Selagi Ade Mase....

18.3.10

Renung2kanlah....untuk kita bersama...

Arman masih lagi tekun di hadapan monitor komputernya komputernya,

mengetuk-ngetuk papan kekunci. Sesekali dia menyentuh tetikus yang terletakdi sebelah kanan monitornya. Sibuk. Sibuk sekali. Semenjak

dipertanggungjawabkan dengan projek baru ini oleh majikannya, Arman begitusibuk sekali. Sehingga kesemua kerjanya yang tidak sempat disiapkan dipejabat dibawa pulang bersamanya ke rumah.


Jam menunjukkan sudah pukul 9.00 malam. Normah, isteri Arman baru sahaja keluar dari bilik setelah selesai menunaikan solat fardhu Isya'. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Arman masih tidak berganjak dari meja komputernya. "Bang, tak berhenti untuk solat dulu ke? Kerja tu kan nanti boleh disambung?" tegur Normah dengan lembut. "Hm..." dengus Arman sebagai membalas peringatan oleh isterinya.


Normah berlalu. Dia tidak berani untuk menegur dengan lebih lagi. Normah cukup kenal benar dengan perangai Arman yang panas baran. Lalu Normah mengambil bakul yang dipenuhi dengan pakaian yang telah kering yang diambil dari ampaian petang tadi. Sewaktu melintasi sisi Arman, tangan Normah telah disambar oleh suaminya. Arman mengenggam tangan Normah sambil merenungnya seketika.


"Awak tahu tidak projek ini penting untuk saya? Ini bagaikan nyawa kerjaya saya. Tak perlu awak nak susah-susah ingatkan saya waktu solat seperti saya anak-anak awak. Tugas ini amanah majikan kepada saya. Saya pasti Allah faham apa yang saya buat. Tahu?" bentak Arman. Normah hanya tunduk memandang lantai. Memanglah, jika diikut dari segi pendidikan, Arman jauh lebih tinggi darinya. Sama ada akademik mahupun agama.

Arman melepaskan gengaman tangannya terhadap Norman dan kemudian meneruskan kerjanya. Begitu asyiknya dia menaip sehingga terlupa waktu terus berlalu. Sedar-sedar, jam sudahpun pukul 12 tengah malam. "Allah... Dah larut rupanya. Patutlah aku rasa mengantuk sangat." bisik Arman kepada dirinya sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Dalam tidak sedar Arman terlelap ditempat duduknya.


*******

Arman hanya tersedar apabila terasa bahunya bagaikan digerak oleh

seseorang. Dengan mata yang kelat, Arman melihat sekujur tubuh yang besar dan tinggi berada disebelahnya. Arman cuba mengangkat kepalanya tetapi rasanya, mungkin 'makhluk' itu telah menahan kepalanya dari mendongak.

"Hai manusia. Hari ini aku akan pisahkan engkau dari dunia yang engkau cintai ini!" suara milik tubuh yang besar itu bagaikan halilintar membelah bumi. "Tapi... Siapa engkau...?" Tanya Arman dengan nada yang tersekat-sekat. Seraya kemudian makhluk itu mula ketawa membuatkan Arman terasa bagaikan rumahnya sedang dilanda gempa bumi.

"Kau tak perlu tahu siapa aku. Mari. Ikut aku. aku akan segera membawamu bertemu dengan Tuhanmu yang sering kau abaikan!" kaki Arman menggeletar mendengar kata-kata makhluk tersebut. Bertemu Tuhan? Allah? Serta-merta Arman teringat bahawa dia masih belum menunaikan solat. "Wahai makhluk, tolonglah aku. Jika benar kau ingin membawa aku bertemu denganNya, izinkanlah aku tunaikan solat dahulu..."

Sekali lagi makhluk itu ketawa. "Apa? Kau masih ada keinginan untuk

bersolat? Bagus... Tetapi mengapa baru sekarang? Sekarang sudah jam berapa wahai manusia?" Arman terdiam ketika diajukan soalan begitu. Serta-merta dipandangannya kelihatan wajah Normah yang telah mengingatkannya agar segera menunaikan kewajipannya tadi. Bukan itu sekali sahaja tetapi berbilang-bilang kali.

"Aku hairan dengan kamu manusia. Tatkala terdengar berita tentang lombong emas di suatu tempat, kamu akan bersegera ke sana. Padahal ianya hanyalah sementara. Dan apabila terdengar tentang sesuatu nikmat, kamu juga akan segera ke sana. Sedangkan ianya sia-sia. Tetapi Allah mengkhabarkan kamu tentang harta di syurga yang kekal dan nikmatnya yang tidak terhingga di sana, mengapa kamu tidak berkejaran untuk mendapatkannya?"

Arman terkedu. Terasa benar apa yang dituturkan oleh makhluk itu tepat mengena batang hidungnya. Airmatanya mula menitis. Arman mulai kesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya selama ini. Dia selalu alpa. Dia selalu lupa. Terkadang memang sengaja dia buat-buat lupa untuk mendirikan solat pada awal waktu. Bukan itu sahaja. Malah sesiapa yang cuba mengingatkan pasti akan 'disekolahkan' olehnya.
Hidupnya terlalu mengutamakan dunia. Jika cuba diingatkan, dengan bersahaja Arman akan katakan bahawa Nabi saw menyuruh kita makan terlebih dahulu jika makan sudah dihidangkan. Ataupun dia akan sibuk mengulang tentang amanah.Katanya tugasnya adalah amanah dan sebagai muslim dia diwajibkan menunaikan amanah. Memang rakan-rakannya tidak mampu melawan hujahnya. Itulah yang memang Arman mahukan.

 
Cuma sekali, Arman memang cukup sakit hati dengan Majid. Kerana Majid pernah mematikan hujahnya. Kata Majid, benarlah Nabi saw kata makan dahulu jika makanan telah terhidang. Tetapi Nabi saw makan tidak seperti kita. Baginda hanya memakan roti dan sup atau beberapa butir kurma. Dan berhenti pula sebelum kenyang. Jadi masih sempat bersolat di awal waktu di masjid secara berjamaah. Geram Arman kerana tidak mampu menjawabnya.

 
"Wahai manusia! Bersedialah untuk dihisab. Bersedialah untuk ditanya tentang perintah yang telah diamanahkan buatmu. Bersedia dengan alasan mengapa kau meninggikan amanah hamba lebih dari Pencipta mereka." Arman kali ini betul-betul menggeletar. Dia bagaikan sudah terasa bahang api neraka yang bakal menyambarnya. Dia bagaikan sudah terlihat ular-ular gemuk yang sedang menantinya di lembah yang terpencil.

 
"Siapapun engkau wahai makhluk, tolonglah lepaskan aku. Tolonglah.

Tolong..."

*******
"Bang! Abang! Ya Allah... Tidur duduk macam ni pun masih boleh mengigau?" Normah menggoncang bahu Arman. Kuatnya bunyi Arman mengigau sehinggakan Normah yang telah tertidur di bilik pun boleh terjaga jadinya.

Arman bingkas bangun. Dia meraba-raba seluruh tubuhnya. "Alhamdulillah...Aku masih hidup!" Arman segera berlari ke bilik air. "Abang dah taubat Mah. Abang tak nak tangguh solat lagi!" jeritnya kepada Normah ketika hampir sampai ke pintu bilik air. Normah mengucapkan kesyukuran mendengar pertuturan Arman tadi. Tetapi dia jadi tertanya mimpi apakah agaknya yang mampu menyadarkan suaminya itu tadi. Tidak mengapalah. Yang penting Arman kini telah sedar.

Bagi Arman, mimpi itu cukup memberi makna. Benar, amanah wajib dijaga tetapi amanah Allah adalah sebesar-besar amanah yang lebih utama. Dan benar Allah memerintahkan mencari rezeki tetapi bukan sehingga mengenepikan perintahNya. Sesungguhnya rezeki itu Allah yang beri. Bukan majikan. Bukan projek yang sedang dibuatnya. Sesungguhnya Arman merasa sungguh beruntung kerana diperingatan sebelum tibanya hari di mana tiada lagi peringatan yang berguna...

2 conteng-conteng:

Ain berkata...

ain pun pernah mimpi mcm nie...

alhamdulillah terjaga dan masih diberi peluang untuk bertaubat....

takut sesangat....huhuhu....

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

sama gak..lily pon pernah mimpi mcm nie..

Mmg takut sesgt..

Tp syukurlah..ia merpakan peringatan buat diri lily!!!

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL