Peserta Rancangan Realiti Bela Saka?

19.5.11

Nak percaya atau tidak, itu terpulang. OHBULAN! tak sangka ada yang sanggup menggunakan khidmat pembantu halus ini untuk menempah nama di atas pentas rancangan realiti. Malah, peserta yang lain turut terkena tempiasnya. Ada yang muntah darah keluar rambut, sakit secara drastik & nyanyi sumbang.

Kisah mandrem ini bukanlah perkara yang pelik, namun ia jarang diperkatakan. Apa yang kami dengar, peserta ini mendapat ‘hadiah’ istimewa daripada ahli keluarganya. Kononnya, saka ini akan menjaga dirinya selain boleh mensabotaj mana-mana orang yang dilihat berupaya mencabar tuannya.

Terkini, pihak produksi sudah dapat membau niat peserta rancangan realiti ini dan mereka sedang mencari jalan penyelesaian terbaik. Bukan apa, risau juga kalau diapa-apakan, mereka turut terkena tempiasnya.
Tak sangka, peserta ini belum menjadi artis lagi, namun sudah pandai menunjukkan belangnya. Mungkin, peserta ini kurang didikan agama, atau terlampau taksub nak jadi popular.

14 conteng-conteng:

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

rancangn realiti tv yg mane eh..byk benor skang ni huhuhuhu

♥Mrs.Eady♥ berkata...

mcm ni pun ade...huhuhu...

sarah-najwan berkata...

macam2 hal kan..
sebaik2nya..elakkan bergantung harap pada mende lain..berdosa tuu..

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

skunk ni kak...sihir ni macam mainan masak2 pula..orang kita la selalu amalkan sihir ni...dmi kepuasan diri dan capai apa yang mereka nak

CutieIntan berkata...

uikks rancangan realiti mana tu ek??

LYAfrina berkata...

rasa cam eksited nak tau jer...
mentor @ af???

@e_da berkata...

mana 1 ye?? nak tau gak ni..

Kasih Ibu berkata...

wah..hot story ni....rancangan realiti yg mana ye???adakah AF???

skrg ni org sanggup buat apa je asalkan segala impian tercapai...
ish..ish...

lydzar berkata...

jalan singkat nk senang kan..tp sape orangnya yer?

munna berkata...

yg mana satu zaidah...mentor ke af ...nauzubillah tak takut ke budak2 tu...

Panglima Muda berkata...

rancangan apa tu.........dah banyak orang suka benda benda setan ni...nak menunjuklah dikatakan

Fieza79 berkata...

rancangan yg mana satu..siapa ye..ishh mcm2 la manusia ni dh kalau giler nak glamer..

ainnoraini berkata...

nak gak tau ni..yg mane satu ye..

kalau iye pun nak cepat glamer jgn la buat benda2 mcm tu kann..

Ila berkata...

siapalah agaknya kan..zaman moden pun masih ada yang percaya benda2 mcm tu

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL