Tanda2 kecik kiamat dah habis?

3.3.10

Sebagai Peringatan kepada semua… aku hanya ingin berkongsi maklumat...gambar yang dipaparkan tiada kena mengena....sebagai hiasan...cuma yang aku nak sampaikan kat sini Kiamat tu adelah sesuatu yang pasti..tanda2 kecik memang banyak yang telah berlaku....hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya....
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya) , tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad



Banyaknya berlaku gempa bumi



Munculnya gaya hidup m ewa h dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja , putera-puteri Parsi dan Rom , maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi , Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

Lihat pakcik islam tu


Berkurangnya sifat amanah






Akan terdapat ramai anak luar nikah.


Orang akan melakukan homoseksual


Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi


Akan terdapat banya pengkritik , pembawa-cerita , penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
Manusia mewa rnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda


“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai


Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)


“ Banyaknya sifat bohong , pendeknya waktu , dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari


Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad


Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya , kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim




Bulan sabit kelihatan besar


“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani



Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai


Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik


Bermaharajalela alat muzik


“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh , rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah


Penaklukan Baitulmuqaddis


“ Dari Auf b. Malik r.a. , katanya , "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya , iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari


lps2 nie tggu tnda2 besar kiamat plak



7 conteng-conteng:

Faris berkata...

herm... takutnya!!

semoga Allah melindungi semua umat Islam yg beriman dan takut kepada Nya...

@fitridzulkifli berkata...

diperakui semuanya kan. tetapi, maseh ade yg tidak bgn dr lamunan.






http://fitridzulkifli.blogspot.com

Unknown berkata...

mari kte prbnyakkan amalan...

Fia Abas berkata...

betul2..entah2 esok lusa je kan kiamat datang..allahuakbar

http://iamfia.blogspot.com

Omar berkata...

entri yang menginsafkan.. kalau rajin tgk la sebuah entri di blog saya yang menceritakan pasal tanda-tanda kiamat yang sedang berlaku di mekah

http://omarmahdzan.co.cc/2010/03/mekah-di-masa-hadapan

mamaarifakeemaisy berkata...

renung-renungkan dan selamat beramal! huhu..

Zaidah berkata...

zai ada tanya ngan ustaz berkenaan kenapa matahari terbit daripada barat apabila kiamat..ustaz cakap apabila setiap kali berlaku gerhana akan berlaku bencana alam...memang betul...tahun lepas n tahun nie byk kali berlaku gerhana...so banyak berlaku gempa bumi...takut...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL