Sharifah Aini, Siti berbaik

19.8.10

Tak gaduh lagi.


KUALA LUMPUR: Krisis peribadi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dengan Datuk Siti Nurhaliza sejak enam tahun lalu, berakhir apabila dua penyanyi terkemuka tanah air itu dipertemukan dalam sesi fotografi khas bersama Berita Harian, di Hotel The Royale Chulan, di sini petang semalam.

Walaupun pernah bertembung dalam beberapa majlis sebelum ini, ini kali pertama mereka disatukan dalam sesi fotografi selepas dikaitkan dengan kontroversi yang pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air dan mendapat liputan meluas media.
Kontroversi tercetus apabila Sharifah Aini didakwa membuat fitnah menerusi e-mel dengan niat merosakkan reputasi Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, pendakwaan terhadap penyanyi itu digugurkan selepas didapati tiada kes yang boleh mengaitkannya.
Sharifah Aini ketika ditanya kesudiannya memenuhi undangan itu, berkata beliau bersetuju kerana tidak mahu orang ramai terus berprasangka buruk terhadap hubungan mereka berdua.

Sebenarnya antara kami tiada apa yang berlaku. Kami menjadi mangsa keadaan. Pada saya, Siti seorang yang baik dan masih seperti yang saya kenal dulu, katanya.

Siti Nurhaliza ketika ditanya sama ada masih memendam perasaan terhadap apa yang berlaku, berkata perkara itu sudah dilupakannya.

Apa yang berlaku sudah lama Siti lupakan. Siti anggap ini semua keberkatan Ramadan. Siti harap, selepas ini hentikan semua spekulasi yang tidak baik, katanya.
Sepanjang lima jam di lokasi penggambaran, dua diva itu kelihatan mesra dan saling bertanyakan perkembangan masing-masing. Sambil mengakui pasti akan ada cakap-cakap nakal mempertikaikan keikhlasan mereka, dua penyanyi itu menegaskan mereka tidak mempedulikannya serta mengharapkan ikatan yang terjalin akan berkekalan. 

20 conteng-conteng:

tiha berkata...

akhirnya mcm x percaya je kan..dh bertahun kot..^__^

Berita terbaru dari blog saya:

life witout flower is lifeless
Puting beliung di bazar ramadhan jasin
Songs : travie mccoy ..Billionaire

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Salam Zai..sorry lama x menjenguk kesini..

Baguslahkan..dibulan yg baik ni..saling bermaaf-maafan..X nk lah gaduh2.. ;)

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

dunia artis kite kecik jerk...pergi mana2 jumpa gak..mungkin sebab kecik tapi artis berlambak jadi masing2 takot tergugat..ape2 pun semoga dunia artis ni bergembang dengan positif

Min Hamzah berkata...

baguslah cam tu....sempena bulan mulia ni marilah kita maaf-bmaafan...

mamalieyna berkata...

belum raya dh bermaaf2an eh..hehe..eloklah tu di bulan yg mulia ni kan..^_^

lydzar berkata...

bagus la kan, tak baik gaduh2 ni

shila ariff berkata...

bagus le tuh..sempena bulan yg mulia ni, bermaaf-maafan le sesama kita..tak yah le nak tggu sampai syawal..huhuhu

az rina a.k.a jaijina berkata...

bagusle kalau dah baerbaik²..tak baik gaduh² ni..duni artis ni kecik aje, pusing² jumpe jugak kan..

amik berkat di bulan pose ni..

Mama Hanim berkata...

perkara yg bagus tu..

Zaidah berkata...

tiha : MEMANG DAH BERTAHUN DAH DIORANG DINGIN

Zaidah berkata...

LiLy @ MumMyQiStInA : KLU GADUH2PUN TAK ADE FAEDAHNYA

Zaidah berkata...

Nur Hawa Mohd Zin: DUNIA ARTIS DUNIA YANG PENUH GLAMOR

Zaidah berkata...

Min Hamzah : BETUL TU..JANGANLAH BERGADUH LAGIKAN..

Zaidah berkata...

mamalieyna : SEMOGA MENJADIK CONTOH UNTUK ARTIS YANG LAIN YANG MENGALAMI MASALAH SAMA

Zaidah berkata...

lydzar : BETUL TU...SAMPAI BILA NAK BERGADUHKAN...

Zaidah berkata...

shila ariff: ALHAMDULILLAH...PERKARA TERPUJI BILA BERMAAFAN

Zaidah berkata...

az rina a.k.a jaijina: BTUL..DUNIA ARTIS MEMANG KECIK...PI MAI2 TANG TU...

Zaidah berkata...

Mama Hanim :ALHAMDULILLAH...

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

betol kak...cume kalu pandai bawak diri dlam dunia tu..InsyaAllah sume jadi baik

Zaidah berkata...

Nur Hawa Mohd Zin: insya Allah awe...yang penting jangan berdengki..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL