Lagu dan Kisah Anak Soleh

10.7.10

Mimpi Abu Qilabah

Seorang yang bernama Abu Qilabat telah bermimpi ada kubur-kubur pecah di kawasan perkuburan. Dari kubur-kubur itu keluar mayat. Semua mayat kelihatan bercahaya pada wajahnya kecuali seorang. Mayat yang wajahnya tidak bercahaya itu adalah juran Abu Qilabat ketika hidup dahulu.

Abu Qilabat pun berkata kepada mayat itu, “Aku tidak nampak cahaya di wajahmu seperti yang lain-lain.” “Mereka ada anak-anak dan teman yang berdoa serta bersedekah. Anakku tidak mendoakan aku dan tidak bersedekah untukku.” Kata mayat itu.

Keesokan harinya, Abu Qilabah pun mencari anak jirannya itu. Dia menceritakan mimpi itu kepadanya. Anak jiran Abu Qilabat pun segera menyedari kesilapannya. Semenjak ayahnya meninggal dunia memang dia tidak pernah berdoa dan bersedekah. Dia berasa bersalah apabila mendengar cerita Abu Qilabah.

Semenjak hari itu, dia sentiasa beribadat, berdoa, dan bersedekah untuk ayahnya yang sudah meninggal dunia. Dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Selepas beberapa lama Abu Qilabah bermimpi lagi. Kali ini dia melihat ada cahaya pada wajah mayat yang dahulu tidak bercahaya. Malah cahaya itu lebih terang daripada mayat lain.

Semoga kisah ini menjadi satu teladan kepada kita semua. Bagi kita yang masih mempunyai ibu bapa yang hidup, berbaktilah dengan apa jua cara sekalipun. Bukan bermakna dengan memberi kesenangan material sahaja, sebab ibu bapa kita bukanlah mengharapkan sumbangan RM sahaja, namun kasih sayang anak dan keprihatinan kita untuk mereka. Luangkanlah masa mengunjungi ibu bapa di kampung, dan kalau tak dapat menziarahi mereka, selalu lah berhubung dengan telefon. Segala kemudahan sedia ada di sekeliling kita, hanya menunggu tindakan dari kita sendiri untuk berbuatnya.

sumber

Lagu Anak Soleh

gambar oleh google

Kami Anak-Anakmu
Ingin Memohon Restu
Wahai Ibuku Wahai Ayahku
Ampunkan Dosa-Dosaku
Wahai Ibuku Wahai Ayahku
Redhakan Akan Diriku

 *Ku Hulurkan Salam

Untuk Rasul Junjungan
Moga Disyafaatkan

Ya Allah Ya Rabbi Ya Fatahu Ya ’Alim
Ya Rahman Ya Rahim
Wahai Tuhanku Kasihi Daku
Kasih Ibu Dan Ayahku
Wahai Tuhan Rahmati Daku
Rahmati Ibu Dan Ayahku
Selamatkan Mereka Dari Azab Neraka
Dan Bencana Dunia
Hubungkan Mereka Dengan Tali-Mu
Amin Ya Rabbal ’Alamin

* Wahai Tuhanku
 Limpahkan Hidayah-Mu
Untuk Ayah Dan Ibuku

Wahai Tuhanku
Berkati Daku
Berkati Ibu Ayahku
Sayangilah Mereka Seperti Mana
Mereka Menyayangiku
Dan Mengasihiku Waktu Kecilku
Tak Terbalas Budi Jasanya

Wahai Ibuku Wahai Ayahku
Didiklah Anak-Anakmu
Moga Menjadi Penyejuk Di Mata
Penawar Resah Hatimu

Ampunkan Segala Keterlanjuranku
Halalkan Makan Minumku
Doakan Semoga
Aku Selamat Dunia



3 conteng-conteng:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Sungguh menarik kisah & tauladan ini Zai..Thanks 4 sharing... memang kita digalakkan mensedekahkan al-fatihah kpd kedua ibu bapa kita, even mereka masih hidup kat dunia sekalipun..byk fadhilatnya.. apatah lg bila mereka telah tiada kerana hanya itu shj sumbangan yg mampu kita lakukan utk mereka. Mudah-mudahan itu jua lah yg dilakukan oleh anak2 kita terhadap kita nanti.

Lynn Nasir berkata...

hoho..lynn dah keluarkan entri lagu ni aritu..tak jemu mendengonye :)

Zaidah berkata...

Miss Mirror a.k.a Sam : insya allah...mintak2 n mudah2an kita semua menjadik anak yang solleh


Lynn Nasir: zai pun suka ngan lagu nie....hehehe

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL