Jangan Makan Sauce PREGGO...

24.5.10

Pepagi aku bukak email n terbaca tentang citer kat bawah...actually aku selalu jugak makan spagetti n sauce preggo nie...memang sedap...tapi aku tak tahulah plak ingredientsnyer mengandungi unsur n bahan tak halal...korang bacalah kisah kat bawah...(aku cuma menyebarkan dan menyampaikan aje)...yang lelain korang fikirlah sendiri...


"Orang kita bab makan ...makan dulu tgk kemudian... Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati. Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawabrasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.

 
Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!
Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekalimsaya buang..
Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi..........kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

 
ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi."

9 conteng-conteng:

Zue AnnaLeeya berkata...

eeee..... mmg ader bhn gitu ker??? sos preggo mmg femes kan??? sib baik ler kt umah bebudak nih krg sket spagethi... kene sebar nih...

p/s: zai, saya kopi pes entry nih eh... nak tulun sebar kt kwn2... bulih eh???

ardinihumaira berkata...

Astaghfirullah.. betul ke kak.. dni lom pernah makan yang prego.. pernah makan sos tumis maggi tu je.. Ya Allah ada hikmah rupanya...


Klik Sini ^___^

LYaFRINA berkata...

huhuhu..lya pon ada dpt email ni.. tp y sakit hatinya..2 hari sblum dpt email ni.. lya dah beli sos prego ni.. tp bkn y tomato ni.. y kaler biru punya..carbonara...
dh msuk perut.. lya balik terus cari tin ni..kot2 belum buang.. tp xde.. sbb lya nk check ingredient dia nih.... mtk2 la sos prego carbonara tu bebas!!

Anggerik Biru berkata...

ye ke kaka? haaa...takutnyer! sy pon rajin masak carbonara prego..jgn la ade plak mende bukan2 dlm tu. balik nanti wajib check!

Azrina berkata...

Ya ALLAH saya suka sgt makan dan tak baca pon..adoi..thanks sbb sebarkan maklumat ini. Minta izin copy paste dan saya akan link kat blog awak ye.

mama wanie berkata...

tak der ponn...betul ker ni?

mama wanie berkata...

boleh besarkn gmbr tu tak?

hrp boleh share klau bnda ni betul...

ray berkata...

Itu sos Preggo yang dalam botol je. Yang dalam tin tu xpe. Sebab ada halal JAKIM n Malaysia punya Production. Yang dalam botol kaca tu memang Oversea yang punya & xde halal

Unknown berkata...

terima kaseh lah share..naseb baik mmg tak suka mkn spagetti
Sihat Bersama Saya

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL