Memaparkan catatan dengan label selebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selebriti. Papar semua catatan

Fida Jatuh Hati Pada Tandatangan Mamat

12.8.11


Fida: Tandatangan Mamat buat saya jatuh hati


11 Ogos – "Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.
Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.
Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."
"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.
Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.
"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.

Episod Syukur Catriona Ross

10.8.11

Ibu suka tengok wajahnyer yang putih gebu...bebaru nie ade dia menceritakan diari hidupnyer di salah satu rancangan di TV9.....n dia ade jugak berlakon dalam slot Akasia Kasih Alia....penuh ngan lemah lembut...suka sangattttttt......

Suatu ketika dulu beliau pernah berasa tidak selesa dengan golongan yang menunaikan solat malah memandang 'ngeri' wanita bertudung litup.  Tidak cukup dengan itu, agama baginya hanyalah sebuah ideologi. Bukan kepercayaan mahupun pegangan yang perlu diperkukuhkan. Apa yang dimilikinya pada waktu itu lebih-lebih lagi hal kebendaan mesti dibangga-megahkan.

Berpegangkan mantera "you have to be seen", fasa kehidupan pada waktu itu dilalui tanpa terpalit sedikirpun rasa syukur dalam hati sanubari.  Buka terlupa untuk memanjat doa atas segala kurniaan, namun baginya untuk apa? Itu semua tidak pentingpun. Lantas rona kehidupan pada waktu itu dilaluinya dengan penuh asyik mengikut persepsi ciptaannya sendiri.

Catriona Noorhayati Ross Bahrin atau dikenali sebagai Catriona Ross bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air. Begitu cepat namanya dikenali apatah lagi hadir dengan pakel lakonan berkesan berserta seraut indah wajah kacukan. Namun begitu, kenyataan perenggan pemula di atas pada hari ini sudah menjadi sebaliknya. Setelah satu demi satu episod kehidupan berlaku umpama sedang melakonkan babak telenovela, beliau yang senang disapa Cat mula yakin untuk mengubah paksi yang ditegakkannya sebelum ini. Di kala ujian datang bertimpa-timpa, satu persatu hakikat kehidupan kian diyakini. Sedar beliau memang sedang berada di pentas lakonan dunia yang penonton setianya cuma satu yakni Allah.


Mati Hidup Semula
Tanggal 14 Julai 2007 kekal terpahat dalam ingatan wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini. Pada pagi tarikh tersebut seluruh negara gempar dengan berita kemalangan ngeri melibatkan dirinya. Pelbagai andaian dan spekulasi timbul apatah lagi melihatkan keadaan kenderaan yang dinaiki Cat bersama seorang lagi temannya remuk teruk. Namun, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Cat terselamat walaupun patah kedua-dua belah kaki, retak tulang rusuk serta patah pada jarinya. Cat sedar beliau masih diberi kesempatan untuk hidup buat kali kedua.
Pun begitu, ada yang lebih 'parah' terpaksa dihadapi dalam keadaannya yang masih terumbang ambing saat dugaan kemalangan itu menimpa diri. Hal itu benar-benar menyesakkan jiwanya. Sebak, takut, dan malu bercampur baur apabila dia seakan langsung terlupa bagaimana untuk mengucapkan dua kalimah syahadah bagi menenteramkan segala kesakitan dan gundah di hati pada waktu itu.
"Ketika sedang mengerang kesakitan di hospital, emak suruh saya banyak-banyak mengucap. Saat itu dalam hati saya rasa sebak sangat sebab keliru antara selawat dengan syahadah. Saya jadi blank. Sebabnya sebelum ini saya ingat syahadah hanyalah ungkapan untuk orang nak mati sahaja dan tak nampak apa perlunya mengucap ketika tengah sihat. Malah langsung tak pernah diungkapkan pun sebelum ini. Dalam keliru itu saya tersebut kuat-kuat dan emak menegur bahawa yang saya sebut itu bukan syahadah tapi selawat. Kemudian emak ucapkan dan saya perlahan-lahan ikut," ujarnya sebak mengenangkan keadaan ketika itu.



p/s untuk dapatkan cerita selanjutnyer sila dapatkan tabloid iLuvislam edisi ke-74... nak cariklah jugak nanti

Norman & Memey undang Abby ke majlis perkahwinan

26.7.11

Weekend hari tu pasangan nie diundang dalam rancangan Nasik Lemak Kopi O....diorang memakai serba purple...sedondon...bakal perantin baru....nampaknyer diorang nie akan menjadik wedding of the year 2011..... sampai bernilai jutaan ringgit....


Terkejut dan teruja, itu perasan yang dialami oleh pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza menjelang majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung September ini.

Bukan hanya berdebar menanti detik bergelar suami isteri, tetapi Norman dan Memey berdebar menanti detik berlangsungnya majlis resepsi penuh bermakna, dimana persandingan mereka ini akan ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia, Jimmy Choo, Hotel Crown Plaza dan beberapa jenama lain.

“Ini semua diluar jangkaun fikiran dan saya ambil tajaan ini sebagai satu kerjasama dua hala yang member pulangan sama rata pada kami.

“Sebenarnya, rancangan awal perkahwinan kami hanya dibuat di Johor, tiada majlis resepsi diadakan di Kuala Lumpur, tetapi apabila Bilbora panggil untuk berbincang, kami setuju dengan apa yang telah dirancang.

“Sungguh tidak diduga ia disusun dengan begitu baik dan teratur sehinggakan kami rasakan ia seakan perkahwinan berkonsepkan Norman and Memey Wonderland.

“Kami memang gementar melihat apa yang dirancang ini, dan saya telefon ibu untuk tanya sendiri pendapat mereka tentang perkara ini, dan menurutnya, ini rezeki kami jadi tidak elok jika menolaknya.

“Setelah apa yang berlaku selama ini, saya sangat bersyukur masih diberi rezeki sebegini,”jelas Norman dan Memey yang ditemui ketika majlis sidang media memperkenalkan tajaan untuk perkahwinan mereka.

Undang Abby

Akan menggayakan dua busana mewah bernilai lebih RM500 000 setiap satu, Memey juga akan menyarung kasut rekaan Prof Datuk Jimmy Choo yang bernilai RM 300 000.

Selain itu, Memey juga mendapat tajaan lokasi di Crown Plaza Hotel, dan sebuah dewan akan dihias serba putih, dihiasi jutaan ros putih import yang diambil dari luar negara dan harga keseluruhannya bernilai RM150 000.

Menariknya tentang majlis ini, ia hanya untuk meraikan perkahwinan pasangan Norman dan Memey ini bersama-sama teman-teman artis dan media.

Lebih 80 orang artis akan diundang untuk memeriahkan majlis ini termasuklah beberapa artis dari luar negara dan lebih kurang enam hingga lapan artis bakal membuat persembahan.

Bercerita tentang rakan-rakan artis, jelas Norman, dia pasti akan mengundang bekas isterinya, Abby Abadi untuk turut sama meraikan majlis mereka ini.

“Insya-Allah, saya akan ajak dia ke majlis kami nanti,”jelas Norman.

Pernikahan

Bakal melangsungkan pernikahan di kediaman Memey di Felda Tenggaroh, Selatan 1, Johor, pada 23 September akan datang pasangan ini juga akan mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan orang ramai sehari selepas majlis pernikahannya itu.

"Majlis di Johor akan berlangsung mengikut adat kami disana, selepas majlis pernikahan, di sebelah malamnya kami akan adakan majlis khatam Al-Quran dan keesokkannya pula akan berlangsung majlis persandingan.

"Majlis ini terbuka untuk semua, dan konsepnya pula bertemakan moden dan taman,"jelas Memey

Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta Diwujudkan?

22.7.11


Drama arahan Erma Fatima hasil lakonan pelakon popular Fazura, Shahz Jaszle & Fauziah Gous mula mendapat tentangan daripada sebuah kumpulan fanpage.
Fanpage Facebook, “Kami Bantah Tayangan Perdana Tahajjud Cinta” telah diwujudkan dengan jumlah penyokong sekitar 600 orang (buat masa ini). Motif penubuhan fanpage berkenaan dikatakan, “membantah jalan cerita dan gaya lakonan yang jelas menghina muslimat yang berpurdah.”
“Kami masih lagi membuka ruang untuk komen dan kritikan membina terhadap drama Tahajud Cinta. Kita bukan mahu menjatuhkan industri filem, malah mahu industri ini berkembang selari dengan kehendak Islam. Islam itukan syumul,” kata admin Fanpage berkenaan melalui statusnya.
Ada pendapat yang sensitif dengan penayangan Tahajjud Cinta kerana dipercayai menjatuhkan institusi pendidikan sekolah pondok.
Seorang penyokong Fanpage bernama Muhamad Nazri berkata, “Dalam cerita Tahajjud Cinta ini ingin menyampaikan mesej bahawa orang yang mengajar di pondok adalah orang yang jahil agamanya & bersikap jahat, dan orang yang belajar diluar negara itu adalah orang yang baik belaka… ini akan menjatuhkan istitusi pondok.”
Namun, ada yang menyokong penayangan Tahajjud Cinta dengan memberikan pendapat yang lebih terbuka.
“Watak tak semua perlu sempurna untuk sesebuah drama. Ada sebabnya diletakkan begitu supaya ada pengajaran yang mahu ditunjukkan. Itu lebih kepada realiti kehidupan kita sebenar. Bertudung tapi.. seorang ustaz tapi.. kemudian berubah. Itu realiti. kita tidak mahu tengok watak yang sempurna saja dalam drama. Drama yang mencabar mentaliti orang yang menontonnya lebih bagus! itu namanya drama, ” kata Desyntha Desy di Fanpage berkenaan.


Sumber:

Tahajjud Cinta

1.7.11

Hari nie merupakan episod terakhir Keranamu Laila....so minggu depan akan bermulalah citer TAHAJJUD CINTA dalam slot Zehra di TV3....tengok macam best aje....tak sbar nak tengok...
Selebriti popular seperti Fazura & Fauziah Gous tampil bertudung litup ketika sesi beramah mesra bersama pelakon Tahajjud Cinta yang berlangsung di Sri Pentas, semalam. Sejuk mata kami memandang keayuan kedua-dua pelakon ini, bagaikan gadis melayu terakhir.
Tahajjud Cinta mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.


 

Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.


Fazura Tahajjud Cinta 


3 Kali Aaron AzizTonton KL Gangster

22.6.11

“Saya terkejut & terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penonton terhadap KL Gangster. Jujur cakap, ini pertama kali saya menonton lakonan saya sebanyak 3 kali, beli tiket sendiri. Dan paling istimewa, ibu saya turut berminat nak menonton filem aksi ini & pada saya itu memang satu kejutan yang tak ternilai,” kongsi Aaron Aziz yang ditemui ketika pelancaran drama terbaru, Stanza Cinta di Sri Pentas, hari ini.
Kata Aaron lagi, “filem action pack jarang diterbitkan di pasaran, namun KL Gangster berjaya menambat hati peminat tanpa bantuan CGI atau disaratkan dengan kisah cinta.”



“Mengenai surat bantahan terhadap drama Nora Elena, saya memang ada baca surat tersebut. Saya dapat tahu yang ramai wanita inginkan lelaki seperti Seth Tan. Pada saya, itu cuma sebuah watak yang dimainkan dalam drama. Saya harap janganlah para isteri diluar sana menggunakan Seth Tan, atau Aaron Aziz sebagai contoh terhadap suami.  Saya tak nak menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga orang lain pula. Apa pun, saya harap penonton take a good side & enjoy menonton drama tersebut,” ujar Aaron memberikan penjelasan mengenai Nora Elena.

Selepas kejayaan memegang watak Seth Tan dalam drama Nora Elena, lakonan mantap Aaron Aziz makin diminat ramai. Drama Stanza Cinta arahan Along Kamaluddin telah pun bersiaran pada hari Ahad yang lepas (19 Jun 20111) jam 9 malam, di Tv3. Drama 13 episod ini diadaptasikan daripada novel tulisan Nurull Halawati yang mengisahkan kisah cinta tiga segi di antara Amni Sorfina (Nur Fathia), Irfan Kamal (Aaron Aziz) & Taufiq (Fizz Fairuz).


Peserta Rancangan Realiti Bela Saka?

19.5.11

Nak percaya atau tidak, itu terpulang. OHBULAN! tak sangka ada yang sanggup menggunakan khidmat pembantu halus ini untuk menempah nama di atas pentas rancangan realiti. Malah, peserta yang lain turut terkena tempiasnya. Ada yang muntah darah keluar rambut, sakit secara drastik & nyanyi sumbang.

Kisah mandrem ini bukanlah perkara yang pelik, namun ia jarang diperkatakan. Apa yang kami dengar, peserta ini mendapat ‘hadiah’ istimewa daripada ahli keluarganya. Kononnya, saka ini akan menjaga dirinya selain boleh mensabotaj mana-mana orang yang dilihat berupaya mencabar tuannya.

Terkini, pihak produksi sudah dapat membau niat peserta rancangan realiti ini dan mereka sedang mencari jalan penyelesaian terbaik. Bukan apa, risau juga kalau diapa-apakan, mereka turut terkena tempiasnya.
Tak sangka, peserta ini belum menjadi artis lagi, namun sudah pandai menunjukkan belangnya. Mungkin, peserta ini kurang didikan agama, atau terlampau taksub nak jadi popular.

Memey & Norman Nikah 23 September Ini?

28.4.11



Melangsungkan pertunangan pada 13 September tahun  lalu, Memey dan pelakon kacak, Norman Hakim dikhabarkan akan melangsungkan pernikahan mereka pada masa terdekat ini.

Mengakui masih berada dalam proses perbincangan tentang perkahwinan, jelas Memey, mereka sudah ada dua tarikh yang sesuai.

"Awalnya saya memilih untuk nikah pada 11 November ini, tapi setelah pulang ke rumah abang (Norman) minggu lepas, untuk berbincang dengan keluarganya tentang tarikh pernikahan ini, ibunya meminta agar tarikh pernikahan dicepatkan.
Memey dan Norman sewaktu majlis pertunangan mereka tahun lepas
"Kalau boleh keluarga abang mahu kami bernikah pada bulan Julai, tapi bila kami periksa semula tarikh pada bulan tersebut, jadual kami terlalu padat. Kebetulan pula,bulan Ogos sudah masuk bulan Ramadan dan Syawal, jadi nanti kami perlu sediakan dua persiapan serentak.
"Dan akhirnya, kami pilih tarikh yang terdekat iaitu 23 September. Ini hanya permintaan keluarga sebelah abang, tapi saya masih belum berbincang dengan keluarga saya lagi.
"Esok emak saya akan datang ke Kuala Lumpur, begitu juga dengan ibu abang Norman, jadi kami akan bertemu untuk memilih tarikh yang sesuai antara 23 September ataupun 11 November,"jelas Memey.
Di tanya tentang tarikh-tarikh berkenaan, jelas Memey dia lebih memilih 11 November berbanding 23 September kerana bimbang dengan persiapan yang akan dilakukan.
"Kalau ikut diri saya, saya lebih memilih 11 November. Bukan sahaja kerana tarikhnya yang cantik tapi juga disebabkan masa yang lebih panjang untuk saya membuat persiapan.
"Tapi saya perlu membuat pertimbangan dengan cadangan kedua-dua belah keluarga nanti, dan jika berlangsung pada 23 September sekalipun saya tetap bersetuju. Lagi cepat perkara ini selesai, lagi bagus,"jelasnya lagi.
Persiapan
Berbicara tentang perkahwinan, sudah pasti Memey kini sibuk menguruskan persiapan untuk hari bahagianya nanti.
"Tak banyak persiapan yang telah dibuat, tapi saya sudahpun senaraikan perkara-perkara yang wajib dilakukan supaya ia tidak ketinggalan dan menyusahkan di kemudian hari.
"Saya banyak bertanya pada abang Norman tentang majlis, tapi malangnya dia sudah tidak ingat lagi tentang persiapan yang pernah dilakukan dahulu.
"Untuk konsep persandingan, saya pilih untuk berkonsepkan taman moden, tetapi majlis ini diadakan di rumah saya di Johor. Di Kuala Lumpur mungkin hanya majlis untuk kawan-kawan terdekat dan keluarga abang Norman,"jelasnya lagi.

Bapa Ally Iskandar Meninggal Dunia, Al-Fatihah.

26.4.11

Berita ini baru sahaja kami terima, bapa kepada hos rancangan Tv3 terkenal, Ally Iskandar telah meninggal dunia sebentar tadi. Mari kita bersama-sama panjatkan Al-Fatihah kepada allahyarham. Al- Fatihah.

Pengacara MHI Akan Menamatkan Zaman Bujang

18.4.11


Seorang peminat Fedtri Yahya (Sebelah Kiri) berkongsi berita gembira menerusi email sebentar tadi.

Sekadar berkongsi bahagia, saya merupakan salah seorang sahabat serta peminat setia pengacara televisyen Ahmad Fedtri Yahya. Saya mendapat tahu bahawa Ahmad Fedtri Yahya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan 5 iaitu pada 29 Mei 2011. Majlisnya akan diadakan di Kelantan iaitu di rumah bakal pengantin sebelah perempuan.

Majlis sebelah lelaki pula adalah pada 11 jun 2011 ini.

Difahamkan, bakal pengantin perempuan yang juga merupakan seorang guru fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong itu merupakan orang Pasir Mas, Kelantan. Mereka berkenalan melalui sesawang Facebook. Beliau merupakan seorang yang kuat agama dan keluarga hafiz hafizah. Alhamdulillah.

sumber:ohbulan.com

Kekasih Baru Bekas Suami Ann, Wafi?

12.4.11

Apa yang kami dengar, bekas suami pelakon Anne Ngasi, Wafi kini dilanda bahagia cinta bersama seorang pramugari AirAsia . Menurut info, wanita yang dipercayai bernama Shasha Aziz, berumur 20 tahun ini merupakan kekasih baru Wafi. Tiada info selanjutnya, tapi yang penting Shasha Aziz memang hot!













sumber

Ally Iskandar Selamat Bertunang Dengan Nur Aisyah Zainal

14.2.11




Gila’lah Hazrey kacak gemilang (bodek!) dapat korek rahsia. Pengacara TV3, Ally Iskandar sudah sah bertunang dengan Nur Aisy’ah Zainal, semalam.
Bukan setakat itu, kami difahamkan Hazrey sedang cuba mendapatkan gambar eksklusif majlis pertunangan Ally Iskandar & Nur Aisy’ah. Sabar kejap!
Nur Aisy’ah, merupakan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama berjaya ditekel dengan cemerlang oleh Ally Iskandar, dan epik sekali pihak media tidak berjaya membau hubungan mereka.Mungkin sudah arif dengan selok belok dunia media, Ally bijak menepis berita yang berunsurkan peribadi. Hasil tinjauan kami di Facebook Nur Aisy’ah, ada ucapan tahniah dilontarkan oleh rakan-rakannya. So, memang confirm’lah!
Hasil copy-pasta penuh daripada Hazrey selepas ini.
Setiap kali aku berjumpa dengan Ally, soalan yang terpacul dari mulut aku tentunya: bila kau ni nak kahwin. Nanti orang cakap kau gay. Dia terus gelak berdekah dekah namun disebaliknya tersimpan rapi rahsia kisah cintanya. Ally Iskandar aku ketahui mudah bergurau dan cepat mesra dengan sesiapa. Dia sangat berkebolehan dalam kariernya
Sambil aku menulis ni, aku berkomunkasi dengan pengacara dan penerbit TV3 ini melalui blackberry messenger dan aku paksa dia bagi aku gambar dia dikuarantin dalam kereta sementara menunggu signal untuk masuk ke rumah bakal isterinya itu.
Ally Iskandar kini berada di luar rumah keluarga Aishah yang terletak di Taman Sri Intan, Ampang. Itu gambar tangan Ally yang dihantar pada aku beberapa saat lalu.
Antara mesej kami:
“Betul ke kau bertunang? Atau gosip liar yang nakal? Kalau betul, Alhamdulillah.”
Ally menjawab ringkas: Majlis sdg berlangsung. Hamba sdg dikuarantin dlm kereta.
“Disebabkan konvoi banyak kereta, dah jam teruk. Sama mcm pergi meminang di Melaka der,” guraunya. Tapi aku tahu, mesti dia berdebar.


sumber:ohbulan.com 

Nasha Aziz Kena Rompak

11.2.11


Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.

Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu. Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.

Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha.



Tiz Zaqyah Tidak Kenal Anak Ahli Parlimen

28.1.11


Tiz Zaqyah atau Siti Zaqyah Razak, pucuk muda yang mencipta nama melalui siri drama popular Nur Kasih, sering melalui jalan yang sukar dalam kerjaya seninya.
Memang benar, Tiz tidak mengalami masalah yang besar untuk menaikkan namanya dalam industri ini, tetapi populariti yang di raih sekarang ini menjadikan dia sentiasa bergelumang dengan pelbagai kontroversi.
Pernah dilabelkan sebagai pelakon yang bermasalah, Tiz Zaqyah juga pernah di cop sebagai gadis yang terlalu bersosial dan sering mabuk dilokasi sesikit masa yang lalu.
Tidak kurang juga dengan kisah cinta, selain di kaitkan bersama 'heronya' dalam siri drama popular, Nurkasih, Tiz zaqyah juga pernah dituduh cuba menganggu hubungan yang terjalin antara pelakon popular Fasha Sandha dan Jejai.
Namanya tidak pernah sunyi daripada gosip, dan kini dia digosipkan bercinta dengan anak kepada ahli parlimen kawasan Nerus, Aizat Fikri. Tiz dikatakan sering menemani anak VIP itu di majlis-majlis tertutup di Kuala Lumpur.
Bertemu Tiz Zaqyah di majlis pelancaran drama terbarunya, Gemilang baru-baru ini, dia hanya ketawa apabila diajukan tentang perkara ini.
"Sudah beberapa kali saya ditanya tentang perkara ini, malah ramai yang bertanyakan saya sama ada benar saya sedang bercinta dengan anak seorang ahli parlimen. 
"Sebenarnya, sepanjang saya hidup di dalam dunia ini, saya sudah berkawan dengan pelbagai golongan manusia. Saya bukan seorang yang memilih dan saya tidak kisah berkawan dengan sesiapa, dan kemungkinan juga saya berasal daripada Kuala Lumpur maka saya banyak mengenali orang di pelbagai taraf dan pangkat.
Tetapi secara jujurnya saya tidak mengenali siapa lelaki bernama, Aizat Fikri ataupun saya tidak pernah berkenalan dengan anak ahli parlimen Nerus, jadi mana mungkin saya ada menemani beliau di majlis-majlis tertutup.
"Mungkin orang tersilap pandang, ataupun wanita bersama Aizat Fikri itu ada iras-iras saya, sebab itu ramai yang fikir saya bercinta dengannya,"jelas Tiz Zaqyah.

Enggan dikaitkan dengan Remy Ishak
Seperti mana Aizat Fikri, Remy Ishak juga antara lelaki yang berada di dalam senarai 'gosip' Tiz Zaqyah. Selalu kelihatan bersama dan pernah menemani pelakon popular itu melihat kawasan rumah barunya, Tiz turut menafikan ada hubungan yang terjalin antara mereka.
"Remy dan saya hanya kawan biasa, dan antara kami tidak ada sebarang hubungan perasaan. Kami mempunyai keserasian yang baik, bukan sahaja di dalam lakonan tetapi juga sebaliknya.
"Kami satu kepala dan saya selesa berkawan dengan Remy, tapi untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat, itu mungkin tidak.
"Adakalanya perkara begini mengganggu juga emosi, tapi bila ia sudah terlalu diperkatakan saya lebih suka buat tak tahu sahaja. Memang benar kami tidak bercinta, jadi mengapa takut untuk berterus terang sahaja,"luah Tiz Zaqyah.
Tiz Zaqyah kini akan muncul di slot Zehra untuk drama bersiri Gemilang dan bergandingan bersama Shahz Jaszle, dan kamal Adli.

Nora Bukan Dalang Hubungan Putus Cinta Fasha & Jejai

26.1.11


Lagi cerita putus cinta Fasha Sandha & Jejai menjengah muka anda pagi ini. Hari ini, Hmetro melaporkan bahawaNora Danish berasa lega apabila tidak lagi dikaitkan dengan kisah putus cinta Fasha Sandha & Jejai.
Seperti yang kami paparkan dalam entri Kronologi Hubungan Fasha Sandha & Jejai, Sudah Lama Putus Cinta, hubungan Fasha & Jejai memang sudah lama terputus, kira-kira 2 bulan sebelum pemergian Fasha Sandha ke Bali.
Walaupun selepas hampir 3 tahun bercerai, pergolakan hubungan Fasha & Jejai kerap kali dikaitkan dengan Nora Danish, dan situasi itu membuatkan Nora Danish kerap bersedih. Namun, dia mengambil sikap mendiamkan diri & membiarkan waktu sahaja yang menentukan kebenarannya. Nora Danish juga menyatakan bahawa dia sedang mengenali seseorang seperti yang diluahkan oleh Jejai, semalam.
Namun, daripada sumber terdekat kami menyatakan bahawa kemungkinan besar Fasha Sandha & Jejai akan berbaik semula. Hasil daripada survey seramai 4127 responden, sebanyak 82% bersamaan 3397 undian tidak bersetuju Fasha & Jejai berbaik semula. Manakala, 18% bersamaan 730 undian bersetuju Fasha & Jejai berbaik semula. Fuh, tidak ramai sebenarnya yang merestui hubungan cinta mereka berdua.
Dalam edisi terbaru majalah Stailista, Fasha Sandha telah diambil sebagai covergirl untuk majalah tersebut. Namun, tajuk utama majalah tersebut tidak relevan lagi untuk dibaca.

sumber:ohbulan.com
 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL