Pengetahuan Mimpi...

10.4.10

Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kpd kawan rapat serta saudara-mara rapat shj. Saya harap dgn pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kpd lebih ramai Muslimin dan dgn itu juga berkuranganlah beban saya utk menyampaikan. InsyaAllah dpt melepaskan diri saya dari tanggungjawap ini, sekurang²nya.

Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yg amat panas sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat yg dibeli dari kedai serta "air badak" pemberian ibu saya. Setiap malam saya pasti meracau saya tidak lalu makan langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sgt. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dpt sedikit wang utk membeli betik dan tembikai. Kedua²nya dipotong dan direndam dlm air ais utk saya mkn. Setelah saya mkn dgn selera terbuka, saya tertidur nyenyak.

Saya telah bermimpi yg kesemua bumi yg dipijak ini merkah, pecah dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa. Org bertempiran lari, serta menjerit. Yg anehnya, ada bahagian yg merekah tadi terapung naik ke udara dan ada bahagian yg jatuh laju entah kemana bersama org yg diatasnya. Bahagian tanah yg terapung kemudiannya bercantum membentuk satu dataran yg sangat luas yg tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan di dlm lopak. Saya bersama org lain yg berada di bahagian yg terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yg cedera, patah tulang serta luka. Sedang saya melutut membantu mereka yg cedera, seorg yg berjubah putih dtg kpd saya dan mengatakan, "Bacakanlah ayat ini kpd air dan berikan minum dan sapukan kebahagian yg luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkanlah kpd yg lain" Kemudian diberikan ayat tersebut, seterusnya org itu beredar. Kesemua yg selamat nampaknya mengikuti org itu menuju ke satu cahaya di timur. Saya hanya sempat melihat capal yg dipakai oleh org itu, bentuk capal yg aneh serta unik. Saya turutkan suruhan org tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti org lain menuju cahaya itu diketuai oleh org berjubah tadi.

 
Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh dan ibu saya mengatakan nafas saya terhenti kemudian laju, kemudian terhenti sewaktu saya tidur. Tapi saya tidak lagi demam dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya. Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya dan bentuk capal yg unik tu sentiasa berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat tersebut dan dgn izin Allah, byk yg dpt saya bantu. Satu hari, saya ternampak gambar di dlm majalah bentuk capal yg unik yg dipakai org berjubah di dlm mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustadz Abdullah yg mengajar saya sewaktu itu. Katanya, sekiranya mimpi yg dibacakan di dlmnya ayat AlQuran, adalah benar, lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah kerana syaitan tdk mungkin dpt menyerupai RasulAllah. Beliau kemudaian memeluk saya dan berkata, "Awak amat beruntung dapat mimpi berjumpa RasulAllah kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah dan ajarkan ayat itu kpd yg lain".

 
Tuan saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kpd yg lain. Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) ke atas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yg sakit dgn niat utk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa shj kerana Allah Ta'ala. Itulah pesanan RasulAllah dan saya telah menyampaikan. InsyaAllah, diberkati Allah niat yg baik serta bantuan tuan. Tolong sampaikan dan ajarkan kpd yg lain dan jgn minta bayaran dari pertolongan tuan.

2 conteng-conteng:

Sha@Mama TinaAzra berkata...

Zai..kalau sha nak copy entri ni publish kat blog sha boleh tak? Bagus ni.. Ilmu perlu disebarkan..

Unknown berkata...

Alhamdulillah kamu bertuah. mohon share entry nie boleh ?

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL