Biasanyer kaum adam aje yang ramai n suka merokok tapi tak heran jugak klu pompuan jugak suka merokok....
Tapi bagus sangat ker kalau pompuan merokok terutama sekali di khalayak ramai...ade rasa bangga ker.....dengan muka yang selamba n tanpa segan silu menghisap rokok....atau apa pandangan orang sekeliling terhadap pompuan yang begini....
klu lelaki mungkin macholah agaknyer bila merokok....tapi ape bestnyer kan merokok dikalangan pompuan nie.....
seperti artikel di bawah nie...
Kita biasa lihat lelaki merokok, tapi kali ini saya nak hanya fokus trend wanita merokok yang kini semakin menjadi-jadi. Jika dahulu mereka hanya merokok ditempat-tempat tertutup, kini kita dapat melihat dimana-mana sahaja wanita merokok. Di dalam bangunan, luar bangunan, dalam kereta, restoran dan macam-macam lagi.
Jumlah wanita muda Malaysia yang merokok juga meningkat dan kini kalangan pelajar sekolah sudah ramai yang berjinak-jinak dengan aktiviti yang tidak sihat ini. Mereka bermula dengan perasaan mencuba atau suka-suka. Akhirnya pengaruh nikotin yang tinggi memerangkap mereka untuk menjadi penagih rokok yang tegar.
Masalah ini sering juga dikaitkan dengan tekanan perasaan, walaubagaimana pun ia sudah menjadi suatu kegemaran yang dianggap sebagai simbol gaya hidup yang mempengaruhi perlakuan serta pergaulan.
Wanita-wanita yang jadi kaki ‘clubbing’ boleh dikatakan penagih rokok yang aktif. Kalangan mereka ramai juga yang terdiri dari eksekutif muda dan menjadikan trend merokok itu sebagai suatu tuntutan hak kewanitaan agar sama taraf dengan lelaki yang kononnya ‘macho’ kalau merokok.
TAHUKAH ANDA – PUNCA & AKIBAT DARI WANITA MEROKOK
ISU mengenai peningkatan wanita merokok kembali menjadi topik perbualan apabila kajian mendapati bilangan wanita yang merokok di negara ini telah meningkat 100 peratus pada 2003 berbanding pada tahun 1996.
Isu merokok kini merupakan masalah global yang boleh memudaratkan sistem kesihatan seluruh tubuh badan, menjejaskan produktiviti dan ekonomi negara.
Di mana sahaja kita pergi ada sahaja wanita yang tidak segan silu merokok di khalayak ramai dan mereka seolah-olah bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bagi yang Melayu, ke mana hilangnya adat ketimuran mereka kerana langsung tidak ada sedikit segan atau malu apabila perlakuan mereka diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.
Mereka yang merokok bukan sahaja terdiri wanita dewasa sahaja, tetapi kini, pelajar sekolah pun sudah berani berjinak-jinak dengan perbuatan tersebut yang mengundang pelbagai risiko dan juga akibat.
Habis waktu sekolah mereka berkumpul di tempat yang agak tersembunyi dan juga sama-sama merokok. Ada juga yang pada mulanya tidak tahu bagaimana melakukan perkara ini, tetapi apabila mereka menjejakkan diri di institusi pengajian tinggi, mereka mula terpengaruh dengan hasutan rakan sekeliling yang lebih berpengalaman.
Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini merokok. Salah satu faktor kecenderungan tabiat merokok dikalangan golongan tersebut dikenal pasti berpunca daripada empat faktor utama iaitu fisiologi, sosial, psikologi dan juga persekitaran.
Faktor fisiologi yang menjadi penyebab kepada gejala wanita merokok ialah perkara ataupun alasan yang tidak munasabah dikalangan wanita iaitu merokok dapat mengurangkan berat badan dikalangan wanita yang mementingkan penampilan mereka.
Ekoran kepercayaan di kalangan wanita Malaysia bahawa puntung rokok itu dapat membantu mereka mengekalkan bentuk badan dan menghalang mereka daripada menambah berat badan.
Rata-rata wanita Malaysia percaya bahawa merokok boleh mengawal selera, jadi mereka dapat mengawal pengambilan makanan dan mengawal berat badan mereka dan boleh mengekalkan kecantikan dan bentuk badan, tanpa mengetahui bahawa merokok boleh menjejaskan kulit mereka.
Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah perkara berkaitan imej, ketagihan nikotin serta menangani persaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri penuh masalah serta dilema.
Manakala faktor lain pula ialah persekitaran dan sosial atau lebih kepada terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk golongan wanita ini merokok.
Ia sudah menjadi trend golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan persamaan taraf itu. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Golongan wanita percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, jika wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki, ia merupakan satu kebanggaan.
Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan wanita dan kesan jangka panjang. perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok.
Pelbagai jenis penyakit timbul berpunca daripada asap yang [b]mengandungi 4,000 bahan kimia[/b] berbahaya kepada jantung, terutama nikotin dan karbon monoksida itu. Wanita yang merokok akan menjejaskan kesihatan mereka dan juga penyumbang kepada penyakit kronik seperti barah payudara, barah rahim, dan sebagainya.
Begitupun, gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang.
Seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang sehari, akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dah jika 20 batang yang dihisap sehari akan bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat, semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat penyakit yang diundang dalam sedar.
Kajian yang ditulis dalam Jurnal Institut Kanser Amerika Syarikat menyatakan bahawa wanita yang merokok mempunyai risiko terlalu tinggi mengidap penyakit kanser payu dara berbanding mereka yang tidak atau telah berhenti merokok.
Penemuan terbaru melalui kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh Peggy Reynolds dari Jabatan Perkhidmatan Kesihatan California itu mendapati, wanita yang mengakui mereka mempunyai tabiat merokok menghadapi risiko 30 peratus lebih tinggi dijangkiti penyakit tersebut berbanding mereka yang tidak merokok.
Manakala bagi wanita yang mengamalkan tabiat buruk itu sebelum berusia 20 tahun atau mula merokok sekurang-kurangnya lima tahun sebelum hamil, juga mempunyai risiko yang tinggi. Tetapi, bagi wanita yang pernah merokok dan kemudian berhenti tidak pula menghadapi risiko menghidap kanser payu dara.
Penyakit ini terjadi dikalangan wanita kerana kajian mendapati elemen-elemen asap rokok telah ditemui dalam bendalir payu dara di kalangan wanita yang merokok dan asap rokok sememangnya diketahui mengandungi bahan carcinogens yang berbahaya kepada sel manusia.
Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia, dioksin dan furan.
Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis.Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.
Oleh itu, wanita sekarang perlu tahu dan mula buka mata menyedari mengenai bahaya merokok yang mengundang pelbagai bahaya dan risiko. Sebaiknya wanita tidak perlu merokok kerana ia tidak langsung memberikan kesan baik kepada sesiapa sahaja. Wanita Malaysia perlu memelihara adat ketimuran dengan tidak sesekali merokok seperti kaum lelaki.
16 conteng-conteng:
x cool lansung...
zai tgk x iklan tv y dont break my heart tu..kisah nurse india y mnjaga pesakitnya y smua nya bpunca dr hisap rokok..
y pompuan dapat kanser mulut tu, krn isap rokok.. tp nape msh ramai y x sdr..
bkn tu saje.. mhisap rokok blh mbuatkan bahagian sulit wanita berbau kan..lya baca dlm majalah ni.
apa la nak jadi ngan budak2 sekarang ni..
paling tak suka org yg merokok..busuk..bau asap..
salam..
apa la nak jadi dengan budak2 sekarang nie , dowang ingat dowang dah cukup hebat la kalau merokok tue...ish geram betul la
nyampah tgk pompuan merokok. x suker...x suker
angah tak suka perempuan merokok dah macam perempuan cabret lak....
dorang bangga amat kalu isap rokok..nati seme org tgk..yg pelik dunia skrg..perbuatan yg berlawanan itulah yg dibangga2kan..
semoga anak2 kita terhindar dr dunia gejala sosial ini...
isk2.. x lawa langsung klw prempuan merokok.. huh.. dont take it personally kay, tp seriously la.. dan klw guys yg merokok pon, x macho langsung. huhu, da la rokok tu memudaratkan, membazir duit, busuk dan byk lagi buruknye. haish.
x cantik, x cool n langsung xde pekdahnya. jauhkan la anak2 kita dgn gejala yg tdk sihat ini.
@LYaFRINAmemang banyak keburukan menghisap rokok...pastu merbahayakan kesihatan orang lain jugak
@Sricahaya memang tak suka ngan asap n segala yang berkaitan rokok...busukkkkkkk
@Amy Syaquena memang degil bebudak nie...
@syariza09samalah kita
@AngahSayang2314macam pompuan tak ade maruah n bersosial...
@sarah-najwanbetul tu...semoga keturunan kita dijauhkan daripada gejala tak sihat ini...amin
@Seindah Bicara 2 oleh itu jauhkan daripada rokok
@moklong jangan sesekali mencuba yer anak2...
Catat Ulasan