Episod Syukur Catriona Ross

10.8.11

Ibu suka tengok wajahnyer yang putih gebu...bebaru nie ade dia menceritakan diari hidupnyer di salah satu rancangan di TV9.....n dia ade jugak berlakon dalam slot Akasia Kasih Alia....penuh ngan lemah lembut...suka sangattttttt......

Suatu ketika dulu beliau pernah berasa tidak selesa dengan golongan yang menunaikan solat malah memandang 'ngeri' wanita bertudung litup.  Tidak cukup dengan itu, agama baginya hanyalah sebuah ideologi. Bukan kepercayaan mahupun pegangan yang perlu diperkukuhkan. Apa yang dimilikinya pada waktu itu lebih-lebih lagi hal kebendaan mesti dibangga-megahkan.

Berpegangkan mantera "you have to be seen", fasa kehidupan pada waktu itu dilalui tanpa terpalit sedikirpun rasa syukur dalam hati sanubari.  Buka terlupa untuk memanjat doa atas segala kurniaan, namun baginya untuk apa? Itu semua tidak pentingpun. Lantas rona kehidupan pada waktu itu dilaluinya dengan penuh asyik mengikut persepsi ciptaannya sendiri.

Catriona Noorhayati Ross Bahrin atau dikenali sebagai Catriona Ross bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air. Begitu cepat namanya dikenali apatah lagi hadir dengan pakel lakonan berkesan berserta seraut indah wajah kacukan. Namun begitu, kenyataan perenggan pemula di atas pada hari ini sudah menjadi sebaliknya. Setelah satu demi satu episod kehidupan berlaku umpama sedang melakonkan babak telenovela, beliau yang senang disapa Cat mula yakin untuk mengubah paksi yang ditegakkannya sebelum ini. Di kala ujian datang bertimpa-timpa, satu persatu hakikat kehidupan kian diyakini. Sedar beliau memang sedang berada di pentas lakonan dunia yang penonton setianya cuma satu yakni Allah.


Mati Hidup Semula
Tanggal 14 Julai 2007 kekal terpahat dalam ingatan wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini. Pada pagi tarikh tersebut seluruh negara gempar dengan berita kemalangan ngeri melibatkan dirinya. Pelbagai andaian dan spekulasi timbul apatah lagi melihatkan keadaan kenderaan yang dinaiki Cat bersama seorang lagi temannya remuk teruk. Namun, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Cat terselamat walaupun patah kedua-dua belah kaki, retak tulang rusuk serta patah pada jarinya. Cat sedar beliau masih diberi kesempatan untuk hidup buat kali kedua.
Pun begitu, ada yang lebih 'parah' terpaksa dihadapi dalam keadaannya yang masih terumbang ambing saat dugaan kemalangan itu menimpa diri. Hal itu benar-benar menyesakkan jiwanya. Sebak, takut, dan malu bercampur baur apabila dia seakan langsung terlupa bagaimana untuk mengucapkan dua kalimah syahadah bagi menenteramkan segala kesakitan dan gundah di hati pada waktu itu.
"Ketika sedang mengerang kesakitan di hospital, emak suruh saya banyak-banyak mengucap. Saat itu dalam hati saya rasa sebak sangat sebab keliru antara selawat dengan syahadah. Saya jadi blank. Sebabnya sebelum ini saya ingat syahadah hanyalah ungkapan untuk orang nak mati sahaja dan tak nampak apa perlunya mengucap ketika tengah sihat. Malah langsung tak pernah diungkapkan pun sebelum ini. Dalam keliru itu saya tersebut kuat-kuat dan emak menegur bahawa yang saya sebut itu bukan syahadah tapi selawat. Kemudian emak ucapkan dan saya perlahan-lahan ikut," ujarnya sebak mengenangkan keadaan ketika itu.



p/s untuk dapatkan cerita selanjutnyer sila dapatkan tabloid iLuvislam edisi ke-74... nak cariklah jugak nanti

17 conteng-conteng:

cik dah faridah berkata...

aritu tgk jgk kat tonton...alhamdulillah cat berubah akhirnya kan....

kiter pun kena perbaiki diri jgk ni...stiap msia kan ada kelemahan & x sempurna

LYAfrina berkata...

kat tv9 tu program halaqah..sentuhan kalbu... mmg lya x pernah lps... mmg sgt2 myusuk hati kalo tgk program tu... mmg akn buatkan diri ni kerdil & mgalir air mata... dan masa episod cat pon lya tgk... mmg sebak sgt..insaf... mcm2 rasa ada..

sape y x pernah tgk program halaqah sentuhan kalbu..tgk la... program ni lain dr y lain.. penyucian jiwa... mmg betul2 dekat di hati & bkesan

eB ezrin berkata...

alhamdulillah, tresa betapa kecilnyer diri ini.. allahuakhbar

juliaakmal berkata...

semakin manis...

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

semakin cantik & manis dia bertudung..

nanonano berkata...

meremang bulu roma dgr dia bercerita liku2 hidup dia yg akhirnye membawa kpd perubahan tu :)

salam kenal :)

Sofya berkata...

bagus untuk iktibar dan pedoman buat kita...

fiza berkata...

Citer dia dlm program sentuhan kalbu halaqah ker? Tunggu gak citer dia sbb tgk iklan aritu.

Amy Syaquena berkata...

Bila dah bertudung semakin cantik dan manis cat nie kan..

|| NaFiRaa || berkata...

Allah mampu beri hidayah kepada sesiapa yg di inginiNYA.. moga kita pon di kalangan itu jugak..aminnn

Nieza Ishak berkata...

tue la suka gak tengok dia ... tapi skrg ni dia berlakon dalam Kasih Alia, dia pakai tudung tak tutup leher .... frusttnya.

harap2 dia perasan laaa tutup sket leher walau dah tutup kepala ....

Anamarza berkata...

Syukur dia diberi peringatan awal

Lelord berkata...

alhamdulillah...cantik

mamalieyna berkata...

Alhamdulillah..ada pernh terperasan kt TV satu hari tu..

kuasa Allah kan..

.:fyzz:. berkata...

selamat berpuasa kak zai...alhamdulilah..rasa sejuk ja tgk wajah cat skang nih..hrp ramai lagi artis wanita kita yg follow dia..AMIN..

~Siti Hajar~ berkata...

tgk jgk dlm halaqah hr tu, mmg menginsafkan...sga kita dberi ptunjuk olehNYA..

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

tengah ikut kisah kasih alia...sebab dia ada, fida, isma..heheh sume best sebab bertudung

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL