BERBELANJA CARA ISLAM

28.9.09


Biasanya bila nak raya kita berbelanja sakan untuk persiapan hari raya. Bila dah raya pulak masih lagi berbelanja untuk buat rumah terbuka nak jemput sedara mare dan rakan-rakan datang berkunjung ke rumah. Walau bagaimanapun, besar periuk besarlah keraknyer kan... oleh itu, ingin saya berkongsi maklumat tentang cara perbelanjaan mengikut landas-landas agama agar tidak berlakunya pembaziran.

Berbelanja Cara Islam

Islam menggalakkan kita bekerja mencari rezeki sehingga kita mampu mengeluarkan zakat. apabila mampu mengeluarkan zakat, bermakna kita sudah mampu memenuhi keperluan diri sendiri dan oranag yang berada di bawah tanggungan kita.


Selepas berkemampuan mengeluarkan zakat, kita ada pilihan lagi sama ada mengeluarkan sedekah jariah atau mengeluarkan perbelanjaan untuk kepentingan Islam.

Apabila sampai ke peringkat ini bermakna kita sudah sampai ke peringkat menggunakan harta seperti yang dituntut Islam.

Bagi peringkat individu, kita tidak ketinggalan daripada tiga keutamaan dalam perbelanjaan:

1. Ad-Dharuriyyah (keperluan asas yang semestinya dipenuhi). Ini merangkumi makan minum, pakaian dan tempat tinggal yang kita tidak boleh hidup tanpanya. Begitu juga kenderaan (kereta), jika kita menganggap itu suatu keperluan untuk berulang alik ke tempat kerja, maka itu dijadikan ad-dharuriyyah.
2. Haajiyat merujuk kepada perbelajaan sampingan seperti rawatan perubatan dan sebagainya.

3. Tahsiniyat pula adalah pelengkap iaitu segala yang menyempurnakan kehidupan seharian kita seperti perabot, hiburan dan lain-lain.


sumber: majalah nur




0 conteng-conteng:

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL