Waktu-waktu yang boleh dijadikan waktu untuk berdampingan dengan isteri:
- Ketika ulang tahun kelahiran suami/ isteri
- Ketika sambutan ulang tahun perkahwinan
- Ketika meraikan kejayaan yang diperoleh oleh suami/ isteri
- Setlah lama tidak bertemu
Reda Allah Kepada Suami Isteri yang Berdampingan
Berdampingan bersama isteri dalam suasana yang menepati syariat, akan mendatangkan keredaan Allah kepada mereka berdua. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga membalas pandangannya, maka Allah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat"
Sabda baginda lagi:
"Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka bergugurlah dosa-dosa mereka dari celah-celah jari mereka berdua"
Diceritakan daripada Nabi s.a.w
"Sesungguhnya seorang lelaki itu (ketika) menyetubuhi isterinya, maka baginya telah dicatat mendapat pahala kerana persetubuhannya itu seperti pahalanya anak lelaki yang ikut berperang membela agama Allah lalu syahid"
0 conteng-conteng:
Catat Ulasan