Tip Memilih Tuala Wanita yang Sesuai

7.7.10




Period merupakan satu perkara yang semula jadi untuk semua wanita. Ia tak sepatutnya menghalang kamu daripada memakai pakaian yang kamu mahu atau melakukan perkara yang kamu dah biasa buat. Beberapa perkara mudah boleh membantu kamu menjalani rutin ketika period.
Bacalah tip-tip berikut:
Sanitary
Sanitary Pads
Tuala wanita merupakan tuala wanita kapas, dengan jalur atau pelekat dibawahnya agar ia boleh dipakai dengan melekatkannya pada seluar dalam kamu. Ia berbeza mengikut ketebalan. Ada yang datang dengan sayap untuk melindungi seluar dalam kamu daripada kebocoran di sisi. Yang lain mungkin lebih panjang untuk memberikan lebih perlindungan di belakang.

Memilih tuala wanita yang betul
Ketahui saiz, bentuk badan dan aliran period kamu. Pilih tuala wanita yang padan dengan kamu.

Ketebalan. Tuala wanita maxi biasa mempunyai ketebalan yang sesuai untuk aliran banyak. Ada orang yang sukakan tuala wanita lebih nipis yang mampu menyerap untuk hari aliran banyak. Ini kerana ia membuatkan mereka lebih selesa. Jadi pilihlah tuala wanita yang menyelesakan kamu.

sanitary
Sayap atau tanpa sayap. Sayap boleh menghalang darah daripada terbocor ke seluar dalam kamu. Semasa hari aliran banyak ataupun kamu ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita bersayap.
Apabila membeli tuala wanita, kamu boleh pelbagaikan jenisnya. Jadi, bolehlah kamu pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid kamu, dan jenis aktiviti yang akan kamu lakukan.

Bahan lapisan pelindung. Tuala wanita dijual dengan sama ada lapisan kapas atau jejaring/jalinan. Ada gadis yang sukakan kelembutan ekstra dan keselesaan yang terdapat pada lapisan kapas manakala ada yang sukakan rasa kering yang boleh didapati menerusi lapisan jejaring. Terpulang pada kamu!

Sanitary
Liners
Liner merupakan produk yang direka untuk membuatkan kamu rasa bersih, segar dan lebih kering bila-bila masa tak kira siang atau malam. Liner lebih nipis dan biasanya lebih kecil saiznya berbanding tuala wanita biasa. Liner memang bagus sebagai perlindungan sokongan sekiranya kamu period dan sedang memakai tampon. Ia juga sesuai untuk menyerap kebasahan dan menghalang seluar dalam kamu daripada kotoran akibat lelehan vagina biasa, peluh, titis-titis kebocoran air kencing dan aliran haid yang tak dijangka.

Sanitary
Liners
Tampon diperbuat daripada kapas sama seperti tuala wanita. Kapas ini digumpalkan bersama sehinggalah ia menjadi tiub nipis. Berbeza dengan tuala wanita, tampon dimasukkan ke dalam vagina kamu semasa aliran haid banyak atau sederhana. Ia mungkin agak sukar untuk pengguna kali pertama. Jadi, ikuti arahan yang disediakan pada pek dan lama-kelamaan, kamu akan menjadi mahir.




19 conteng-conteng:

Ain berkata...

liner ngan tampon tu ada jual ke?

tak pernah tau pun sebelum nie....

hehehe

zzyqah berkata...

tampon besenye org pakai bila masuk dalam air ..

tak pernah tengok lagi secara real =)

Mama Hanim berkata...

info yg bagus..detail tu k.zai..tq2..

mamaarifakeemaisy berkata...

tampon tu tak pernah tau pun..huhu..good info la..tQ!

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

klu lily x suke guna yg bersayap..cam leceh jer.. ;)

aya berkata...

sgttt x reti pkai tampon. haha

nabilah_2908 berkata...

tkpernh terfikir pun nk try pakai tampon..huhu..

jom ke APA KATA HATI pulak,
CARTOON & ME

::Kak Sambal:: berkata...

tak berani nak pakai tampon tue...takut terbenam jer..ilang kat dalam..heheh

Zaidah berkata...

Ain: BIASANYER LINER NIE LEBIH KECIL N NIPIS BERBANDING PAD (TUALA WANITA)

Zaidah berkata...

Zqah Ail: MINAH2 SALLEH YANG SUKA PAKAI TAMPON NIE...SECARA REAL ZAI PUN TAK PERNAH CUBA

Zaidah berkata...

Mama Hanim : SESAMA...:)


mamalieyna: ZAI PERNAH DENGAR TAMPON TU TAPI TAK PERNAH TENGOK N PAKAI...

Zaidah berkata...

LiLy @ MumMyQiStInA: ZAI KEKADANG GUNA JUGAK YANG BERSAYAP..TAPI SUKA GUNA YANG MAXI AJE...

Zaidah berkata...

ayaa alyy: KLU TAK RETI JANGAN PAKAI..NANTI TAK BLEH NAK KUAR...NAYER AJE...HEHEHE

Zaidah berkata...

nabilah_2908: HEHEHE....SEBAB JARANG DENGAR KAN...

Zaidah berkata...

::Mamalyna::: SAMALAH KITA...TAKUT TERBENAM KAT DALAM DAH NAYER TAK BLEH KUAR...

Lynn Nasir berkata...

saya sudah convert ke tuala wanita moden yang reusable :)

pakai-cuci-pakai-cuci :D save kan?

maklumat lanjut: http://lynnhomemades.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

gud info.. zai xpernah lg nmpk tampon kak.. tampon nih cam ngeri je nk pakai.. lg pon ade jual dimane jer..?

Zaidah berkata...

Lynn Nasir: ade tuala wanita moden yer..baru dapat tahu...nak jugak tengok...

Zaidah berkata...

mamamiera: zai pun tak pernah nampak jugak...tampon nie kna sumbat...ngerilah

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL