KEHEBATAN CINTA FEB...

25.4.10

Tanpa Agama Manusia Binasa

Tanpa Ilmu Manusia Buta

Tanpa Iman Manusia Sengsara

Tanpa Ukhwah Manusia Tersiksa



Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb




Bu, adik Cuma ingin bertanya....
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


 
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?

 

 
Ibu terkhayal dengan bujukannya

Ibu terbuai dalam bicaranya

Ibu terlena oleh bisikannya

Benarkah bu?





Ibu tak kisah dia peluk ibu

Ibu izin dia sentuh jasad ibu

Ibu puas dapat buktikan setia ibu

Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu

Tapi benarkah bu?


 
Masa berlalu,

Hari ini lepas 9 bulan...

Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil

Hari ini buah cinta kalian telah terzahir

Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...

tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?

Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?

Mengapa ibu pun benci kami?

Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

 
Mengapa ibu?



Tak terasakah sakit dan perit

tak berbakikah kasih dan sayang dan

Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

 


adik cuma nak tanya je bu.....


 
Renung renung kanlah !!!
-Bila seronok, aku cari....pasanganku

-Bila sedih, aku cari....Mak

-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

-Selalu.. aku ingat pasanganku

-Selalu.... Mak ingat kat aku

-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

-Entah bila... aku nak talipon Mak

-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

-Renungkan:

-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...

-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?

-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".



-Berderai air mata jika kita mendengarnya........



-Tapi kalau Mak sudah tiada..........

-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....

-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......

-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....



-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

-"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.



1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu

2-4 orang : Kamu sayang ibumu

5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu

10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......DAN TANPA MEREKA,SAPALA KITA...TUL TAK????



6 conteng-conteng:

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Aduh..Zai..Mengalir air mata lily baca..sebak sgt...

LYaFRINA berkata...

sedih...


ntah ar..smuanya dah x dpt dibendung lagi..

Salina@IbuAqil berkata...

kak zai, ina sedih baca entry ni.. tmbhan gmbr2 yg btul2 menusuk hati tangkai jiwa ina.. 14feb, ina brtarung nyawa lahirkan Aqil Naim.. tp pd tggl tarikh keramat 2 mereka yg brjiwa hati binatang dgn mudahnya melakukan bnda2 keji yg kalo binatang sndiri diberi akal pun tak akan sggup melakukannya.. ya allah, dunia dah akhir zaman..

Mama Hanim berkata...

sedih.. mmg slalu teringat mak abah n keluarga.. asal cuti je trus blk kg..

smp penah ada si mangkuk berkata,' u ni jiwa kg la, cuti je blk kg, bila nk bercuti ke tpt lain plak?..

Jwb: Mmg aku suka blk kg, x rugi. Gembirakan hati ibu bapa selagi hayat mereka ada.. Bila dh xde, tengok tangga umah pn dh nangis. Pastu kau pegi la nk bercuti mana pn..

Abd Rahim berkata...

Bgus blog nie, untuk kita semua yg bernama manusia...

Mummy Nurul berkata...

sedih betul tgk baby2 ni...

ps: zai , kite curi cinta februari ni letak kat blog kite.. :P

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL