Terperangkap Dua Bulan...

11.10.10

SAN JOSE MINE, Chile 10 Okt. - Bunyi hon meledak mengumumkan berakhirnya gerakan menyelamat 33 orang pekerja yang terperangkap selama dua bulan pada kedalaman 700 meter dalam tanah apabila sebuah lombong bijih timah di selatan Chile runtuh pada 5 Ogos lalu berjaya.

Krew penyelamat yang menjalankan kerja-kerja mengorek terus melompat dan merangkul satu sama lain sebaik kerja-kerja mereka selesai.

Kejayaan mereka segera disambut dan dirayakan oleh ratusan ahli keluarga pelombong yang berkampung di Kem Harapan dengan saling berpelukan dan bersorak kegembiraan.
Para pegawai berkata, paling awal para pelombong yang terperangkap keluar pada hari Selasa, namun ia bergantung kepada penilaian kejuruteraan berdasarkan kestabilan aci yang diguna.

“Semua kami 33 orang yang berada di tempat perlindungan sihat,” kata nota yang telah ditulis oleh pelombong tertua, Mario Gomez, 63, dan tersekat pada gerudi yang melanggar tempat perlindungan mereka pada 22 Ogos.

Operasi menyelamat itu menelah belanja berjuta dollar, termasuk kos kejuruteraan dan khidmat pakar perlombongan dan juga pasukan perubatan dan pakar psikiatri yang terlibat.

Kebanyakan mereka yang terperangkap selama dua bulan itu adalah yang berumur 40 hingga 63 tahun, manakala lapan daripada mereka berusia awal 20an serta Jammy Sandes, 19, yang belum tamat dari sekolah tinggi

4 conteng-conteng:

Fieza79 berkata...

ishh lama nya terperangkap...2 bln tu..seb baek masih hidup..mkn ape kat dlm tu..haishhh

peaNut berkata...

itula org cakap...pantang maut sebelum ajal...walaupun dh terperangkap 2 bulan..masih gak leh hidup lagi..huhu,,alhamdullillah...

AngahSayang2314 berkata...

eee org kata dah memang dia punya nyawa panjang kan???

Siti Ruhayu Ab Rahman berkata...

eik..pjg usia depa..pangkat atok nenek tu...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL