PETUA MENDIDIK ANAK PINTAR

14.10.09

Tengah boring2 surf internet nie terjumpa lah pulak artikel berkenaan petua mendidik anak pintar. Apalah salahnya kalau aku kongsikan bersama petua nie bersama mereka yang tak sengaja telah membaca blog akukan...sebagai parents kita mestilah nak kan anak-anak kita nie pintar, cemerlang, gemilang, terbilang dan 1 Malaysia... so aku pun nak amalkan petua nie jugak manalah tahukan berkat usaha kita Insya Allah anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat...

Petuanyer macam nie...

1. Setiap malam apabila anak kita tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Bacakan surah Al-fathihah dan alam nasyrah 1 kali.

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika anak sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya berbinkan @ berbintikan ibu kandungnya dengan berupa nasihat, pujian dan berceritalah dengan kasih sayang sesungguhnya akan memberikan kesan kepada jiwa dan rohnya. (teringat akan pesanan mak aku supaya sentiasa membaca Al-fathihah kepada roh diri sendiri, bukan sekadar jasad aje yang nak makan roh kita pun nakkan makanan).

4. Apabila kita berbual-bual dengan anak yang sedang tidur kita akan nampak matanya bergerak-gerak walaupun sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah ke tangan, muka dan ubun2 anak.

6. Semasa kita membasuh beras bacalah surah Al-Qadr sebanyak tiga kali dan hembuskan ke dalam air beras yang kita nak buat masak nasik tu (nie aku yang tambah)


sumber : internet


0 conteng-conteng:

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL