Fida Jatuh Hati Pada Tandatangan Mamat

12.8.11


Fida: Tandatangan Mamat buat saya jatuh hati


11 Ogos – "Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.
Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.
Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."
"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.
Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.
"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.

12 conteng-conteng:

♥cikmOt♥ berkata...

moga berpanjangan jodoh mereka ni...jangan kompang dipalu tidak berbunyi sudah...hehehe

Zue AnnaLeeya berkata...

lahaiiii... tak sgka fida dgn mamat nih kan????
klu dah jodoh tak kemana..

Mama Hanim berkata...

fida mmg cute..suka tgk dia..

juliaakmal berkata...

tapi bukan ker mamat nie berkawan dgn adik salah sorang ahli kumpulan kristal....kalau x salah dalam melodi ada tunjuk....

|| NaFiRaa || berkata...

suka tgk fida neh.. lagi2 citer terbaru kt tv3.. kasih alia.. manis jek dia kan..

eB ezrin berkata...

tidak ku sangka :)

maszmadi berkata...

suka tengok fida, comel...

mamalieyna berkata...

eh macam pelik je,,hee tak sangka sebenarnya..^_^

Kakzakie berkata...

Kakak suka dgn Fida... senyuman dia manis sangat...

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

fida ngan mamat....hurm (fikir-fikir) huhuh...

e.l.i.z.@ berkata...

aikk rasa mcm mamat couple ngan org lain

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

semoga jodoh mereka berkekalan hendaknya....

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL