Melentur Buluh

15.10.09

Pada peringkat umur ini, anak anda baru sahaja memahami deria fizikalnya, tetapi tidak salah untuk anda turut menggalakkan pembangunan emosinya ketika ini. mengajar tingkahlaku yang baik adalah satu langkah membina peribadi anak anda dan inilah masa terbaik untuk memulakannya!

Cuba Petua berguna ini:

  • Mulakan dengan anda sendiri bersopan santun. Sentiasa berkata "silakan" dan "terima kasih"
  • Ajar anak anda untuk mengenali dan menghormati orang tua seperti datuk dan nenek. Contohnya, bawa si manja untuk bersalam atau menegur orang tua sebaik sahaja melihat mereka.
  • Perkenalkan perkongsian dan idea mengikut giliran
  • Jangan galakkannya merebut atau merampas barang permainan dan objek daripada orang lain
  • Beri pujian kepada anak anda apabila dia bersopan

Mengajar anak anda adab sopan adalah satu proses yang berterusan. Anda mungkin rasa telah berjaya mengajar si manja yang berumur satu tahun tingkah laku yang baik, tetapi jangan berputus asa apabila dia mula membuat perangai dan berkelakuan tidak tentu hala. Anda perlu teruskan untuk menekankan mesej yang sama.

Sumber:Neslac Discovery Train - Bandar 5 Deria

0 conteng-conteng:

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL