Maher Zain Minum Minuman 'Beralkohol'

14.1.11

Baru kini aku sempat nak bukak blog....hehehe...kononnyer aje....so terbaca kisah Maher Zain kat Malaysia Sensasi ....mungkin korang dah tahu atau mungkin ade yang tak tahu...ape kata kita baca kisahnyer ....


Tiga tahun lalu, dia pernah terbuai dengan keseronokan duniawi. Bergelar pengunjung tegar pusat hiburan, meneguk minuman beralkohol serta menjadikan najis dadah sebagai peneman, penyanyi dan produser yang berhasil menghipnos pengikut dari seluruh dunia, Maher Zain, 29, secara terbuka berkongsi kekhilafan dirinya.

Berterus-terang, tidak pernah terlintas di ruang fikirnya ingin berdampingan dengan gelaran anak seni. Jejaka kacak berketurunan Lebanon dan dibesarkan di Sweden itu, sebaliknya punya alasan sendiri untuk tegak berdiri dalam belantika hiburan lantas mengalunkan kelunakan vokalnya yang dibalut puji-pujian kepada Sang Pencipta.

Apabila Allah masih menyayangi kita, Dia akan berikan laluan untuk kita mendekatiNya. Itulah yang dilalui oleh Maher Zain apabila beliau terasa dirinya amat kekosongan. Ketika bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan album, RedOne, Maher Zain sering ke masjid dan berjumpa dengan rakan-rakan baru yang banyak menasihati beliau untuk kembali ke pangkal jalan. Akhirnya timbul kesedaran dalam diri Maher Zain untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah dan mula berkarya dalam lagu-lagu bersalut keTuhanan. Menariknya, setiap lagunya mempunyai kisah yang pernah dialaminya sendiri. Tak mustahillah setiap lagunya kedengaran seperti ikhlas dinyanyikan dari hati.





22 conteng-conteng:

LYAfrina berkata...

SBB TU LIRIK LAGUNYA BEGITU MENDALAM.. & DIA MNYANYI DGN PENUH KEIKHLASAN...

mamalieyna berkata...

ye la itu yg lirik lagunya menusuk kalbu.ikhlas...

|| NaFiRaa || berkata...

ooo.. kiranya citer berdasarkan pengalaman dia laaa... tapi lirik lagi dia memang mendalam kan~

Fieza79 berkata...

patut la lirik lagu dia begitu menyentuh jiwa...ada citer lama tu...

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

suke dgr semua lagu2 dia..menyentuh jiwa..

Daleela berkata...

Lily.. cahaya petunjuk tu Allah akan anugerahkan pada insan yang terpilih je kan... Saya pon suka gak lagu die..

sarah-najwan berkata...

lagu dia mmg best..alang mek sarah pom pandai nyanyi..hehe..yg hujung2lah..

Amy Syaquena berkata...

suka dengar lagu-lagunya sungguh menyentuh jiwa..

MamaYatie berkata...

a'ah kan..setiap bait2 lirik lagu dia memang menusuk ati

Zaidah berkata...

@LYAfrinabetul tu

PuanBee berkata...

suka maher zain..

bee singgah balas sini yer..

ch@ berkata...

lagu dia mendamaikan dan buat hati tenang, kita kalau byk sgt kerja, sumbat telinga dgn earphone dgr lagu maher zain. hatiku tertusuk dgn suaranya.

Zaidah berkata...

@mamalieynasyahdu sangat...

Zaidah berkata...

@|| NaFiRaa || suka dengar...

Zaidah berkata...

@Fieza79berdasarkan pengalaman lepas....

Zaidah berkata...

@LiLy @ MumMyQiStInAsamelah kita...

Zaidah berkata...

@Daleelame too....

Zaidah berkata...

@sarah-najwanmemang tak dapat dinafikan...

Zaidah berkata...

@Amy Syaquenarupanyer ade maksud yang mendalam....

Zaidah berkata...

@MamaYatiebetul tu....

Zaidah berkata...

@PuanBeeterima kasih bee

Zaidah berkata...

@ch@nak buat jugaklah....

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL