Kami Bangkang Perlantikan Ahmad Idham dan David Teoh

26.7.10

"Ini bukannya serangan bersifat peribadi untuk kedua-dua individu yang disebutkan, namun kami melihat perlantikan mereka berdua dalam ahli Lembaga Pengarah Finas dilihat tidak adil dan bertentangan dengan Akta Finas. Kami bangkang perlantikan mereka setelah melihat kesan tidak sihat yang timbul.

"Timbul banyak ketidakpuasan hati di kalangan ahli-ahli setelah melihat perkembangan tidak sihat yang berlaku. Kami sudah pun menghantar memorandum kepada YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mengenai isu berbangkit pada April lalu, namun sehingga kini masih tiada tindak balas.

"Masalah ini muncul kerana mereka berdua adalah penglibat aktif dalam industri dan ini secara tak langsung akan mewujudkan unfair advantage dari penglibat tersebut," kata Presiden Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah dalam satu sidang media tergempar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Keadaan lebih mengecewakan selepas timbul ura-ura kononnya Ahmad Idham akan menerajui Finas selepas kontrak yang sepatutnya tamat 1 Julai lalu disambung semula untuk tempoh setahun lagi.

"Jika benarlah khabar angin tersebut, kami sarankan agar David dan Idham berhenti daripada menjadi pengarah dan penerbit aktif dan tumpukan perhatian kepada pembangunan industri dan membawa tranformasi baru. Jangan terlibat langsung agar tiada konflik kepentingan timbul.

"Mana ada pemain yang pada masa yang sama menjadi pengadil. Sudah tentulah permainan akan lebih menyebelahi dirinya. Begitulah juga yang berlaku dalam isu ini," ujar Norman Abdul Halim, Setiausaha PFM ketika diminta mengulas bantahan ini.

Pihak PFM juga telah mengatur satu pertemuan dengan Ahmad Idham dan David Teoh bagi mendapatkan penjelasan, namun menurut Ahmad Puad, kedua-dua penggiat filem itu menafikan kedudukan mereka di dalam Finas mempunyai konflik kepentingan dan tidak pernah mengambil sebarang kemudahan yang disediakan Finas untuk kepentingan peribadi.

"Apabila orang yang aktif duduk di dalam Finas, situasi ini tak adil kepada penerbit lain. Mereka mempunyai akses kepada semua maklumat termasuk pelan strategi Finas yang pastinya tidak diketahui penerbit lain. Selain itu, ia juga menyekat peluang penerbit lain mendapatkan dana kerana kedudukan David Teoh di dalam panel penilai Dana Industri Kreatif BSN," tambah Ahmad Puad dalam sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presiden PFM, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Setiausaha PFM, Norman Abdul Halim, Timbalan Presdien Gafim, Datuk M.Daud Wahid dan Presiden Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia, Khir Mohd. Noor.


8 conteng-conteng:

mamaarifakeemaisy berkata...

memang nmpk cam tak adil kalo camtu..^_^

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum, singgah jap...

|| NaFiRaa || berkata...

betol jugak bantahan dorang tuh kan~ nampak cam x bape nak adil la~

Zaidah berkata...

mamalieyna: tak blehlah dapat dua hasil dalam satu masa....memang ornag marah...

Zaidah berkata...

LIPISLADY: bleh silakan...

Zaidah berkata...

|| NaFiRaa ||: memang betul ape yang dorang cakapkan...

AngahSayang2314 berkata...

tak sahulah sapa betul sapa salah ermmmm

penjejak maya berkata...

salam,

tak salah kalau bagi dorang peluang dulu..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL