ANGKARA FACE BOOK ISTERI MEMBENCI SUAMI...

29.4.10

Aku gie beli roti kat Petronas..n aku terpandang MW untuk minggu nie nyer…so tajuk kat depannyer ade tertulis “ANKGARA FACEBOOK ISTERI MEMBENCI SUAMI” telah menarik perhatianku untuk aku membeli majalah berkenaan…bagus jugak nie…mungkin kita boleh menjadikan kisah berkenaan sebagai salah satu contoh apabila teknologi yang sedia ade tetapi telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak…so aku ringkaskan kisah berkenaan..(kredit untuk Mingguan Wanita)

Kini Mahkamah Syariah mula menerima kes2 penceraian yang membabitkan penyalangunaan Facebook ini. Namun situasi diluar jangkaan berlaku apabila kes-kes ini kebanyakannya berpunca dari isteri. Golonga isteri yang banyak terjebak dalam skandal Facebook. Antaranya isteri menjalinkan hubungan sulit bersama rakan siber tanpa pengetahuan suami. Apa yang pastinya rakan tersebut sememangnya adalah lelaki, yang berperanan membantu merosakkan hubungan rumah tangga yang kian terjalin.

 
Rokiah (bukan nama sebenar) antara golongan isteri yang dimaksudkan. Dalam diam dan tanpa pengetahuan suaminya Lajim (bukan nama sebenar) sudah beberapa kali mengadakan pertemuan sulit di dalam alam siber. Perkenalannya bermula di di Face book. Pada mulanya hubungan dan berkenalan sekadar mengisi masa terluang, kemudian berlarutan hingga menjadi medan bagi Rokiah meluahkan masalah dan tempat untuk meminta pandangan. Pendek kata jika beras tidak ada di rumah, Rokiah turut mengadu domba kepadanya tanpa pengetahuan Lajim. Lajim langsung tidak mengetahui aktiviti tidak sihat yang dilakukan isterinya. Lagak Rokiah semasa di rumah seperti biasa. Rokiah berada berjam2 lamanyer di hadapan computer melayani rakan siber. Lajim tidak terdetik langsung bahawa perlakuan yang ditunjukkan Rokiah sebenarnya perbuatan curang.


Akhirnya Lajim dapat mengesan perlakuan sumbang isterinya apabila Rokiah menunjukkan protes dan kebenciannya tanpa sebab secara terbuka. Lajim ditolaknye mentah2 termasuklah untuk melakukan hubungan intim. Tanpa berfikir panjang, Lajim yang merasa dirinyer tertipu dengan lakonan Rokiah bersetuju untuk bercerai secara baik. Itupun setelah Rokiah secara jujur mengakui hubungan siber yang dilakukannyer bersama lelaki yang langsung tidak diketahui asal usulnya…

Lelaki tersebut Berjaya memainkan kata2 indah sehinggakan Rokiah terasa dibuai dengan keasyikan dan pujian. Akibatnyer segala-galanya berkenaan Lajim nampao buruk di matanyer…

Kesimpulannyer…sape yang bersalah dalam hal ini…kenapalah Rokiah tu mudah sangat percaya ngan lelaki yang tidak dikenali sedangkan dia tahu yang ade kat alam siber tu bukannyer betul belaka…mudah benar terpengaruh ngan kekata n janji manis lelaki..inilah jadiknyer…
gambar google

4 conteng-conteng:

Dalila berkata...

bila iman terlalu tipis..mudah jer syaitan tu cocok..

NOR HASMAH berkata...

Moga kita dijauhkan dari benda2 yg xbaik ni.. ;)

kak long berkata...

ini semua nafsu semata-mata..
lg canggih IT zaman skrg,lg byk pekara yg mungkar...
nauzubillah...
mntk dijauh kan...

Zue AnnaLeeya berkata...

mcm2 dunia skrg... terlalu canggih pon susah gak...

tapi sbg manusia yg ada akal... pikirla sdiri!!!

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL