aku tak pandai nak bercerita...tapi kena jugak bercerita pada korang...klu citer aku nie tak betul harap dimaafkanlah yer...hehehe...
Asal Nama Negeri Pahang
Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.
“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”
“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.
so aku ngan bangga menyenaraikan
23 fakta menarik tertarik lagi debummmmmmmmmmmmm tentang aku.. :p
1. Nama aku Zaidah binti Sohib n asben aku Zaidan bin Jais...kat opis diorang panggil aku Zai...
2. 14 Mei merupakan besday aku.... (dah lepas dah...)
3. Aku anak sulung daripada 4 orang adik beradik...3 pompuan n sorang lelaki
4. Sekolah aku dulu di SK Tenggaroh 4, SMK Tenggaroh 2, SMK Mersing n UNIMAS..
5. Anak aku ade tiga orang...2 lelaki n sorang pompuan...
6. Aku suka melihat benda2 yang cantik n comel...jangan jeles..sebab tu anak2 aku comel2 belaka...(riak plak...)
7. Aku suka warna yang menarik mata memandang....
8. Aku tak suka buat samba belacan tapi aku suka makan sambal belacan...
9. Seorang ibu yang garang...sebab tu anak2 aku kata ibu garang macam rimau...ayah garang macam buaya...hehehe...
10. Aku teringin nak gie jejalan kat seluruh dunia...dengan belayar menaiki kapal laut...tapi klu bleh waktu gie belayar seantero dunia tu aku n asben aku aje yang gie..bleh ker...
11. Selalu berangan nak jadik puteri raja kayangan...
12. Teringin nak dapat keta Mercedes tapi klu bleh dapat free aje tak nak hutang...ade sesiapa yang nak bagi kat aku...dipersilakan...
13. Aku tinggal kat Kulaijaya...klu korang muka tak malu silalah datang kat rumah aku tu...
14. Aku suka klu asben bagi aku barang kemas...cantik
15. aku akan stresssss bila balik rumah...rumah aku bersepah...sebab aku tak suka bersepah2....naik terus darah aku...
16. Akan berfikir 1001 kali bila nak preggy lagi sebab aku adelah penyakit darah tinggi tegar bila mengandung...bila tak preggy tak ade ...Alhamdulillah..pembawakan...
17. Suka makan mee bandung...sampai minumpum sirap bandung...
18. Tengah BF untuk Firas...semoga sampai cukup umur 2 tahun Insya Allah
19. Impian nak ade rumah 18 tingkat dengan ade 180 pintu 180 eskulator n 180 bilik...ade tak rumah macam tu...hehehehe...
20. Aku suka tidur.....jangan marah yer cayang bucuk...
21. bila nak habis nie...dah boring nie menaip...
22. Aku suka membela ikan walaupun sering aje ikan2 aku mati...huhuhuhu....
23. Aku sayangkan keluarga aku, mak aku, asben aku n anak2 aku walaupun aku nie garang orangnyer...(yer ker)...
fuhhhhhhhhhhh lega dah habis dah...so aku nak tag kat sape plak yer....
Maslina
zue-oklatu
marsha
cikaida comei
asma-rizal