Tanam Uri

18.4.10

Mak aku pernah letakkan uri nabilah di dalam peti ais...dia takut uri tu akan busuk sebab dia nak uri tu di tanam kat kampung...sebenarnyer uri tak perlu di masukkan dalam peti ais...kat luar aje pun dia tak busuk...lepas kejadian tu malam tu nabilah kembung perutnyer...may be sejuk kot...satu malam dia melalak...esoknyer barulah dia ok...mak bidan kata mungkin uri tu diletakkan dlm peti ais sebab tu nabilah kembung...satu pengajaran untuk aku n mak aku..hehehe..

Aku ingat lagi masa aku kecik2...arwah atok aku akan letakkan pelita atas uri yang ditanam...so persoalan tentang menanam uri bayi telah menarik perhatian aku di mana seorang pembaca Pa & Ma telah mengemukakan persoalan tentang menanam uri nie...

pembaca tersebut telah bertanya
".....boleh tolong jelaskan secara terperinci mengenai hukum amalan tersebut.  Apakah sebenarnya tata cara menaman uri secara syar'i?"

oleh itu soalan tersebut telah dijawab oleh Hafiz Firdaus Abdullah seperti berikut
"Asal usul amlan menanam uri ialah bagi mengelakkan ia daripada dimakan oleh binatang.  Pada zaman dahulu, kebanyakan kelahiran berlaku di kampung dan di dalam rumah.  setelah melahirkan, tentu ibu perlu berehat serta mnenyusukan bayi.  maka uri yang merupakan bahan buangan dari kelahiran diserahkan kepada ayah untuk ditanam.  pada zaman sekarang di mana kebanyakan kelahiran berlaku di hospital, ibu bapa bolehe meminta pihak hospital untuk menguruskan pembuangan uri.  adapun kepercayaan bahawa uri wajib ditanam dan penanaman itu diikut serta dengan sekian2 benda kerana ia akan memberi nasib baik atau buruk kepada anak, maka ia adalah keercayaan yang boleh membawa kepada SYIRIK.  hal ini kerana nasib baik atau buruk bagi semua bayi telah ditulis oleh Allah dan yang diwajibkan ke atas bayi itu apabila sudah baligh kelak berusaha mencari apa yang telah ditulis ke atasnya...."

begitulah...so ape yang kita buat sekarang nie adalah tidak dilakukan oleh Rasulullah...hanyalah adat semata2...terpulanglah pada diri ...tepuk dada tanya hati... 

6 conteng-conteng:

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

samalah..ktorg sampai skrg..klu tanam uri..mesti letakkan lilin kat atas..

Ain berkata...

kalau kat hospital swasta, uri ni besar jugak permintaan dia....

banyak digunakan untuk buat kosmetik...

ain salute dengan suami yang uruskan sendiri uri anak2....

nampak lebih bertanggungjawab dan prihatin....

so far, uri anak2 ain mak yang uruskan....

Mazatul Azura Muhamad berkata...

Alhamdulillah.. anak2 saya semua suami yg uruskan penanaman uri.. For me, tanam uri nie sebagai menghormati 'kawan' anak kita semasa dalam rahim.. So sewajarnyalah diuruskan sebaik-baiknya... Baby yg latest nie, bersalin kat Shah Alam Specialist Medical Center (SALAM), Uri tu dia dah siap basuh, letak asam, garam & bungkus elok2. Kita tinggal lagi balik tanam jer.. Kalau nak basuh balik pun x per...

mamaaerish : berkata...

ah gitu ker?.... kami tanam ngan selawat jer la kat pokok2 bunyer.... (",)

Zaidah berkata...

lily: orang tua kata klu letak pelita/ lilin supaya terang...tu ajelah yang zai tahu...

ain: memang perminttan untuk uri nie tinggi...diorang memang ade campur kat barangan kosmetik..biar nampak cantik..tapi ade jugak yang buang uri mcam tu aje...so far uri anak2 zai asben yang uruskan...

mazatul: senang kan klu pihak spital dah tolong basuhkan..balik tinggal tanam aje...uri memang ibarat kawan kepada baby...ade jugak orang kata..uri yang kita tanam akan masuk balik dalam rahim kita bla kita pregy lagi..

mamaaerish: klu tanam kat pokok bunga nanti dia suka tanam pokok...betulker macam tu..hehehe...biasanya selawat n dibungkus ngan kain putih...

Lynn Nasir berkata...

alhamdulillah, takde plak lilin2 bagai ni. cumanya, masa menanam tu MIL larang suami bercakap & toleh sana-sini. kenapa ntah..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL