Kalaulah aku Cenderawasih...

31.7.10


Kalaulah aku Cenderawasih...mempunyai nilai yang tinggi...sering diburu kerana kecantikannyer....tapi aku mesti sedih...


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan


Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

6 conteng-conteng:

Peeka Syuhada berkata...

like !

yantisa berkata...

lama tak jenguk sini ..busy tahap gaban .

penjejak maya berkata...

salam,

nak jadi burung ye..

Zaidah berkata...

Shafika Syuhada Rosli : thank you

Zaidah berkata...

yanti isa: kak yan memang selalu busy.. :(

Zaidah berkata...

penjejak maya : bleh bebas terbang

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL