Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

17.3.10

Kecantikan Lelaki.

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah :-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4)Lelaki yang tenang dan lapang dada

5)Lelaki yang baik sangka

6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

 
Kegagahan Wanita.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah :-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan

4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

 
Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

 
p/s so pada aku kesimpulannyer adalah lelaki dan wanita saling memerlukan...umpama lesung batu..klu ade lesung...tapi batunyer tak ade pun tak bleh dan begitulah sebaliknyer..


6 conteng-conteng:

=MissRynn= berkata...

sgt sokong!!!

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Btul tu kan Zai..lelaki & perempuan amat memerlukan!!!

Zaidah berkata...

betul tu...cuba bayangkan klu dunia nie dipenuhi ngan orang pompuan aje...tak bestkan...begitulah sebaliknyer... :)

Ain berkata...

tapi kan antara lelaki dan perempuan siapa lagi hebat??

perempuan la kan sbb boleh lahirkan anak....

lelaki tak berani kot bertarung nyawa mcm kita...hehehe..

shila ariff berkata...

mmg dah fitrah alam..lelaki n perempuan saling memerlukan...utk melengkapkan kitaran kehidupan...ciri2 kat atas tu..umpama ciri2 suami soleh n isteri solehah...:)

mamalieyna berkata...

betul3x..setuju sesangat! ^_^

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL