H1N1 dan Penyusuan

27.10.09

Jika menyusukan bayi, anda hendaklah meneruskannya walaupun anda dijangkiti atau disyaki akan dijangkiti dengan H1N1. Ini kerana susu ibu mengandungi antibody yang boleh membantu bayi anda dijangkiti termasuk virus selsema.

Anda tidak perlu berhenti daripada menyusukan bayi jikalau terdapat gejala-gejala seperti influenza. Malah anda juga boleh menyusukan bayi jika anda sedang rawat. Lakukan penyusuan awal dan kerap dan hadkan susu formula.

Apapun, anda perlulah berhati-hati agar tidak bersin atau batuk di hadapan bayi dan anda hendaklah memakai topeng apabila menyusu atau berhampiran bayi. Basuhlah tangan lebih kerap dengan air dan sabun terutamanya selepas dan sebelum penyusuan.

Jika anda terlalu lemah untuk menyusukan bayi, anda perlu memerahkan susu dan memberi kepada seseorang yang boleh menyusukan bayi anda. Ini kerana anda masih boleh menghasilkan susu selepas sembuh.

Hari ini H1N1 berada di sekeliling kita dan kita hendaklah memainkan peranan untuk memastikan bahawa kita melindungi antara satu sama lain daripada jangkitan terutamanya mereka yang sangat lemah seperti kanak-kanak, wanita mengandung, golongan tua dan orang yang mempunyai penyakit kronik.

0 conteng-conteng:

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL