Tolong, Puting Saya Luka!

30.3.10

"Kenapa puting saya luka nie...macam mana nie...sakit nie...nak buat macam mana nie..." mungkin itu persoalan yang sering bermain dalam fikiran kita bila kita mengalaminya...

Aku nak kongsi sedikit info yang aku rasa memang amat berguna untuk aku...ibu..bakal ibu dan sesiapa saja...info nie aku perolehi daripada Mommy Lyna dari http://sususihat.com terima kasih Mommy Lyna..

Puting luka, puting melecet atau cracked nipple adalah masalah yang paling-paling-paling biasa kalau kita mula-mula nak breastfeed.

Macam-macamlah orang kata, nipple nak bersalin kulitlah, sebab baby gigitlah.. dsb. Tak kira lah apa pun, jangan terkejut kalau dalam minggu pertama tu anda tak boleh pakai bra sebab puting melecet.

Tapi jangan ambil mudah.
Sebab benda utama yang mengakibatkan puting luka ni ialah kedudukan baby, iaitu cara dia "latch on". Kalau baby latch tak betul, bukan je puting anda sakit, tapi baby pun tak dapat susu yang sepatutnya. Sebab dia patut latch di "aerola", bukan puting.

Apa nak kena buat kalau puting luka ni?
Anda kena periksa kedudukan bayi dan cara dia latch. Kalau tak pasti minta tolong jurarawat laktasi/LC di hospital berdekatan. Kalau anda tinggal berdekatan dengan LC yang glamer, Pn Kamariah atau Pn Rita (mereka kolumnis dalam majalah Pa&Ma) anda boleh dapatkan khidmat mereka. Mintak mereka periksa kedudukan bayi anda.

Kalau tak, lakukan ini untuk penyelesaian segera:
1. Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar dari "cradle hold" ke "cross-cradle", ke "football hold" dan sebagainya.
2. Sapukan air susu di puting anda dan biarkan "air dry". Air susu ni banyak gunanya tau!
3. Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di pasaran. Yang paling berkesan dan ekonomi pernah saya cuba "Bepanthen", kerana ia juga boleh digunakan untuk ruam bayi!
4. Pakai "breast shell" sebelum memakai bra supaya puting anda tak bergesel dengan bra.

5. Perah sedikit susu anda sebelum memberi kepada bayi untuk mendapatkan let-down dan bayi anda tak perlu menghisap dengan kuat untuk let-down.

gambar: google




4 conteng-conteng:

joegrimjow berkata...

terkejut tengok tajuk
;)

bunnypinky berkata...

nice information

kinsyakrn berkata...

ada yang kata kalau baby gigit, tekap muka dia kat payudara..bila xboleh bnafas,,dia lepaskan puting. hahahah mcm kes dera pulaok!!

Zaidah berkata...

klu baby gigit...zai biasanyer picit hidung dia...dia akan lepaskan...tapi jangan picit kuat sangat...jadik keslah plak...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL