri untuk berbuatnya.

sumber

Lagu Anak Soleh

gambar oleh google

Kami Anak-Anakmu
Ingin Memohon Restu
Wahai Ibuku Wahai Ayahku
Ampunkan Dosa-Dosaku
Wahai Ibuku Wahai Ayahku
Redhakan Akan Diriku

 *Ku Hulurkan Salam

Untuk Rasul Junjungan
Moga Disyafaatkan

Ya Allah Ya Rabbi Ya Fatahu Ya ’Alim
Ya Rahman Ya Rahim
Wahai Tuhanku Kasihi Daku
Kasih Ibu Dan Ayahku
Wahai Tuhan Rahmati Daku
Rahmati Ibu Dan Ayahku
Selamatkan Mereka Dari Azab Neraka
Dan Bencana Dunia
Hubungkan Mereka Dengan Tali-Mu
Amin Ya Rabbal ’Alamin

* Wahai Tuhanku
 Limpahkan Hidayah-Mu
Untuk Ayah Dan Ibuku

Wahai Tuhanku
Berkati Daku
Berkati Ibu Ayahku
Sayangilah Mereka Seperti Mana
Mereka Menyayangiku
Dan Mengasihiku Waktu Kecilku
Tak Terbalas Budi Jasanya

Wahai Ibuku Wahai Ayahku
Didiklah Anak-Anakmu
Moga Menjadi Penyejuk Di Mata
Penawar Resah Hatimu

Ampunkan Segala Keterlanjuranku
Halalkan Makan Minumku
Doakan Semoga
Aku Selamat Dunia



Selamat Hari Persahabatan

9.7.10

Tegur aku jika aku mulai sombong…  
Tegur aku jika aku mulai angkuh…  
Tegur aku jika aku mulai salah…  
Kerana aku masih perlu sahabat seperti kamu…  
Hari ini, esok dan selamanya... 
JJJ

"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"
  

  
 


Persahabatan itu seperti tangan dgn mata...     
Saat tangan terluka, mata menangis...     
Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...     
"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"   

Melihat Dunia daripada Kaca Mata Kambing.....

7.6.10

bagi melayan keboringan opismate aku n aku sekali ditengahari ...diorang telah membincangkan satu isu yang aku rasakan agak boleh di ketengahkan...aku just nak pandangan korang tentang tajuk di atas....



1. salah satu dari sudut kemasyarakatan n sosial...di mana dari kaca mata kambing apabila melihat dunia adalah sape yang kuat dialah yang akan menjadik ketua ...ketua kambing....so apa pandangan korang daripada sudut yang berlainan mengikut kaca mata kambing....

2. sudut seks...kita lihat kambing jantan akan 'buat' kepada memana kambing betina yang dia suka ....ade tak manusia yang macam tu...mungkin manusia menggunakan cara yang berbeza...so dari kaca mata kambing...tentulah dia berfikir "manusia niepun dah sama macam aku.....memang nak jadik kambing macam aku ker...?"

3. korang fikirlah sendiri...cayokkkkkkkkk


Kopi Panas Pekat LAgi Kaw dan Sebatang Rokok....

19.4.10


gambar oleh google

Sedang aku berblogging...opismate aku bukak topik tentang ROKOK...akupun terus tanya kat diorang ape yang bestnyer hisap rokok tu...n ape rasanyer rokok tu...sedap ker tidak...sebab aku tengok klu diorang dah merokok susah sangat nak berhenti...addicted...

diorang kata menghisap rokok tu kita umpama menghisap asap kopi hitam yang pekat lagi kaw..betul ker...klu gitu kena minum kopi kapal apilah...hahaha...diorang mengibaratkan umpama kita minum kopi masa hujan..ibarat minum kopi selepas penat bekerja...sedapkan...mcam tulah diibaratkan menghisap rokok...

so apa2 pun jangan sesekali menghisap rokok...sayangilah orang yang tersayang


Hadiahkan Secebis Doa Buat Anak Kecil Ini....

16.4.10

mohon rakan2 semua agar bersama2 mendoakan agar adik hana sihat sejahtera hendaknyer...dengar cerita daripada ibu adik hana...


"Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian"





Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

 



Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya.




 

Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.




 

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat,baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.

 

Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

 

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.



Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

 

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

 

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)





Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu.. emailkanlah kepada saya, rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

 



Solat Hajat



1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.



2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.



3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.




 

Ayat Kursi



Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.




Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.





Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU

 

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna.

 

Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak diotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

 



credits to http://fiverul.blogspot.com/

Kenapa Citer Perlu Sampai Beratus Episod

15.4.10

Aku nampak sekarang nie...trend drama bersiri banyak yang berepisod sampai beratus2...nasib baik tak beribu2 lemon...banyak drama yang trendnyer mcam nie adelah drama daripada luar...aku pun tak faham ape sebenarnyer tujuan untuk buat sampai beratus2 episod...atau sekadar untuk menambahkan perencah bagi menyedapkan lagi jalan citer drama tersebut...dah kita terpaksa menunggu ngan sabar episod demi episod...dan klu bleh tak mahu ketinggalan langsung setiap episod tu...kekadang endingnyer macam tak seperti apa yang kita harapkan...sedih jugak sebab kita menunggu begitu lama untuk tahu kesudahan sesuatu citer tu...

klu dulu citer bawang putih bawang merah...lama gila nak tunggu sampai episod lastnyer...naik tension sebab tak abis...endingnyer bawang putih kawin...n mimpi....



bebaru nie telenovela lalola...walaupun citer nyer best tapi lama sangat nak habis...seingat aku masa aku morning sickness sampailah firas dah lahir n dah 9 bulan baru citer tu habis...fuyooooo punyalah lama citer tu habis...


n sekarang nie citer tasbih cinta...memang best..sebab klu aku cuti duk kat rumah mesti tak tinggal nak tunggu jugak citer tu....tapi jangalah endingnyer hampeh pulak...buat penat aje tunggu...


yang menjadik persoalannyer...apakah tujuannyer penerbit buat macam tu yerk...????

JODOH berulangkali RAKUSKAH wanita...?

5.4.10

Apa pendapat korang ngan tajuk nie...jodoh berulangkali rakuskan WANITA...aku memang tertarik ngan tajuk nie..betul ker klu wanita berulangkali kahwin bermakna RAKUS...tapi klu kita tengok RAKUSnyer wanita tu bukan pada nafsu tapi pelbagai benda dan kaedah yang WANITA nie bersikap rakus....deng..deng..deng...apa bendalah tu yerk..?



Bekahwin lebih dari satu sinonim dengan kaum lelaki atau lebih senang disebut poligami.  Namun situasi yang seakan sama juga turut berlaku pada kaun WANITA.  Dalam mencari kebahagian ada wanita yang berkahwin beberapa kali namun akhirnya menemui jalan penceraian.

Bagaimanapun perkahwinan bukanlah semata-mata kerana tuntutan nafsu, carilah suami yang boleh mendidik dan membimbing isteri dengan baik agar dapat membina rumah tangga yang berpanjangan.

Menurut pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad Perkahwinan itu merupakan satu lambang kemuliaan.  Apabila rumah tangga bukan sahaja pasangan tetapu mereka yang berada di sekeliling mahu melihat perkahwinan yang dibina bahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat.

Sebenarnya tidak menjadi kesalahan apabila wanita berkahwin lagi.  Terutama kepada wanita berkahwin yang pernah menikmati keindahan kehidupan suami isteri.  Terdapat wanita mempunyai dorongan nafsu yang kuat dan wajib kepada mereka untuk berkawhin lagi bagi mengelakkan timbulnya masalah sosial.  Dengan perkahwinan baru juga, dapat menjauhi diri daripada perhubunan luar nikah yang memberi impak yang lebih besar kepada institusi masyarakat, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berkahwin pada usia muda.

Tidak mahu memegang status janda atau ibu tunggal juga antara faktor wanita tidak mahu berlama-lamaan bersendirian.  Sebenarnya, bergelar janda itu sendiri sudah mendedahkan diri dengan fitnah, terutamanya apabila melibatkan pekerjaan yang sentiasa berurusan dengan orang ramai.

Secara mudahnya, anggaplah bahawa pertemuan dan perpisahan itu sebagai satu ketentuan.  Bagi wanita yang tidak serik dengan kegagalan perkahwinan terdahulu, setiap perkahwinan baru dilihat dar sudut yang positive.



sumber: Mingguan Wanita

pesanan penaja...tepuklah dada..tanyalah hati...

Happy Birthday To You...

2.4.10


Aku ingin mengucapkan Happy Birthday kepada semua blogger yang lahir bulan April...dan asben aku pun lahir pada bulan April..iaitu 18 April...so sempena hari kelahiran dia pada bulan April so aku dengan senang hatinyer menukar background aku kepada tema birthday...ok tak...tentu ok nyer lah...klu bleh biar lah sampai sebulan...tapi klu sebulan tak leh plak..sebab bulan Mei plak birthday aku...n bulan Jun plak...birthday Nabilah, Nabil n Firas...anak2 aku semuanya lahir bulan Jun so diorang bleh share kek tiga tingkat...hehehe....klu mcm tu kenalah plak aku letak tema birthday selama tiga bulan berturut2...hehehe...mengarut ajelah aku nie...oklah...mari kita wish sesama untuk diorang yang menyambut birthday pada bulan April nie


Selamat Hari Lahir...
Selamat Hari Lahir
Semoga Panjang Umur n dimurahkan Rezeki....Amin


ADAB MUSLIM BERGAUL

29.3.10

Adab erat kaitannya dengan perilaku. Biasanya adab berhubungan dengan latar budaya seseorang. Banyak kisah yang menceritakan bagaimana seseorang harus memperhatikan masalah adab maupun mengetahui budaya yang ada di sekitarnya. Budaya yang berbeda dapat menyebabkan kesalahpahaman antar sesama.

Dalam lembar sejarah Islam, kita mengetahui bagaimana Rasulullah SAW mengajarkan para sahabatnya tentang tatakrama, mulai memberi salam, makan hingga berkunjung ke tempat orang lain. Rasulullah juga mempersiapkan salah seorang sahabatnya bila akan diutus menjadi duta ke suatu wilayah dengan menyuruhnya memperhatikan perilaku dan budaya yang berlaku disana. Oleh karena itu kita mengenal duta Islam pertama yaitu Mus’ab bin Umair. Beliau diutus untuk mempersiapkan hijrahnya Rasulullah SAW.

Keberhasilan Mus’ab ini dapat dilihat dari masuknya seluruh masyarakat Madinah menyambut seruan itu dan bahkan menanti-nanti kedatangan Rasulullah SAW untuk tinggal bersama mereka. Selanjutnya terbukti bahwa penduduk Madinah menjadi penyokong utama da’wah Rasulullah SAW di kemudian hari.


Sebagai seorang muslim, adab dan perilaku dapat menjadi alat untuk berda’wah. Oleh karena itulah adab dan perilaku kita merujuk kepada Rasulullah SAW, karena dialah yang menjadi panutan umat Islam. Adab juga merupakan hasil dari pemahaman dan pengamalan kita terhadap nilai-nilai Islam yang kita ketahui. Dari lembar siroh kita dapat mengetahui bahwa kemuliaan akhlaq dan perilaku ini dapat melunakkan hati bahkan mengajak seseorang masuk ke dalam Islam dengan kesadarannya sendiri.

 
Kisah seorang wanita yahudi yang selalu meludahi Rasulullah SAW setiap akan sholat ke Masjidil Haram kemudian tergerak hatinya masuk Islam karena Rasulullah SAW-lah yang pertama menjenguknya ketika dia sakit. Dari adab inilah cahaya Islam terpancar. Keutamaan dan kemuliaan Islam akan bersinar melalui adab-adab yang dimiliki umatnya.

 
II. Adab ketika akan bertemu dengan orang lain
1. Adab berpenampilan

Rasulullah SAW memberikan nasehat bagaimana seorang muslim berpenampilan: “Sesungguhnya kalian akan mendatangi saudara-saudara kalian (sesama muslim), maka perbaikilah kondisi perjalanan kalian, perindahlah pakaian kalian sehingga keadaan kalian seakan-akan wangi dalam pandangan manusia karena Allah tidak menyukai kejorokan dan sikap jorok.” (HR. Abu Daud)

 
Rasulullah SAW juga memberi peringatan bagi seseorang yang tidak memperhatikan penampilannya ketika akan bertemu dengan orang lain, sabdanya: “Rasulullah datang berkunjung kepada kami kemudian beliau melihat seorang laki-laki yang pakainnya kotor lantas beliau bersabda, “Apakah orang ini tidak mendapatkan sesuatu untuk mencuci pakaiannya.” (HR. Imam Ahmad dan Nasa’i)

 
2. Adab menjaga kebersihan mulut (mulut siapa bau 'LONGKANG' ?)

 
Masalah pakaian dan bau mulut ternyata bagian perhatian yang perlu dijaga. Rasulullah bersabda, “Kalau sekiranya aku tidak khawatir memberatkan umatku, maka pastilah akan aku perintahkan kepada mereka bersiwak (menggosok gigi) setiap kali hendak wudhu.” (HR. Muslim)

 
Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang memakan bawang merah, putih dan kurats (sejenis makanan yang meninggalkan bau yang menyengat), maka janganlah ia sekali-kali ia mendekati masjid. Malaikat merasa terganggu apa-apa yang mengganggu anak Adam.” (HR. Muslim)

 
Bahkan bagi setiap laki-laki disunnahkan mandi dan memakai minyak wangi sebelum pergi sholat jum’at. Untuk kondisi sehari-hari Rasulullah mencontohkan bagaimana ia selalu menjaga kebersihan dan keharuman badannya.

Dalam hal ini Anas bin Malik ra. berkata, “Aku tidak pernah sama sekali mencium ambar dan mistik (aroma wewangian) yang lebih wangi dari yang tercium dari tubuh Rasulullah SAW.” (HR. Muslim)



3. Menjaga kebersihan rambut dan badan

Rasulullah SAW memerintahkan kepada kaum muslimin untuk menjaga rambut mereka. Sabdanya, “Siapa-siapa yang memiliki rambut maka hendaklah ia menghormatinya.” (HR. Abu Daud). Maksud menghormati disini ialah membersihkannya (mencuci rambut), menyisirnya, memakaikan wewangian dan memperindah bentuk dan penampilannya.

Dalam hal membersihkan badan secara keseluruhan, Rasulullah SAW mengingatkan batas minimalnya. “Adalah merupakan hak atas seorang muslim ketika mandi dalam seminggu, agar sehari daripadanya ia membasahi kepala (keramas) dan badannya.” (mutafaqu’alaih)

Hadits diatas mengingatkan kita untuk membersihkan kepala kita dalam sepekan sehingga kepala dan kulit kepala kita bersih dan wangi sebagaimana tubuh kita.

 
III. Adab pergaulan sehari-hari
1. Adab meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain

Islam sangat menghargai privacy seseorang. Oleh karena itu seorang muslim ketika akan berkunjung hendaklah memperhatikan masalah ini.

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian mendatangi rumah-rumah itu dari depan melainkan dari samping-sampingnya. Maka minta izinlah dan jika diizinkan bagi kalian maka masuklah, kalau tidak mendapat izin pulanglah.” (HR. Thabrani)

2. Mengucapkan salam

“Apabila salah seorang kalian sampai pada suatu majelis maka hendaklah ia mengucapkan salam, sebab bukanlah yang pertama lebih berhak dari yang terakhir.” (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi ia berkata hasan)


3. Adab dalam majelis

a. Hendaklah salah seorang mereka duduk di tempat yang mereka dapatkan di majelis tanpa merasa kurang dihormati/diremehka n. (HR. Abu Daud)

b. Tidak boleh dua orang yang sedang berbicara disela, kecuali dengan izin dari keduanya. (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi)

c. Bila majelis itu penuh dan tidak ada tempat bagi yang baru datang maka Rasulullah menyuruh mereka untuk melonggarkan dan merapatkan diri agar orang tersebut dapat tempat. (HR. Al Khamsah)

d. Jika majelis tersebut bersifat khusus dan membicarakan masalah khusus, maka Rasulullah melarang orang lain bergabung dalam majelis tersebut.

e. Diantara adab majelis adalah hendaknya tidak menempati tempat duduk seseorang yang meninggalkannya sementara ada keperluan. (HR. Muslim)

f. Hendaknya dua orang tidak berbisik-bisik tanpa meminta izin dari orang ketiga karena akan membuat orang ketiga itu sakit hati/sedih. (HR. Bukhari dan Muslim)



4. Adab Makan

a. Membaca

basmalah

b. Makan dengan tangan kanan

c. Memakan dari sisi yang depan

d. Tawadhu ketika makan

e. Tidak boleh mencela makanan

f. Tidak meniup makanan yang masih panas

g. Mencuci tangan sebelum makan dan sesudah makan

 
5. Adab Minum

a. Minum dengan tangan kanan

b. Minum sambil duduk

c. Berdo’a sebelum dan sesudah makan

d. Mendahulukan orang di sebelah kanan

e. Diharamkan makan dan minum dari wadah yang terbuat dari emas dan perak



6. Tata cara makan dan minum di tempat orang lain

a. Datang karena diundang

b. Tidak membawa orang yang tidak diundang

c. Menjaga harga diri

d. Berdo’a untuk pemilik hidangan

e. Bersegera pulang setelah menghadiri acara (tidak berlama-lama)



7. Dalam pergaulan sehari-hari ada beberapa yang perlu diperhatikan:

a. Mengucapkan dan menjawab salam

b. Berjabat tangan (hanya untuk sesama jenis)

c. Khalwah tidak diperkenankan karena menimbulkan fitnah



* AYUH SAMA-SAMALAH KITA MERENUNG. YA ALLAH PERBAIKILAH AKHLAK KAMI & SAUDARA-SAUDARA KAMI !

apa-apa aje...

24.3.10


sebenarnya aku ade banyak nak citer psal anak aku...last2nyer jadik pekasam aje aku simpan...bukannyer ape..semenjak kehilangan handphone susah dah nak ambik gambar...takkan asyik nak bawak kamera aje...pastu klu pkai kamera tu nak upload gambar kena buka dianyermemory card...so tu yang mls sangat nak update citer pasal diorang....tak apalah skit ari nanti akan aku citer pasal anak aku balik yer...pastu tak lah jadik pekasam lagi citer2 tu...



Selagi Ade Mase....

18.3.10

Renung2kanlah....untuk kita bersama...

Arman masih lagi tekun di hadapan monitor komputernya komputernya,

mengetuk-ngetuk papan kekunci. Sesekali dia menyentuh tetikus yang terletakdi sebelah kanan monitornya. Sibuk. Sibuk sekali. Semenjak

dipertanggungjawabkan dengan projek baru ini oleh majikannya, Arman begitusibuk sekali. Sehingga kesemua kerjanya yang tidak sempat disiapkan dipejabat dibawa pulang bersamanya ke rumah.


Jam menunjukkan sudah pukul 9.00 malam. Normah, isteri Arman baru sahaja keluar dari bilik setelah selesai menunaikan solat fardhu Isya'. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Arman masih tidak berganjak dari meja komputernya. "Bang, tak berhenti untuk solat dulu ke? Kerja tu kan nanti boleh disambung?" tegur Normah dengan lembut. "Hm..." dengus Arman sebagai membalas peringatan oleh isterinya.


Normah berlalu. Dia tidak berani untuk menegur dengan lebih lagi. Normah cukup kenal benar dengan perangai Arman yang panas baran. Lalu Normah mengambil bakul yang dipenuhi dengan pakaian yang telah kering yang diambil dari ampaian petang tadi. Sewaktu melintasi sisi Arman, tangan Normah telah disambar oleh suaminya. Arman mengenggam tangan Normah sambil merenungnya seketika.


"Awak tahu tidak projek ini penting untuk saya? Ini bagaikan nyawa kerjaya saya. Tak perlu awak nak susah-susah ingatkan saya waktu solat seperti saya anak-anak awak. Tugas ini amanah majikan kepada saya. Saya pasti Allah faham apa yang saya buat. Tahu?" bentak Arman. Normah hanya tunduk memandang lantai. Memanglah, jika diikut dari segi pendidikan, Arman jauh lebih tinggi darinya. Sama ada akademik mahupun agama.

Arman melepaskan gengaman tangannya terhadap Norman dan kemudian meneruskan kerjanya. Begitu asyiknya dia menaip sehingga terlupa waktu terus berlalu. Sedar-sedar, jam sudahpun pukul 12 tengah malam. "Allah... Dah larut rupanya. Patutlah aku rasa mengantuk sangat." bisik Arman kepada dirinya sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Dalam tidak sedar Arman terlelap ditempat duduknya.


*******

Arman hanya tersedar apabila terasa bahunya bagaikan digerak oleh

seseorang. Dengan mata yang kelat, Arman melihat sekujur tubuh yang besar dan tinggi berada disebelahnya. Arman cuba mengangkat kepalanya tetapi rasanya, mungkin 'makhluk' itu telah menahan kepalanya dari mendongak.

"Hai manusia. Hari ini aku akan pisahkan engkau dari dunia yang engkau cintai ini!" suara milik tubuh yang besar itu bagaikan halilintar membelah bumi. "Tapi... Siapa engkau...?" Tanya Arman dengan nada yang tersekat-sekat. Seraya kemudian makhluk itu mula ketawa membuatkan Arman terasa bagaikan rumahnya sedang dilanda gempa bumi.

"Kau tak perlu tahu siapa aku. Mari. Ikut aku. aku akan segera membawamu bertemu dengan Tuhanmu yang sering kau abaikan!" kaki Arman menggeletar mendengar kata-kata makhluk tersebut. Bertemu Tuhan? Allah? Serta-merta Arman teringat bahawa dia masih belum menunaikan solat. "Wahai makhluk, tolonglah aku. Jika benar kau ingin membawa aku bertemu denganNya, izinkanlah aku tunaikan solat dahulu..."

Sekali lagi makhluk itu ketawa. "Apa? Kau masih ada keinginan untuk

bersolat? Bagus... Tetapi mengapa baru sekarang? Sekarang sudah jam berapa wahai manusia?" Arman terdiam ketika diajukan soalan begitu. Serta-merta dipandangannya kelihatan wajah Normah yang telah mengingatkannya agar segera menunaikan kewajipannya tadi. Bukan itu sekali sahaja tetapi berbilang-bilang kali.

"Aku hairan dengan kamu manusia. Tatkala terdengar berita tentang lombong emas di suatu tempat, kamu akan bersegera ke sana. Padahal ianya hanyalah sementara. Dan apabila terdengar tentang sesuatu nikmat, kamu juga akan segera ke sana. Sedangkan ianya sia-sia. Tetapi Allah mengkhabarkan kamu tentang harta di syurga yang kekal dan nikmatnya yang tidak terhingga di sana, mengapa kamu tidak berkejaran untuk mendapatkannya?"

Arman terkedu. Terasa benar apa yang dituturkan oleh makhluk itu tepat mengena batang hidungnya. Airmatanya mula menitis. Arman mulai kesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya selama ini. Dia selalu alpa. Dia selalu lupa. Terkadang memang sengaja dia buat-buat lupa untuk mendirikan solat pada awal waktu. Bukan itu sahaja. Malah sesiapa yang cuba mengingatkan pasti akan 'disekolahkan' olehnya.
Hidupnya terlalu mengutamakan dunia. Jika cuba diingatkan, dengan bersahaja Arman akan katakan bahawa Nabi saw menyuruh kita makan terlebih dahulu jika makan sudah dihidangkan. Ataupun dia akan sibuk mengulang tentang amanah.Katanya tugasnya adalah amanah dan sebagai muslim dia diwajibkan menunaikan amanah. Memang rakan-rakannya tidak mampu melawan hujahnya. Itulah yang memang Arman mahukan.

 
Cuma sekali, Arman memang cukup sakit hati dengan Majid. Kerana Majid pernah mematikan hujahnya. Kata Majid, benarlah Nabi saw kata makan dahulu jika makanan telah terhidang. Tetapi Nabi saw makan tidak seperti kita. Baginda hanya memakan roti dan sup atau beberapa butir kurma. Dan berhenti pula sebelum kenyang. Jadi masih sempat bersolat di awal waktu di masjid secara berjamaah. Geram Arman kerana tidak mampu menjawabnya.

 
"Wahai manusia! Bersedialah untuk dihisab. Bersedialah untuk ditanya tentang perintah yang telah diamanahkan buatmu. Bersedia dengan alasan mengapa kau meninggikan amanah hamba lebih dari Pencipta mereka." Arman kali ini betul-betul menggeletar. Dia bagaikan sudah terasa bahang api neraka yang bakal menyambarnya. Dia bagaikan sudah terlihat ular-ular gemuk yang sedang menantinya di lembah yang terpencil.

 
"Siapapun engkau wahai makhluk, tolonglah lepaskan aku. Tolonglah.

Tolong..."

*******
"Bang! Abang! Ya Allah... Tidur duduk macam ni pun masih boleh mengigau?" Normah menggoncang bahu Arman. Kuatnya bunyi Arman mengigau sehinggakan Normah yang telah tertidur di bilik pun boleh terjaga jadinya.

Arman bingkas bangun. Dia meraba-raba seluruh tubuhnya. "Alhamdulillah...Aku masih hidup!" Arman segera berlari ke bilik air. "Abang dah taubat Mah. Abang tak nak tangguh solat lagi!" jeritnya kepada Normah ketika hampir sampai ke pintu bilik air. Normah mengucapkan kesyukuran mendengar pertuturan Arman tadi. Tetapi dia jadi tertanya mimpi apakah agaknya yang mampu menyadarkan suaminya itu tadi. Tidak mengapalah. Yang penting Arman kini telah sedar.

Bagi Arman, mimpi itu cukup memberi makna. Benar, amanah wajib dijaga tetapi amanah Allah adalah sebesar-besar amanah yang lebih utama. Dan benar Allah memerintahkan mencari rezeki tetapi bukan sehingga mengenepikan perintahNya. Sesungguhnya rezeki itu Allah yang beri. Bukan majikan. Bukan projek yang sedang dibuatnya. Sesungguhnya Arman merasa sungguh beruntung kerana diperingatan sebelum tibanya hari di mana tiada lagi peringatan yang berguna...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL