Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Ketuk ketampi bogel

28.7.11

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Ketuk ketampi bogel 2005: K'jaan bayar pampasan
Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.
Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.
Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.
Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.
Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak  RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.
Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.
Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.

sumber:malaysiakini

Peristiwa 60 Saat Di Internet

27.7.11

Dah petang baru ibu nak update blog....tak kisahlah kalau orang kata ibu nie blogger tegar ker apeker...yang penting ibu dapat mencoretkan segalanyer di sini segala luahan perasaan n tak puas hatipun di sini.....actually ibu nak coretkan insiden yang berlaku kat ibu pagi tadik....so menyebabkan ibu masuk opis lewat klu ikutkan ayah...dia suruh ibu cuti aje...tapi bila ibu fikirkan balik tak bleh cuti..nanti nak raya tak ade cuti plak....ok untuk insiden tu ibu buat pada n3 esok kot sebab tak bleh nak bluetooth kat opis....

Dah jauh sangat dah ibu membebel...berbalik kepada tajuk asal n3 adelah tentang peristiwa yang berlaku diinternet selama tempoh 60 saat...klu kita drive keta dalam tempoh 60 saat lebih kurang 1km hingga 1.5km average bergantung kepada kelajuan ajelah....


oleh itu tahukah anda bahawa internet sangat cepat pergerakannya. Tidak menunggu sesaat pun, siapa yang lambat maka dia akan ketinggalan. Berikut adalah perkara yang terjadi di dunia maya dalam masa 60 saat;
  • 1500+ postingan di blog
  • 98,000 twit terbaru
  • 12,000 iklan terbaru di craiglist(FJB Terbesar)
  • 20,000 postingan terbaru di Tumblr
  • 600 video terbaru di Youtube
  • 70 Domain Didaftarkan
  • 13,000 Aplikasi iPhone telah didownlod
  • 320 Akun Twitter terbaru
  • 100 Akun Linkedin terbaru
  • 6,600 Foto dipublish di Flickr
  • 125 Plugin WordPress terunduh
  • 50 Core WordPress terunduh
  • 79,364 Wall terkirim di Facebook
  • 695,000 Status Facebook diupdate
  • 510,040 Komentar muncul di Facebook
  • 1,700 Aplikasi Mozilla Firefox terdownload
  • 694,445 kata dicari di Google
  • 168 Juta Email terkirim
  • 60 Blog terbaru dibuat
  • 40 Pertanyaan di Yahoo answer dan 100 jawapan diberikan
  • 1,600 Orang Membaca di Scribd
  • 1 Kata terdefinisi di Urban Dictonaries
  • total 370,000 menit telepon di Skype
  • 13,000 jam muzik streaming di Pandora
Seperti itulah yang terjadi di internet selama 60 saat, dan anda sekarang telah tahu kenapa 1 minit begitu berharga di dunia maya.

p/s wowwww banyak benda boleh buat dalam 1 minit....


Sejarah Hari Ibu....Fikirkanlah...

4.5.11

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
 
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. 
 
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
 
p/s terpulanglah kepada kita yang hendak menilaikannyer....

Lebih Lama Dalam Kandungan dan Lebih Lama Disusukan, Lebih Besar Akalnya ;-)

21.4.11

Perkembangan otak bayi dipengaruhi oleh jangkamasa dia di dalam kandungan ibunya dan jangkamasa dia menyusu susu ibu.

 Lebih lama seseorang bayi di dalam kandungan dan lebih lama dia menyusu susu ibu, maka semakin besarlah otaknya. Kesimpulan ini dibuat hasil kajian yang dijalankan oleh Universiti Durham ke atas 128 spesis mamalia, termasuk manusia.


Penemuan ini menguatkan lagi saranan Islam dan juga WHO tentang tempoh dua tahun penyusuan susu ibu.

Perbandingan turut dibuat antara manusia yang mengandungkan anaknya selama 9 bulan dan menyusukan selama dua tahun yang mempunyai 1,300cc otak, dengan rusa yang bunting selama 7 bulan dan menyusukan anaknya maksima 6 bulan sahaja yang mempunyai 220cc otak.

sumber:ratuhati.com

Tempat Ibu Selalu Korek Resepi

20.4.11

Bebaru nie ibu ade masak skit untuk besday ayah...aku buat nasik tomato, ayam masak merah, acar timun n kek batik  yang guna biskut tu....alhamdulillah first time buat nasik tomato jadik jugak nasik ibu....semua resepi ibu ambik kat My Resepi ...ibu buat biskut raya pun menggunakan resepi kat situ...senang n mudah...lagi satu kebaikan My Resepi nie....siap ade gambar n mereka yang komen bleh letakkan gambar masakan yang berjaya menggunakan resepi yang terdapat kat situ....so jangan berlengah lagi....klu nak mencuba pelbagai resepi klik aje My Resepi


Janggut Dan Misai Yang Best....Joom tengok.......

22.3.11


kepada kaum hawa yang membela misai dan janggut....dinasihatkan agar sentiasa membelai dan menjaga janggut dan misai anda supaya sentiasa kelihatan cantik, handsome, best n rapi....

disini ingin aku berikan beberapa contoh misai dan janggut yang telah didandan rapi oleh tuan punya misai n janggut berkenaan....korang bleh jadikan panduan 






















Panjang Umur

24.2.11


Tenggelam lagi....tak ade mood nak berblogging....entahlah....tapi bagi tidak mengecewakan diri sendiri...buatlah n3 tentang panjang umur...

Ini adalah salah satu tips panjang umur bagi umat islam. Ia adalah tips yang melibatkan konsep 'give and take' dimana anda perlu memberi atau membayar dahulu dan akan memperoleh keuntungannya kemudian.

Ia bukan skim cepat kaya atau ajaran sesat. Ia adalah aturan Allah untuk amalan mulia hambanya.

Setiap hari selepas solat, kita biasanya akan berdoa. Selalunya kita akan berdoa untuk diri dan keluarga. Antara doa yang popular ialah doa kesejahteraan dunia akhirat dan dijauhkan sanak-saudara dari azab kubur.

Ada doa yang mendoakan muslimin dan muslimat dijauhkan dari azab kubur. Sebenarnya inilah doa yang perlu anda laburkan untuk mendapat kembali pulangan pelaburan daripada ahli kubur selepas tempoh tertentu.

Kita tahu bahawa doa yang cepat sampai ialah doa dari anak kepada orang tua dan doa daripada darah daging sendiri.

Doa daripada orang luar kepada kita agak lambat sampai ke dalam 'registry'. Ini bukannya masalah 'software' atau '[server' di langit yang lembab, tetapi ini adalah 'system' yang telah ditetapkan oleh Allah.

Pertalian darah itu memberikan kelebihan kepada ketangkasan proses doa untuk sampai ke langit.

Demikianlah 'system' Allah supaya kita mendidik anak-anak dan ahli keluarga menjadi orang yang beriman kerana apabila mereka memahami agama, dan sentiasa mendoakan kita, maka itulah ubat kepada kita di alam barzakh nanti.

Maka amat rugi bagi mereka yang lalai mendekatkan keluarga dengan agama.

Ketika manusia disiksa di alam kubur, maka malaikat tiba-tiba berhenti daripada menjalankan tugasnya.

Maka terpinga-pinga dan terkulat-kulat muslimin dan muslimat yang sedang menjalani siksa kubur dan tertanya-tanya, "Wahai Malaikat, mengapa terberhenti siksaan tersebut?"

Lalu malaikat menjawab, "satu mesej baru sahaja tiba, bulan lepas si Abu ada mendoakan supaya siksaan kubur orang kampungnya dikurangkan. Jadi, tuhan sudah 'approve' dan kami beri kamu rehat 3 hari dari siksaan kubur. Selamat berehat".

Demikianlah ilustrasi yang agaknya berlaku di alam kubur tetapi konsepnya adalah sebegitu.

Maka disini, muslimin dan muslimat yang disiksa itu terus memanjatkan doa supaya si Abu tadi dipanjangkan umur kalau boleh sehingga hari kiamat kerana doa-doanya akan meringankan siksa kubur muslimin dan muslimat yang beruntung memperoleh dari kerajinan ibadat dan doanya.

Demikianlah kita kalau rajin mendoakan ayah ibu dan sanak saudara yang telah pergi agar dijauhkan dari siksa kubur.

Ketahuilah mereka akan sentiasa mendoakan, semoga kita dipanjangkan umur agar kita terus menyumbang doa lagi kepada mereka dimasa mendatang.

Kemudian didoakan semoga murah rezeki supaya kita ada lebih masa untuk beribadat dan berdoa untuk mereka. Ketahuilah azab kubur itu amat berat.

Mereka akan sentiasa mahukan tiket pelepasan dari azab ini. Beruntung ibu dan ayah kepada anak yang soleh dan solehah. Beruntunglah mereka yang mendidik kelaurga dan keturunan ke jalan Allah.

 Inilah tips bagaimana kita inginkan orang mendoakan kita supaya panjang umur dan murah rezeki.

Bayangkan kalau setiap hari kita mendoakan seluruhmuslimin dan muslimat semoga diringankan azab kubur. Sekiranya doa kita sampai, berjuta dan berbilion daripada mereka mendoakan kita.

Ini bukanlah kisah atau cereka. Ia juga bukan cerita atau jenaka. Ia adalah perkara di dalam kitab yang mana dihuraikan untuk kefahaman yang mudah.

Maka janganlah membuang masa dan jadikanlah ia amalan. Insyallah mendapat berkat dengan meyakini agama yang satu ini. Wallahua'lam. 

Diari Ayah

18.2.11

Untuk Perkongsian Bersama...


26 Januari 1992

Hari ini, menjadi titik indah buatku. Hadirnya cahaya mata ini mengutuhkan lagi hubungan kami sebagai sepasang suami isteri. Telah lama ku tunggu saat ini menjadi kenyataan, terima kasih tuhan, aku teramat mensyukuri nikmatmu. akan ku sujud syukur sebagai tanda syukur padaMu, yang telah mengabuli doa kami. terima kasih Tuhan, akan ku jaga sang anak ini, dengan sepenuh kasih cinta. Akan ku lengkapkannya dengan agamaMu, agar cintanya hanya kepada agama, agar menjadi muslimah sejati.

26 Januari 1995

Happy birthday sayang! semoga kamu membesar dengan penuh rasa cinta, ibumu senantiasa tersenyum melihat telatahmu yang baru belajar berdiri. Ternyata kamu sangat pintar dan cepat belajar, alhamdulillah... Semoga kamu menjadi pesona ibu dan ayah.

Januari 1998

Hari ini merupakan hari pertama kamu melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Ayah menghantarmu sehingga ke kelas. Kamu menangis di kelas, meminta ayah tunggu. Sayang, janganlah bimbang, di sini  kamu akan memperoleh ramai rakan dan menimba ilmu dari guru. Ayah yakin kamu akan gembira di sini.


Januari 1999

Pertama kali melangkahkan kaki ke sekolah rendah, ayah sudah merapikan bajumu, tudung dan perkakasan sekolah, sedang ibumu sedari pagi sibuk menyiapkan sarapan dan juga bekalan. Sebentar lagi ayah akan mengejutkan kamu dari tidur biarlah ayah menatap wajah cahaya mata kesayangan ayah ini dahulu, untuk beberapa saat. Sangat comel anak ayah semasa tidur.


November 2003

Hari ini, kamu pulang dengan senyuman, di tangan kananmu tergenggam erat sekeping slip, dengan mata yang berkaca, kamu berlari lari lalu memeluk erat ibu,dan mencium tangan ayah. Perasaan sebak timbul di hati.sambil mengucapkan ''terima kasih ayah, ibu adik berjanji akan belajar dengan bersungguh sungguh lagi,". Tahniah anakku, tidak sia-sia usaha kamu selama ini. Slip peperiksaan yang tertera huruf A berdarab lima menjadi bukti kesungguhanmu menimba ilmu, teruskan usahamu wahai anak.


Januari 2004

Alam persekolahan sememangnya indah dan mencabar, sekolah menengah adalah perjalanan seterusnya untukmu berjaya. Teruskanlah perjuanganmu. Ayah bangga mempunyai anak sepertimu, menjagamu, melihatmu tersenyum riang, melihatmu dewasa, menjadi sesuatu yang takkan pernah ayah menyesal..:)


27 Januari 2007

Hari ini, hati ayah sedikit runsing. Ayah terjumpa surat-surat cinta dari dalam beg sekolahmu, dan sms di telefon bimbitmu memberitahu ayah, bahawa anak ayah sudah pandai bermain cinta. Sememangnya cinta adalah pemberian Tuhan. Tetapi ketahuillah anak, usiamu belum mengizinkanmu untuk ini. Ayah meletakkannya kembali, demi tuhan, ayah sangat risau. Ayah akan cuba sebaik mungkin untuk meluahkan kepadamu, sedewasa mungkin. Ayah tahu kamu kini seorang remaja, ingin dilayan seperti seorang dewasa, ayah faham.


11 p.m

Ayah terkejut dengan perlakuanmu. Ayah cuba untuk menerangkan kepadamu hal yang sebenar, bukan perasaanmu itu dilarang, namun waktu saja belum tepat untuk merasakan semua, tetapi kamu meninggikan suara, bila ayah menasihatimu, kamu menengking ibumu. Ibumu sedari tadi menangis, lalu tertidur dalam tangisannya. Anakku, ayah sedikit kecewa dengan sikapmu, ketahuilah, kami yang menjaga makan minummu sedari kecil, kamilah yang menyayangimu sepenuh hati, bukan dia.


28 Januari 2009

Sekali lagi air mata ibumu tumpah dengan sikapmu. Pagi tadi ibu membersihkan bilikmu, agar nampak kemas, sedang ibumu menyapu,i bu terjumpa sebuah beg berwarna ungu. Ibu membuka zip beg tersebut kerana merasa curiga., langkah terkejutnya ibumu, pakaian-pakaian di dalam beg tersebut bukanlah hasil pembelian ibu mahupun ayah. Skirt pendek dengan warna yang pelbagai, baju tanpa lengan, seluar jeans ketat, dan alat kontrasepsi! UNTUK APAKAH ITU WAHAI ANAK! dan tanpa rasa bersalah pula kau mengakui pakaian itu hak mutlak kamu. Bukankah ayah memberikanmu didikan agama yang sempurna?

Lalu siapakah yang mengaji di hadapan ayah dari muqaddam sehingga khatam al quran? Siapakah yang menjadi ma\mum ayah selepas ibu? Siapa pula yang ayah hantar ke sekolah agama setiap petang? Siapa duhai anak? Siapa? Ibumu pengsan selepas solat maghrib tadi. Sedang engkau hilang entah ke mana, curi keluar, tanpa kami sedari.


26 Februari 2010

Ibarat dipanah petir hati ayah dan ibu apabila mendengar pengakuanmu, "ayah,ibu...adik hamil" ya Allah, apalah dosa-dosaku ya Allah?!. Beratnya beban yang kau beri. Gelap pandangan ayah mendengarkan itu, ibumu? menangis, meraung, memikirkan cahaya matanya yang sudah jauh dari agama. Kurangkah didikan kami?. Kurangkah belaian kasih sayang kami?. Setelah kami tatang kau ibarat minyak yang penuh, lalu apakah jenis timbalan yang kau beri duhai anak?. Di manakah janjimu dahulu wahai sayang?. Janjimu yang akan belajar bersungguh-sungguh?. Sedang rakan-rakanmu pulang dengan membawa senyuman sambil menggenggam slip peperiksaan dan kau pulang membawa keputusan hamil dari hospital?. Adakah ini cara kau membalas jasa ayah dan ibumu?. Apakah ini wahai anakku. Kau melukakan hati ibu, mengguris hati ayah!. Terbayang di fikiran saat kau dijamah buaya laknat tersebut, cukup membuat hati ayah remuk, hancur, berkecai!.

Apakah kau terlupakan agamamu?. Andai kau tidak cintakan ayah dan ibumu lagi, cintailah agamu duhai anak. Kamu punya tuhan. Tuhan yang maha melihat setiap gerak gerimu! terlupakah kau pada zat yang satu itu? lalu apakah yang akan ayah dan ibu  jawab, saat diasak pertanyaan dari sang Tuhan, tentang kegagalan kami mendidikmu?. Tentang kealpaan kami dalam mendidikmu?.

Tahukah kamu wahai anak, perbuatanmu bakal menghantar ibu serta ayahmu ke neraka?. Kau campakkan kami ke dalam lubang yang tersedia panasnya sejak penciptaan bumi, dengan menggunakan tangan-tanganmu sendiri!. Kau relakan jasad ibu dan ayah kau dibantai oleh Malik, si penjaga neraka. Kau biarkan kami meraung-raung dijilat api, dan kau hanya melihat kami disengat binatang-binatang bisa!. Sampainya hatimu. kenapa tidak, engkau ambil sahaja pisau, tusuk ayahmu ini, tuangkanlah racun, beri sahaja ibumu minum! lebih rela kami dibunuh, dari menelan pahitnya kenyataan.

Dan hari-hari yang kami lalui selepas itu, tidak seindah saat mengazankanmu di telinga kanan,dan iqamah di telinga kiri..

Anak menangis, meraung-raung menyesali diri yang kotor dan hina, menyesali diri yang tidak pernah mengenal erti syukur, dikurnai ayah yang sempurna. Namun, tangisan tiada lagi berguna, kerana sang ayah bakal tidur lena. Anak hanya mampu menatap wajah ayahnya yang pucat, untuk kali terakhir, sebelum kembali dikambus tanah...

Peringatan buat aku dan semua, sayangilah ibu dan ayah dan jangan pilih jalan hitam!.

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan):

"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan?) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar." (QS.Ghaafir: 7-9).

Wallahualam.

Pakaian Rasulullah....

16.2.11

Baru balik dari audit....cuaca kat luarpun panas....tengahari tadik dapat jugak bercakap ngan mieja a.k.a memorisusuanku banyak hal yang ditanya kat mieja ..terima kasih kat mieja kerana sudi melayan zai....tak sangka dapat bercakap ngan mieja memang tak sempat nak BW lagi...harap maaf...

Semalam sambutan Maulidul Rasul...so aku bawakkan n3 tentang gambar pakaian Rasulullah.....



Sandal @ Capal



Serban


Jubah Dan Tongkat




Mangkuk


Cop Mohor Islam


Rambut Dan Gigi


Bekas Tapak Kaki




Kunci Kaabah Zaman Rasullullah

Panji Perjuangan

Busur Panah

Topi Perang Besi

Pedang


Surat Utusan

Pintu Emas Makam

Tuntutlah Agama Islam selagi kita masih hidup
kerana Agama Islam akan pastikan kita terus
"hidup" di syuga akhirat.
 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL