Si DIA Berpoket Kering...

26.1.11


Sila perhatikan sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:

Tanda # 1 - Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama anda.

“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.”

Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

Tanda # 2 - Menonton DVD sebagai hobi

Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan.”

Tanda # 3 - Makan di gerai murah

Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa anda ke gerai murah.

Tanda # 4 - Pulang awal

Selepas menjemput anda dari pejabat, dia terus membawa anda pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa anda keluar makan bersama.

Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”

Tanda # 5 - Tiada hadiah ulang tahun

Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya...”

Tanda # 6 - Hindari ajakan ke pusat beli-belah

Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila anda menyuruhnya membelikan sesuatu untuk anda. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”

Tanda # 7 - Destinasi legenda jadi pilihan

Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.

Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”

Maksudnya, dia mengajak anda ke tempat-tempat yang tidak memerlukan modal.

Tanda # 8 - Hanya menemani

“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika anda mengajaknya makan di luar. Dengan kata 'menemani', ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja anda. Bila si dia berkata begitu, sudah pastilah tidak mahu makan seorang diri, bukan begitu?

Tanda # 9 - SMS sahaja

Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon anda, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

Tanda # 10 - Kereta rosak

Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya... kenapa nih?”

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada anda tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan anda faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.

Sebenarnya, petanda-petanda begini boleh dijadikan ukuran kestabilan kewangan bakal suami anda. Jika tanda-tanda begini amat kerap ditonjolkannya, anda dinasihatkan supaya lebih berhati-hati. Tanda-tanda ini menunjukkan, sama ada bakal suami anda seorang yang 'kedekut' atau kedudukan kewangannya memang tidak setabil.

Mengahwini seorang yang kedekut, anda berisiko makan hati lembu berulam jantung pisang. Sila rujuk entry Mengungkit tandanya kufur nikmat... untuk kisah Hindun isteri sahabat Nabi yang bernama Abu Sufiyan untuk mengatasi masalah suami kedekut.

Sebaliknya, mengahwini seorang yang tidak stabil dari segi kewangan, anda sebenarnya menempah krisis yang mungkin anda tidak dapat tangani di belakang hari. Bukankah seorang suami bertanggungjawab menyediakan nafkah apabila berkahwin? Jadi, kedudukan kewangan bakal suami mesti mantap tetapi tidak semestinya mewah.

10 conteng-conteng:

LYAfrina berkata...

org y belum kawin blh baca ni:-)

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ berkata...

org yg dh kwin pun boleh baca
hehehhee

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis berkata...

ha...ha...kelako tol la...ade betulnya ni...BW blah petang sambil klik2 HB

Citarasa Rinduan berkata...

heheheheh...

sesekali dapat info ttg alam rumahtangga buatkan ayu rasa ayu antara di dalam kategori tu...

mamalieyna berkata...

sesuai tuk mereka yg belum kawen, betul..kena teliti betul2 sblm mengambil keputusan tuk kawen dgn lelaki sebegitu..hehe..

HB 4 adam!

Zaidah berkata...

@LYAfrinasebenarnyer untuk both...

Zaidah berkata...

@Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙betul tu...

Zaidah berkata...

@♥ Anje a.k.a Mama_Balqisklu dilihat betul2 memang ade betul jugak...

Zaidah berkata...

@Citarasa Rinduanade ker ayu....kwang3...

Zaidah berkata...

@mamalieynamenyusahkan orang aje nanti...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL