Berkongsi Resepi untuk Minda Anak-anak

1.4.10

aku ade terbaca blog darwishndarwisya...bagaimana ibu kepada darwish n darwisya mendidik anak2 sehingga boleh mnghafal ayat Al-Quran ketika berusia 3 tahun...amazing kan...teruja betul aku membaca blog darwish n darwisya... cuma yang aku nak kongsikan ialah salah satu resepi yang ibu kepada darwish n darwisya lakukan untuk diberi kepada anak2nyer makan bagi Santapan Minda Kanak-kanak...


 


1) Kacang Badam (Almond)

Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.


2) Kismis

Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.
 

3) Minyak Ikan

saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma

Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)


 
5) Madu
 
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)


 
6) Habbatus Sauda

Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."

 
7) Buah Tin
 
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).
 
Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti


8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo

Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"



9)Air Surah Taha

Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.


 
Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..





5 conteng-conteng:

mamalieyna berkata...

waaah info yg sangat2 bagus ni..! Insyaallah akan cuba praktikkan..suma makayah nak kan anak mereka jd yg terbaik kan..^_^

Siti berkata...

Info yg sgt bagus. siti mmg selalu bagi anak2 makan madu..diorg mmg suka sgt.

LYaFRINA berkata...

ermm.. bgus tu.. lya pon mmg dah lama start bg asya mkn kismis n vitamin minda..(cam examo tu)...
lentur buluh biar dr rebungnya kn.

Ain berkata...

thanks sharing this zai....

kagum sungguh ain dengan kejayaan pn. lina tue....

Zaidah berkata...

zai pun kagum ngan kejayaan puan lina tu...klu sesiapa yang mengandung...alangkah bagusnyer buar resepi macam tu...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL