JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

7.8.10

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu ....

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain

Kamu juga yang akan MENYESAL....


7 conteng-conteng:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

betul tu....nt cari pasangan pun tak boleh nak tunggu yg terlalu sempurna, pasti tak akan berjumpa kerana yg sempurna itu hanyalah Allah S.W.T sahaja.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

*nt = salah eja, PEMBETULAN =nk = nak

LYaFRINA berkata...

tiada manusia y sempurna di dunia..
kalau kesempurnaan y dicari.. maka.. apabila dia mjumpai kesempurnaan itu.. dia akn kecewa apabila segala ketidaksempurnaan itu muncul jua d kemudian hari.

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Btul..tiada manusia yg sempurna..& Tidak melakukan kesilapan..
Hendaklah Sentiasa bersyukur dgn apa yg ada..

Zaidah berkata...

Miss Mirror a.k.a Sam : memang tak ade manusia yang sempurnakan

Zaidah berkata...

LYaFRINA: oleh itu jangan berharap untuk mencarik kesempurnaan...kerana tidak kekal lama

Zaidah berkata...

LiLy @ MumMyQiStInA: btul tu lily...bersyukurlah dengan ape yang ada pada kita..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL