Pancutan air hilangkan debaran

23.11.10

BASAH...peserta program berkhatan beramai-ramai dipancut air atas lori.

pagi tadik dengar kat Radio SinarFM tentang berkhatan....memacam cerita tentang berkhatan nie...so hari nie aku nak buat n3 tentang berkhatan aje...hehehe...bleh tak termasuklah citer tentang adik aku semasa berpantang kerana berkhatan....so aku mulakan dengan tajuk akhbar tentang berkhatan....zassssssssss



RAWANG: “Perkara paling menyeronokkan ialah apabila kami ‘diserang’ air pancut dari pili bomba beramai-ramai ketika di atas lori. Ia bukan saja menghilangkan rasa takut, malah kami boleh bermain air,” kata Mohd Hafizi Azaman, 12, peserta Program Berkhatan Beramai-Ramai Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, di sini, kelmarin.

Dalam program itu, seramai 60 peserta terdiri daripada kanak-kanak seawal usia 6 hingga 13 tahun dan mereka dikhatankan beramai-ramai di Padang Kampung Setia, di sini.


Sebelum upacara bermula, mereka dikumpulkan di atas sebuah lori sebelum disembur menggunakan pancutan air bomba dan penyelamat.



Mohd Hafizi berkata, dia pernah berhasrat menarik diri selepas ibunya memberitahu akan dikhatankan beramai-ramai bersama 59 lagi rakan.


“Siapa yang tidak takut apabila diberitahu akan dikhatankan beramai-ramai. Apa lagi bila ia disaksikan ramai orang, rasa seperti bahan pameran.



“Tetapi, perasaan gugup hilang selepas lihat majlis meriah dan rasa bangga pun ada,” katanya.



Seorang lagi peserta, Ahmad Khusairy Shaari, 11, menganggap pengalaman itu sebagai permulaan untuknya menempuhi alam dewasa selain perkara wajib yang perlu dilakukannya sebagai umat Islam bagi menjaga kebersihan diri.


“Saya tidak takut untuk berkhatan, malah tidak sabar untuk dikhatankan. Ibu banyak memberi kata-kata semangat dan dorongan menjadikan saya berani.



“Berkhatan beramai-ramai lebih seronok dan dapat menghilangkan rasa gementar kerana saya dapat berkongsi perasaan bersama rakan lain,” katanya.

26 conteng-conteng:

HALAMANKU berkata...

Zai... salam rindu.. akhirnya dapat terjah umah Zai.. sekarangni main simbah2 kalau dulu2 mesti rendam2 he he he he

matahati-aishahazhar berkata...

dah senang sekarang ni.. takyah berendam dlm sungai dah.. siram je guna hose bomba

LYaFRINA berkata...

teringat cerita kisah abg lya...
lari sekampung ampai panjat pokok.. terpaksa panggil org ramai usung abg lya sbb dia takut nak bkhatan time tu.. hehee

ch@ berkata...

jgn kan bdk2 je sronok, yg tgk dorg ni pun rasa sonot, kalao kat kmpg2 dorg terjun sungai. syok.

Fieza79 berkata...

gentar kan dgr bdk2 nk berkhatan..seriau..Irfan nt cmna la agak nya...

r|nA @ ja|j|na berkata...

sronoklah budak² tu dapat main air..memula kasi sronok² dulu, nak kasi ilang takut, pastu zassss..

eB ezrin berkata...

main air pastuh zassssssss... ahaks...

ader2 jerk ai nih kan?... ;p

jom join GA kami yang...

Ain berkata...

danish ain sibuk nak berkhtan jugak ni, tapi mak ain tak kasi buat skrg sbb dia cakap danish kecik lagi...

kena tunggu besor sket...huhu

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

nie zaman mama² yg ada anak bujang yg dah besor. nanti giliran kina lak kan? adam baru 1 tahun 10 bulan...lambat lagi kan?

syariza09 berkata...

dah la naik lori, pastu kena simbah lak..best tu suka2 dulu

AngahSayang2314 berkata...

salam kak.. lama tak kesini kan??kan??

hehehe... sekarang nie kan musim org berkhatan kan??

MuJE berkata...

ala, rindu zaman main khatan-khatan.. haha tp serius lawak gile bila ingat balik zaman dulu-dulu...lol


Fenomena 2 Alam dan Rambut Cendawan ddR Rozmey

♥ Che NamNam ♥ berkata...

wahh siapp ader zassss lagikk..huhuu layannnnnnnn...!!!

Zaidah berkata...

@HALAMANKU kurang skit bil air....hehehe

Zaidah berkata...

@rATu kEBaYA klu kat bandar susah nak carik sungai lya...so kena pancut aje...

Zaidah berkata...

@LYaFRINA klu kisah orang dolu2 memang kelakar...almaklumlah takut ...

Zaidah berkata...

@cha biar bagi kebas...senang skit nak potong...

Zaidah berkata...

@Fieza79tulah pasal....nabil pun dah pandai dah..tak nak sunat...

Zaidah berkata...

@az rina a.k.a jaijinabila nampak peralatan takut lari nanti...

Zaidah berkata...

@mamaaerish@ebjangan lari satu kampung udahlah...hehehe

p/s ade buat GA..bleh join

Zaidah berkata...

@Ain tak ape sabar ain..masanyer akan tiba...

Zaidah berkata...

@..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. ha'alah...lambat lagi tu nak tunggu...sedekad lagi...

Zaidah berkata...

@syariza09suka main air...

Zaidah berkata...

@AngahSayang2314 tu yang bawak citer berkhatan spanjang hari nie...

Zaidah berkata...

@MuJElari jugakker masa nak berkhatan tu...hehehe

Zaidah berkata...

shi3la: hehehehe

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL