JODOH berulangkali RAKUSKAH wanita...?

5.4.10

Apa pendapat korang ngan tajuk nie...jodoh berulangkali rakuskan WANITA...aku memang tertarik ngan tajuk nie..betul ker klu wanita berulangkali kahwin bermakna RAKUS...tapi klu kita tengok RAKUSnyer wanita tu bukan pada nafsu tapi pelbagai benda dan kaedah yang WANITA nie bersikap rakus....deng..deng..deng...apa bendalah tu yerk..?



Bekahwin lebih dari satu sinonim dengan kaum lelaki atau lebih senang disebut poligami.  Namun situasi yang seakan sama juga turut berlaku pada kaun WANITA.  Dalam mencari kebahagian ada wanita yang berkahwin beberapa kali namun akhirnya menemui jalan penceraian.

Bagaimanapun perkahwinan bukanlah semata-mata kerana tuntutan nafsu, carilah suami yang boleh mendidik dan membimbing isteri dengan baik agar dapat membina rumah tangga yang berpanjangan.

Menurut pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad Perkahwinan itu merupakan satu lambang kemuliaan.  Apabila rumah tangga bukan sahaja pasangan tetapu mereka yang berada di sekeliling mahu melihat perkahwinan yang dibina bahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat.

Sebenarnya tidak menjadi kesalahan apabila wanita berkahwin lagi.  Terutama kepada wanita berkahwin yang pernah menikmati keindahan kehidupan suami isteri.  Terdapat wanita mempunyai dorongan nafsu yang kuat dan wajib kepada mereka untuk berkawhin lagi bagi mengelakkan timbulnya masalah sosial.  Dengan perkahwinan baru juga, dapat menjauhi diri daripada perhubunan luar nikah yang memberi impak yang lebih besar kepada institusi masyarakat, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berkahwin pada usia muda.

Tidak mahu memegang status janda atau ibu tunggal juga antara faktor wanita tidak mahu berlama-lamaan bersendirian.  Sebenarnya, bergelar janda itu sendiri sudah mendedahkan diri dengan fitnah, terutamanya apabila melibatkan pekerjaan yang sentiasa berurusan dengan orang ramai.

Secara mudahnya, anggaplah bahawa pertemuan dan perpisahan itu sebagai satu ketentuan.  Bagi wanita yang tidak serik dengan kegagalan perkahwinan terdahulu, setiap perkahwinan baru dilihat dar sudut yang positive.



sumber: Mingguan Wanita

pesanan penaja...tepuklah dada..tanyalah hati...

2 conteng-conteng:

Siti berkata...

hehe.tak salah rasanya kalau nak kahwen banyak kalai tuk cari kebahagian rumahtangga.

LYaFRINA berkata...

kalo btemu pasangan y serasi pd pkahwinan y ntah kberapa.. apa slhnya kan.. itu hak kita dlm mcari kbahagian hidup.. dlm salah 1 fktor lg,, smemangnya,, sdh tsurat semuanya sejak azali.. cuma kt sbg manusia kna brusaha utk mgubahnya .. memilih jln kebenaran n tbaik utk diri..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL