Hidup Serumah Bersama Kambing

25.11.10

Serumah bersama  24 kambing


LEDANG: Walaupun tinggal sebumbung dengan 24 kambing milik mereka di Pekan Rawang di sini, sejak 10 tahun lalu, Wahid Husin, 58, dan isteri, Ijah Jaafar, 40, tidak menganggap bau serta kesesakan di dalam rumah kerana kehadiran ternakan berkenaan mengganggu mereka sebaliknya menambahkan lagi keceriaan.

Mereka yang mendakwa sudah biasa hidup sebumbung dengan haiwan terbabit malah tidak sanggup membiarkan ternakan itu tinggal di luar. 


“Ada rakan serta jiran mengesyorkan kami melepaskan kambing itu ke luar rumah tetapi kami bimbang hilang dicuri atau mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya, semalam. 

Wahid yang mendakwa tidak cukup modal membina kandang kambing berkata, sudah lama dia merancang membina kandang berkenaan tetapi hasrat sering terbantut kerana ada lagi perkara penting perlu dilakukan dengan wang yang ada.



Bagaimanapun, Wahid tetap berharap impiannya untuk mempunyai kandang kambing terlaksana.


Menurut Wahid, pada mulanya dia hanya membela dua kambing sebagai haiwan peliharaan tetapi lama-kelamaan membiak hingga mencecah 24 ekor. 

“Semua ini bermula selepas saya mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah kilang perabot berhampiran dan membela kambing bagi mengisi masa lapang. 

“Tidak pula saya jangka kambing dulunya hanya dua ekor kini membiak sebanyak sekarang menyebabkan rumah kami sesak,” katanya. 

Pasangan yang masih tiada cahaya mata itu amat menyayangi kambing berkenaan sehingga tidak sanggup menjualnya kepada orang ramai.

p/s memacam....


12 conteng-conteng:

HALAMANKU berkata...

Salam Zai... mmm macam2 keunikan.. tapi sanggup ker lelagi ternakan dah + membiak.. he he he

rATu kEBaYA berkata...

mmg macam2 sekarang ni.. klu letak kat luar nanti hilang pulak.. sudahnya simpan dlm rumah jelah

eB@mamaAerish'n'Aed berkata...

ahaks... xtau nk kata aper... :)

piasara berkata...

nasib baik kambing..ok sikit, cuba bayang kan kalau lembu..

Mamamya berkata...

haih...klu lia x blh la kak nak dok serumah dgn kambing2 nih...dok b'jiran pun blm tentu blh.... :)

sarah-najwan berkata...

mereka da biasa kot..tu xkisah
kita yang xmenahan..bau kambing tu..

Zaidah berkata...

@HALAMANKUzai tak sanggup...

Zaidah berkata...

@rATu kEBaYA tapi sanggup dia buat macam tu

Zaidah berkata...

@eB@mamaAerish'n'Aed no komen...hehehe

Zaidah berkata...

@piasaralembu lagi besarkan...tentunyer lagi sesak dalam rumah tu

Zaidah berkata...

@Mamamyalahhh

Zaidah berkata...

@sarah-najwanbau kambing n najisnyer tu

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL