Betulker Sambutan Hari IbuTu Haram...???

11.5.10

Salam

aku terbaca n3 berkenaan sambutan Hari Ibu nie...di blog Hanifiyah


Salam Ustaz,

Saya terima email mengenai Hari Ibu seperti di bawah.



Pada saya, nawaitu kita cuma untuk menyambut Hari Ibu. Tiada agenda disebaliknya. Cuma bila saya baca email yang saya terima nih, macam a bit "disturb" lah. Yery upset pun ada juga.







Cuba tolong jelaskan Ustaz.

 

"Kepada semua baca kisah asal usul pengertian "HARI IBU" yang sebenar. Kalau kita sambut hari ibu bermakna kita juga merayakan hari "IBU PADA TUHAN" yang menjadi amalan orang GREECE terdahulu. Ini semua sumber dari kristian dan sudah tentu memesongkan akidah kita. Kalau dulu saya juga terikut ikut merayakan hari ibu tapi sekarang bila dah tahu tak akan saya buat begitu lagi dan juga pada anak anak akan saya beritahu. Jadi kewajipan saya adalah untuk beritahu semua agar JANGAN SAMBUT HARI IBU, kalau kita kasih sayang dan ingat jasa ibu sebaiknya sentiasa mendoakannya tak perlu cuma pada hari hari tertentu saja, setiap hari mendoakannya adalah sebaiknya dan dituntut."



------------

 

Jawaban

 

Salam

 

Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya.

 

Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.

 

Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:

1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.



2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.

 

3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur "romen-romen" dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.

 

4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.

 

Salam




9 conteng-conteng:

SUHAIDA berkata...

THANKS FOR THIS INFORMATION..smile!

Lily@MamaZaraZareef berkata...

Harap niat kite menyambut hari ibu utk menghargai jasa ibu2 kite tu diterima Allah..insyaAllah..

Siti berkata...

oooo...gitu yer...
thanks for info.

Mama Hanim berkata...

Info yg bagus..tq2..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Thx for info..
Tp kita sambut hari ibu ni ..sbg tanda kita sgt menghargai pengorbanan mrk melahir & membesarkan kita..Semoga niat kita itu diterima olehNYA..

AYU berkata...

Kalau boleh sambut lah hari ibu pada setiap hari...bukan pada hari2 tertentu sahaja....

mamaarifakeemaisy berkata...

thanks for the Info..herm setiap hari adalah hari untuk Ibu seeloknya kan..

LYaFRINA berkata...

setiap hari adalah hari ibu.. pttnya setiap saat , detik n waktu n setiap pernafasan kita..kita harus slalu ingt pada ibu kita...

syurga kt dibwh telapak kaki ibu..

Zaidah berkata...

pada zai...kita menyambut hari ibu sekadar mengenangkan segala jasa ibu yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita menjadik insan yang berguna....mcm kata lya..syurga terletak di bawah tapak kaki ibu...betapa besarnyer pengorbanan seorang ibu...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL