Perutku buncit...

8.5.10

Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah…dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali T-Shirt labuh atau apa saja pakaian yg bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai Jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup.Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.



Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.
Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.



Mengurang Pengambilan Garam

 

Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.

 
Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

 
Makan perlahan-lahan

 
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

 
Pengambilan Serat

 

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

credit:forum.com



Awasi Ubat-Ubatan

 

Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.



Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.



Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

7 conteng-conteng:

mama zharfan berkata...

buat sit-up +jaga mkn :) and kena pandai pilih baju yg sesuai :)

perondajaketbiru74 berkata...

bagus bro....gua pun tgh proses nk hilangkan buncit kt perut hehe

Mazatul Azura Muhamad berkata...

saya pun kalau boleh tak nak perut buncit.. kalau berisi tak pe asalkan jgn perut buncit.. hehehe

LYaFRINA berkata...

lya..tia kali mkn msti nk selang dgn minum.. trukkn.. hehhehe...
zai pkaila krim pati halia...

selamat hari ibu..
semoga kt menjadi ibu y terbaik dunia & akhirat buat ank2 kita..
amin..

mast berkata...

mas tak buncit tapi tak boleh makan. mesti perut kembung..nak buat mcm mane ye?

Zaidah berkata...

mama zharfan: kekadang buat jugak...tu yang dia mcam yoyo...

perondajaketbiru: teruskan usaha...semoga berjaya...klu dah berjaya jangan lupa khabaq no...

mai:perut buncit nie memang mencacatkan ketrampilanlah...hehehe

lya:pernah pakai krim pati halia..tapi kejap aje...lepas tu ade penyakit M tu yang tak bleh nak elakkan...

mast: tu banyak angin kot dalam badan...

Hasrol Nizam berkata...

org kata org dh kawen sengn dpt perut buncit..yg laki2 la

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL