Barah Payu Dara Lelaki

30.6.10

Walaupun anda seorang lelaki, kemungkinan untuk diserang barah payu dara tetap ada, apatah lagi jika anda obes dan lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah penyakit itu.


Umumnya peratusan kes barah payu dara lelaki agak kecil iaitu 1% dalam semua kes barah payu dara. Bagaimanapun, kerana kebanyakan lelaki beranggapan barah payu dara itu penyakit wanita, ada yang tidak mempedulikan simptom yang ada pada mereka. Akhirnya, apabila pesakit lelaki datang mendapatkan rawatan kebanyakan mereka sudah berada di tahap akhir.

Simptom paling ketara adalah ketulan di payu dara. Disebabkan payu dara lelaki lebih dekat dengan dada, ia lebih mudah merebak berbanding barah payu dara yang menyerang wanita.






Payu Dara Lelaki



Lelaki memiliki sejumlah kecil tisu payu dara yang tidak berfungsi. Pada peringkat kanak-kanak, tisu payu dara kanak-kanak lelaki dan perempuan hanya terdiri daripada struktur seperti tiub atau saluran yang dikenali sebagai puting susu.



Bagi perempuan apabila datang haid, ovari menghasilkan estrogen menjadikan saluran itu membesar dan kelenjar susu terbentuk di hujung puting itu. Lelaki pula, hormon testosteron menekan pertumbuhan tisu payu dara dan pembentukan kelenjar susu.



Justeru, payu dara lelaki selalunya kecil dengan puting yang tidak terbentuk dan sejumlah kecil lemak dan tisu.



Lelaki yang diserang barah payu dara selalunya gemuk kerana golongan itu memiliki lebih banyak tisu pada payu dara

6 conteng-conteng:

Ain berkata...

lelaki gemuks kena lebih beware nie....

LYaFRINA berkata...

waaahhh..
lelaki pon ada risiko kena barah payudara ni...
slama ni sangkakan pompuan j y kena

Zaidah berkata...

ain: lelaki gemuk mudah diserang....so berhati2


lya:lelaki ade jugak kena breast cancer tapi peratus tak tinggi...

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Ingatkan pempuan jer yg risiko kena barah payudara..rupanyer lelaki pon berisiko gak yer..baru tau.. ;)

yanti isa berkata...

semua berisiko ye tak kira laki pompuan .... mak abg misai ada breast cancer jugak tapi tak serius .

Zaidah berkata...

lily: actually semua orang ade sel kanser tapi kita tak tahu sama ada sel tu aktif atau tidak...so kenalah jga makan


kak yan:btul tu kak yan...klu tak serius pun kena hati2 jugak kan...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL