Pakej Anak Dara

10.2.11

Cagar anak pada along

JOHOR BAHRU: Seorang bapa durjana bukan saja mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, malah menganjurkan pakej pelancongan maksiat dengan membenarkan mereka membawa zuriatnya itu bercuti di luar negara.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata perkara itu berlaku gara-gara kegagalan lelaki 50-an terbabit melangsaikan hutang kira-kira RM150,000 kepada sindiket berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Beliau berkata, kecantikan dimiliki anaknya berusia 20-an termasuk bentuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model dijadikan umpan oleh lelaki itu untuk terus berhutang dengan along di bandar raya ini.

Menurutnya, seorang ahli keluarga mendakwa lelaki terbabit ketagih berjudi di kasino di Singapura sehingga berhutang dengan along.



“Perbuatan lelaki itu bukan saja menghancurkan masa depan anak gadisnya, malah mengakibatkan dia terbabit pelbagai masalah sosial.


“Difahamkan pada awalnya gadis berkenaan membantah perjanjian bapanya dengan along itu kerana bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Namun, dia terdesak dan terpaksa akur kehendak bapanya hingga menjadi pemuas nafsu beberapa along termasuk lelaki mata keranjang yang seusia bapanya,” katanya.

Tay berkata, bagi mengelakkan sindiket along menuntut hutang, bapa gadis berkenaan menganjurkan pakej pelancongan maksiat bersama anak perempuannya bertujuan menghiburkan lintah darat itu.

Menurutnya, along juga bebas bercuti dengan gadis itu mengikut tempoh diingini.

“Malangnya, kini anak perempuan lelaki terbabit semakin selesa dengan gaya hidup barunya kerana turut dilimpahi kemewahan. Ketika kami menghubunginya dan menasihatkannya, dia enggan mengubah gaya hidupnya, sebaliknya mahu terus bergelumang dalam maksiat itu,” katanya.

Tay berkata, kes membabitkan pasangan anak beranak itu antara 500 laporan ancaman along terhadap peminjam diterima Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sejak tiga tahun lalu.

“Pendedahan ini diharap menjadi pengajaran kepada orang ramai terutama penduduk di bandar raya ini supaya tidak berhutang dengan along selain membuang tabiat berjudi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tay menunjukkan Bintang Khidmat Terpuji yang diperoleh di Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, baru-baru ini.


9 conteng-conteng:

mamaarifakeemaisy berkata...

Durjana gilerlah..hissh..sian si anak! huhu..

mummy_ayu berkata...

memang durjana...tgk..anak pun dah syok..bapak la yg salah..ajar anak benda tak elok..

Unknown berkata...

aduhai..zaman skrg ni knp semakin ramai ibu/bapa yg x sayang pada zuriat sendiri.....sedih sungguh rasanya... :(

Unknown berkata...

harapkan pagar, pagar makan padi..kesian anak dia..

Unknown berkata...

hua hua
anak pun blh jual skrg

umiawadah berkata...

kesian kat anak tu....sedih mendengar cerita sebegini..

Sricahaya berkata...

gila bapak cam tu..
tak de sifat perikemanusiaan langsung..

LYAfrina berkata...

ya allah.. kesiannyer kat ank tu.. sanggup buat drh daging g2..

AMIIZAA@Mieja berkata...

nauzubillahhhhhh.......kesiann kat anaknya....wpun mereka tak der halal haram, langsung tk ada perikemanusiaan.

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL