Gaji Perdana Menteri RM22,826.65 Sebulan

24.11.10



Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lalu ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008. Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.



22 conteng-conteng:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ berkata...

ye ke? banyak lagik gaji COO kita kat opis ni kalah gaji najib....

LYaFRINA berkata...

tapi tu baru gaji kan..
belum masuk elaun2 lagi...
mde2 lain lg.. minyak2 confirm dh free.. pginapan.. n mcm2 lg.. byk tuuuuuuuuuuuuuuuuu...

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

cam kecik je kan gaji dia ni
nak control negara tuu
huhuh
betul tu lya,.tak masuk elaun lagi tu ehhe

~Siti Hajar~ berkata...

btl la itu blm masuk elaun kan? ++ elaun..isyh! kayo kayo..

hubby sy klu gaji byk gitu, sy xkeja dah..haha

ibu_BatRiSya @wardah berkata...

byk nye gaji depa...

shaffique berkata...

yeke, baru tau. thanks for sharing. ;)


My latest entry : Oh ! Taylor Swift

Sricahaya berkata...

byk gile gaji dorang yerk..

Reds berkata...

duit rakyat....kesian

Reds berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
syariza09 berkata...

kalaulah.....kita gaji byk tu 0_0
skali skala berangan jap

eB@mamaAerish'n'Aed berkata...

perghhhh...

az rina a.k.a jaijina berkata...

bnyak gile gaji die..no wonderlah menteri² kat mesia ni kayo²..

Zaidah berkata...

@♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ tu baru COO klu CEO lagilah besar...

Zaidah berkata...

@LYaFRINAbetul tu lya...advantage yang lain tentu ade...

Zaidah berkata...

@rose --{@ ibuRafiq @}--klu plus semuanyer tu dah berapa..tapi tanggungjawab besar...

Zaidah berkata...

@ibu_BatRiSya @wardahbanyak n besar tanggungjawab

Zaidah berkata...

@Sricahayamemang banyak...tak masuk elaun bagai..

Zaidah berkata...

@Redsbetul tu....tu memang betul...

Zaidah berkata...

@syariza09pakcik kayo...

Zaidah berkata...

@eB@mamaAerish'n'Aedjangan jeles...

Zaidah berkata...

@az rina a.k.a jaijinamemang betul...

ch@ berkata...

beza dgn gaji daku, 7 lapis bumi dan 7 lapis langit. bersyukur2, blm mati kelaparan lagi, alhamdulillah.

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL