Ketuk ketampi bogel

28.7.11

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Ketuk ketampi bogel 2005: K'jaan bayar pampasan
Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.
Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.
Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.
Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.
Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak  RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.
Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.
Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.

sumber:malaysiakini

13 conteng-conteng:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

hai mcm2 kan...donia...donia...

ummiarissa berkata...

kalaupun nak cari dadah atau apa sahaja,hak asasi manusia jangan dilanggar...semuanya kerakusan pihak berkuasa untuk lebih berkuasa maka dibolehkan apa yang tidak boleh..padahal kita negara Islam..hilang sudah nilai-nilai murni...kasihan kepada mangsa yang terlibat...

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

agak2..brapa ribu je dpt pampasan tu eh? takdenyeeee depa nak bagi RM10 juta tu!

tapi mmg kes naya la...mengaibkan org.

kak, dah 6 tahun eh> rasa cam baru je lagi kes ni ehehhe

Anamarza berkata...

mmg tak patut, even nak check ada dadah atau tak pun perlu ke sampai berbogel, at least pakai tuala kecik boleh tutup dari paras dada ke punggung sikit pun tahan la

LYAfrina berkata...

aduhai...
dunia..dunia...

Fieza79 berkata...

mcm2 la...takde kekdah yg bagus sikit ke kalau ye pun nak cari bukti dadah yg di sembunyi dlm tubuh...haishh..

Ila berkata...

hmmm,dunia oh dunia...mcm 2 hal ada

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

mcm jer kan..ada dgr berita smlm..tp x pasti brp erk dia dpt pampasan tu..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ berkata...

sampai macam tu sekali polis malaysia yer.. ketuk ketampi sambil berbogel. sangat memalukan

Amy Syaquena berkata...

b etul la sangat x adil kalau kita menghukum mereka sedemikian rupa , macam amne kalau perkara tu terjadi dekat ahli keluarga nya(polis) apa dia rasa... penjenayah pun manusia juga dan mereka harus di beri peluang kedua...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ berkata...

huhuhu..
malu kaum aje.. ;-p

|| NaFiRaa || berkata...

kesian.. jadik mangsa.. cam ner laa boleh di rakam..

Papa Mifz berkata...

nila setitik rosak susu sebelanga...hmmm...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL