Mulianya Sya'ban

11.7.10

Berakhir Rejab berganti plak Sya'ban...



Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas  -   sejauh mata memandang.   Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta  satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata  memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat is lam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut  tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan  bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari  tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat is lam berselawat maka seratus kalilah malaikat  tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada  tubuhnya.
Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu  mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon  dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi  Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka  terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini  kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad  SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan  rahmat Allah SWT.

6 conteng-conteng:

sarah shafie berkata...

dh nk puasa ramadhan dh..esok nk gnti puasa lg 1 hari ni..

mamalieyna berkata...

Alhamdulillah..tak lama lg menjelanglah ramadhan pula..^_^

Siti Ruhayu Ab Rahman berkata...

selamat malam..
tq atas sharing info nie

harap-harap bulan puasa, en zalie dapat pulang ke rumah...

Zaidah berkata...

sarah shafie: GANTI JANGAN TAK GANRI..KLU TAK SEMPAT KENA FIDIYAH...

Zaidah berkata...

mamalieyna: SEKEJAP AJEKAN MASA BERLALU...JAP DAH NAK RAMADHAN...

Zaidah berkata...

Siti Ruhayu Ab Rahman: INSYA ALLAH AYU..SESAMALAH KITA BERDOA AGAR DIA CEPAT SEMBUH....

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL