MELAKA: Kononnya kerana terdengar ‘bisikan jin’ yang menyatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang anggota tentera tergamak menoreh kemaluan isterinya yang memasak hidangan tengah hari di dapur rumah mereka di Bertam Ulu, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di sebuah taman perumahan di Bertam Ulu, dekat sini, lelaki berusia 40-an terbabit dipercayai memeluk isterinya yang juga seorang jururawat dari belakang sebelum mencederakan bahagian sulit wanita itu menggunakan pisau.
Lelaki terbabit dipercayai melakukan perbuatan kejam itu selepas timbul perasaan cemburu selepas dikatakan diberitahu jin dalam rumahnya bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, lalu menoreh kemaluan wanita berkenaan.
Lelaki terbabit yang mendakwa menerima arahan makhluk halus terbabit supaya bertindak demikian, sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya terus berada di dalam rumah berkenaan, malah memberi bantuan kepada isterinya yang mengerang kesakitan akibat cedera pada bahagian sulitnya.
Dalam keadaan kesakitan itu, wanita berkenaan menghubungi Hospital Melaka (HM) bagi mendapatkan bantuan kecemasan dan enggan dibantu suaminya kerana takut perlakuan luar batasan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa berusia 30-an yang parah dikejarkan ke HM dengan ambulans.
Katanya, suami mangsa diberkas sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian sejurus dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan oleh mangsa.
“Suspek tidak melarikan diri, sebaliknya murung serta meracau ketika ditahan.
“Malah, lelaki terbabit mengakui melakukan perbuatan itu serta menunjukkan pisau yang digunakannya kepada anggota polis sebelum senjata itu dirampas untuk siasatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
6 conteng-conteng:
Ya Allah..smpi cam tuh skali cemburu nyer..Alasan jer tu konon2 bisikan jin..Padahal diri dia sendiri tuh yg syaitan!!
org gilo.. meh toreh gak dia punya anu
ishk..macam2 yang berlaku kat dunia ni...kene rasuk ke ape jantan tu..
eiiiiii, iya ke kena bisikan jin....
gerunnn la dengan kes macam nie....
mintak dijauhkan....
huhu..btol2 mengerikan.. kejamnyer =(
ya allah.. mcm tu sekalik.. tu la kalu pikiran xtenang.. penuh dgn perasaan syak wasangka & cemburu buta.. saiko tul la mamat tuh!
Catat Ulasan