Cikgu Power

30.8.10


Guru disiplin promosi ubat seks
JOHOR BAHRU: ‘Cikgu Power.’ Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.


Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa. 

Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar. 

Bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks dan memiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan. 

“Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah. 

“Dia sepatutnya menjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual produk seumpama itu,” katanya di sini, semalam. 


Min mula menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab guru itu selepas mendapati anaknya yang belajar di sekolah itu membawa pulang beberapa risalah bertajuk ‘Abang Best’. 

“Saya terkejut kerana laman web produk itu yang tercatat pada risalah memang wujud dan ia bertujuan mempromosikan sejenis gel bagi mengatasi masalah ejakulasi pramatang. 

“Laman web itu amat tidak sesuai bagi tatapan pelajar kerana ia boleh membawa pengaruh buruk dan penularan gejala sosial,” katanya yang berharap guru terbabit dikenakan tindakan bagi mengelak perbuatannya berterusan. 

“Saya berharap Jabatan Pelajaran Johor memandang serius perkara itu,” katanya. 

Ibu bapa pelajar sekolah itu juga ada membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini, pada 16 Ogos lalu selain mengemukakan aduan kepada pihak pengurusan sekolah. 

Aduan turut dikemukakan di Jabatan Pelajaran Johor selain Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Sufa’at Tumin, berkata pihaknya menerima aduan ibu bapa pelajar berkaitan dakwaan terhadap guru terbabit dan siasatan terhadap guru itu dijalankan.  

“Kami perlu meneliti pekeliling pelantikan jawatan sebagai guru sama ada membenarkan seseorang untuk berniaga di luar. Kami juga akan menyiasat dakwaan yang menyatakan guru terbabit cuba mempengaruhi pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

p/s : tak guna betul...buat malu profession sebagai guru buat malu negeri Johor aje

10 conteng-conteng:

mamaarifakeemaisy berkata...

haih..apa nak jadi ni..profession baik disalahgunakan! ni la punca2 penularan perkara yg tak sihat ni..merosakkan akhlak..!

herm..apa nak jd dunia skrg ni ye..huhu..

Ain berkata...

hadoiiiii, buat malu cikgu jer kan....

Zaidah berkata...

mamalieyna : sepatutnye cikgulah tempat kita rujuk n berbakti kepada negara tapi nie makin nak merosakkan anak bangsa

Zaidah berkata...

Ain : memang buat malu kaum cikgukan..

Fieza79 berkata...

haishh kalo cikgu dh cenggitu mcm mana la pelajar2 nak ikut teladan yg baik...mcm2 la..!

AngahSayang2314 berkata...

salam kunjungan

memang memalukan zaman sekarang nie

r|nA @ ja|j|na berkata...

adessssss, apelah nak jadi nih..tak paham betul le..

♥ Che NamNam ♥ berkata...

hishhh aper nak jadik la kannn..sepatut diyer yang jadik pembimbing anak bangsa..dah giteww saper lagik yang kiter nak harapkan biler anak2 kat sekolahh..nak hantar anak pegi sekolah pon dah worry..macam2 hal...

|| NaFiRaa || berkata...

haih~ cikgu pon buat keje cam tuh~ cam ner nih!!!

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

kalu ikut kan nak tahu perangai anak2 tgk pada ibu bapa nye...tapi kalu ibu bapa cakap lain, guru pulak ckap dan buat lain....anak2 akan amik jalan sendiri utk buat pilihan baik buruk..tu yang rosak anak2 skunk

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL