GADIS MISTERI DI KUBUR MAHMOODIAH ... - SERING MENAHAN KERETA YANG LALU

12.3.10

Kalau bulan bisa ngomong…. ”

Dengan riangnya Kadir menyayikan lagu kegemarannya sambil tangan kanannya cekap mengawal stereng kereta dan tangan kirinya dikejapkan pada bahagian gear.Sebentar saja lagi,dia bakal menyusuri sebatang jalan raya berhampiran Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru ,Johor . Ertinya,destinasinya untuk memintas ke jalan utama semakin hampir.Tempuh saja lampu isyarat di depan sana nanti,sampailah. Kadir dalam perjalanan ke sebuah restoran di Danga Bay untuk bertemu rakan-rakannya .

“ Kalau bulan bisa ngomong…. ”

Sekali lagi Kadir mengikut lirik di bahagian Intro tersebut.Walaupun itu lagu kesukaannya,namun bait itu sajalah yang tahu disebutnya.Selebihnya belum hafal.Sebaik saja memasuki kawasan luas milik hospital tersebut.Kadir mula menoleh ke arah kanannya.Ratusan kubur yang menghuni tanah perkuburan Mahmoodiah yang bertentangan dengan Hospital itu,langsung tidak menarik perhatiannya.Baginya,itu pandangan biasa.Sebuah kawasan perkuburan yang sama saja seperti di tempat lain. “ Senangnya orang kat sini.Mati di sebelah kiri,tanam di sebelah kanan.Tak payah jalan kaki jauh-jauh,” Kadir mengomel sendirian memaksudkan akan rumah mayat yang terletak di sebelah kiri dan tempat pengebumian di sebelah kanan yang bagaikan ‘ memudahkan ’ lagi proses pengkebumian kiranya seseorang yang meninggal dunia di Hospital .Kawasan tanah perkuburan yang dimaksudkan itu memang luas.Kalau berjalan kaki,hampir satu kilometer panjangnya.Menariknya,kawasan perkuburan ini khas untuk warga Johor Bharu saja.Ertinya,orang Muar,Pontian,segamat dan sebagainya tidak ‘ dibenarkan ’ disini .

SREEETTTT !!!!

Kadir menekan pedal brek.Terkejut kerana tiba-tiba ada seorang gadis yang menahan keretanya....Kadir memandang ke arah belakang menerusi cermin.Jelas gadis tadi masih ada.Kadir melihat jam di tangannya.Tepat jam 9.00 malam.Segera Kadir bertukar gear.Dari free gear ,ke reverse gear.Perlahan-lahan,kereta diundurkan.

“ Nak ke mana ni dik ? ” Tanya Kadir pada gadis itu sebaik saja dia memberhentikan keretanya.Orangnya cantik,berambut lurus melepasi bahu.

“ Nak ke stesen bas,bang.Dah lambat ni.Nak kejar bas.Boleh abang tolong saya ? ” Tanya gadis itu .

“ Stesen bas ? mmm….abang tak lalu jalan tu dik.Minta maaflah ya, ” jawab Kadir .

“ Kalau macam tu,abang hantar kat depan tu saja boleh tak ? Nanti saya naiklah mana-mana yang sempat.Bas ke….teksi ke…,ujar gadis itu .Kadir setuju.Sekadar nak tumpang ke depan sana.Apa salahnya.

Sebaik saja gadis itu masuk dan duduk di sebelah Kadir,Kadir mula mengatur perbualan.Sajalah sekadar mengisi masa sementara sampai di simpang didepan sana.Rupanya,gadis itu bekerja di Singapura.Sepatutnya,teman lelakinya yang datang mengambilnya tapi entah kenapa masih belum muncul.

“ Saya dah pesan pada kawan saya tu,kalau datang ambil saya,jangan dengan motor.Saya lebih suka naik kereta.Takutlah naik kereta, ” gadis itu mula bercerita perihal kawan lelakinya yang juga kaki rempit itu .

“ Ala ….cakaplah kat dia , jangan bawa laju-laju , ” Kadir cuba mengusik .

“ Dah pernah cakap dah.Tapi dia kata tak perlu risau.Dah bertahun dia bawa motor berlumba dengan kawan-kawannya,tak ada apa-apa pun berlaku,” jawabnya kemudian.

Kalau dah macam tu,oklah,” Kadir terus melayan perbualan gadis itu.

“ Ok apa ? Benda dah jadi.Kami kemalangan masa dia nak hantar saya balik.Dua-dua terpelanting.Saya tercampak di jalan dan dia kena hentam dengan kereta yang tak sempat brek , ” nada suara gadis itu bertukar perlahan.

“ Ya Allah ! kenapa sampai macam tu sekali ? Habis tu,apa jadi pada kamu berdua lepas kemalangan tu ? ” Tanya Kadir ingin tahu .

“ Dua-dua mati bang ! ” jawab gadis itu sambil melemparkan pandangan ke luar cermin kereta.

“ Dua-dua mati ? Eh ! kesiannya….,” jawab Kadir.Kemudian dahinya berkerut.Kalau dua-dua mati,bukankah itu ertinya wanita yang duduk di sebelahnya itu dah mati ? Habis ,kenapa…Kadir mula ketakutan.Apa saja ayat yang terlintas di fikiran Kadir,dibaca dengan kuat.Dia tidak berani memandang ke arah wanita di sebelahnya itu.Yang kedengaran hanyalah suara hilaian tawa daripada wanita itu.Kadir cuba kuatkan semangat untuk melihat siapa sebenarnya gadis disebelahnya itu.Diiringi dengan ayat kursi yang tidak putus-putus dibacanya,Kadir menoleh. Ya Allah ! Hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya dia saat itu.Gadis yang tadinya tersenyum manis,kini begaikan hilang wajah asalnya.Muka penyek,dahinya hancur dan darah meleleh-leleh mengenai bajunya dan serentak itu sebaik saja tiba di persimpangan berlampu isyarat,Kadir menyedari hantu wanita tersebut telah ‘ meninggalkannya ’ bersama bau yang amat memualkan.Kerana kejadian itu,Kadir membatalkan rancangannya untuk ke Danga Bay.Dia segera menuju ke Pontian untuk bertemu pakciknya.

“ Maknanya kau dah jumpalah ya dengan ‘ orang-orang ’ di situ.Tak sangka,hari ni kena pada anak saudara sendiri,” usik Khairan Ali,66 yang bekerja sebagai tukang sapu sampah di sekitar hentian bas tempat Kadir bertemu dengan hantu gadis tersebut.

Tempat tu memang ‘ keras ‘ .Tengok sajalah tanah perkuburan di situ.Itulah yang paling luas di Johor Bahru ni.Macam-macam kejadian pelik berlaku di sana.Ada yang Nampak ‘ hantu ’ dan dengar suara orang mengilai.Yang paling sering berlaku apabila kenderaan yang melalui kawasan itu ditahan oleh seseorang di bus-stop tu.Kononnya nak tumpang sekejap,” cerita Khairan .Menurutnya,orang yang arif dengan kawasan itu tidak berani menunggu bas di bus-stop itu apabila hari mulai gelap.Tambahan pula ia berdekatan dengan rumah mayat.

“ Saya pun sering dengar cerita pemandu yang dah ‘terkena ’ di sini. Orang minta tumpang,bila bawa berubah jadi hantu.Mujurlah saya belum nak lalu sini pada waktu malam,” kata Siva pula yang sering menggunakan laluan di hadapan kubur ini pada belah siangnya.

4 conteng-conteng:

ArmaniWhite berkata...

erkkk..ni kisah benar ke?

ehh..lupa lak.. salam2 tuan umah...

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Zai...citer betul ker nih..??

Eeee..seramlah...kita tinggal kat JB...kejadian ni kat mana erkk??

Zaidah berkata...

entahlah...zai pun tak tahu citer nie betul ker tidak...memang seram jugk citernyer...sebab kat tanah perkuburan tu memang sunyi n spi klu waktu malam...

Tanpa Nama berkata...

seronok ceritanya tapi ada info yang tak tepat. Saudari menyatakan hanya orang Johor Bahru saja yang ditanam di situ. Arwah abah saya orang Pontian tetapi meninggal di Johor Bahru. Arwah ditanam di situ.

Terima kasih... :)

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL