Ibu Merajuk Campak Anak

9.2.11


SERDANG: Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di sini, semalam.

Akibat kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, dua beranak terbabit mati dalam keadaan mengerikan selepas cedera teruk di kepala dan badan.


Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.


Katanya, sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi, dia mengambil anaknya itu dari tadika dan menghantarnya ke rumah bersama makanan segera yang dibelinya.


“Ketika itu, isteri saya berada di rumah dan sebaik saya tiba, kami makan bersama dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

“Sebaik saya ingin keluar untuk ke bengkel bagi membaiki kereta, anak perempuan saya mahu mengikut, namun saya enggan membawanya kerana saya akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta,” katanya.

Menurutnya, isterinya turut mendesak dia membawa anak mereka, namun tidak dihiraukannya.

“Ketika menyambut Tahun Baru Cina minggu lalu, isteri saya ada bertanya bagaimana mayatnya akan diuruskan selepas dia mati, sama ada dibakar atau ditanam.

“Saya tidak menjawab pertanyaannya itu dan kini baru saya tahu apa dikatakannya itu ada kaitan dengan kejadian hari ini (semalam). Sepanjang cuti hujung minggu lalu juga, isteri saya kelihatan agak sugul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa tinggal di tingkat dua bangunan pangsapuri berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.

“Siasatan awal mendapati, selepas anaknya jatuh dari tingkat enam, ibunya terus naik ke tingkat 10 blok berasingan dan berdiri di atas sebuah kerusi sebelum terjun.

“Anak mangsa maut dengan kepalanya hampir berkecai manakala ibunya parah di seluruh badan dan kepala,” kata ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

24 conteng-conteng:

[leily.laily] berkata...

mengong!!!
hishh.. mintak dijauhkan perkara ghiteww...
rajuk apala itu sampai sanggup bunuh diri, plg tak tahan.. anak yg tak bersalah turut jd mangsa.. hisss!!!

Anamarza berkata...

Zaman sekarang dasyat2 merajuknya, bukan setakat bunuh diri sendiri tapi libatkan anak tu yg naya..

Meh baca: Selepas 2 tahun bersiaran...

Mek Rose berkata...

ish ish ishh..ngeri!

eB berkata...

masyaallah... giler ker?.... eeeesedih la

sarah-najwan berkata...

tu la..org skrg ni
byk yg sakit jiwa..xle nk tgani stress..anak jd mangsa..

kalu si mak ni xtahan stress..jgnlah libatkan anak..sian anak itu..5 thun tu..

LYAfrina berkata...

siannyer kat anak kecik tu.. xkan la krn nk ikot somi pon smpai ank jd mngsa??

r|nA @ ja|j|na berkata...

vangang betoi!!
takat majok nak campak² anak pulak..
ko terjun sengsorang dah ler..
tak pon sakit mental ponpuang ni..

bardboo berkata...

apalah nak jadi nie...dh ilang keupayaan berfikir agkny...huhu..

Jom Lawat Blog Bardboo

Unknown berkata...

fikiran singkat mcm tu le...

Unknown berkata...

dah ajal dia..merajuk tu punca je la kot..tp cara tak berapa nk kena la..

AngahSayang2314 berkata...

kesian pada budak tue..yg tak bersalah di campak ke bawah..

AishaAminudin berkata...

giler la..apa nk jadik ngan donia skrg..nk mati..terjun la sorang2, pi bwk anak pulak..adooi

Zaidah berkata...

@♥Leily|Ummi Alya Husna♥betul tu...

Zaidah berkata...

@Anamarzaklu nak mati ...matilah sorang...

Zaidah berkata...

@rose --{@ ibuRafiq @}--hehehe

Zaidah berkata...

@mamaaedreanada masalah mental kot...

Zaidah berkata...

@sarah-najwanbetul...zai setuju...

Zaidah berkata...

@LYAfrinasepatutnyer jangan libatkan anak...

Zaidah berkata...

@rina a.k.a jaijinatu lah pasal...zai rasa memang sakit mental...

Zaidah berkata...

@bardboosabor ajelah...

Zaidah berkata...

@~~zAnAfAhMi~~tahu tak ape...

Zaidah berkata...

@lydzarcaranyer sungguh sadis...

Zaidah berkata...

@AngahSayang2314siankan angah...

Zaidah berkata...

@Adysharizcian anak yang tak berdosa itu...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL