Rahsia Hari Lahir Aku....

14.5.10

Hari nie merupakan besday aku....n kebetulan besday aku kali nie jatuh pada hari aku dilahirkan iaitu Hari JUMAAT...penghulu segala hari...biasanyer kalau sambut besday kita appy..tapi aku mcm tak gembira...becoz asben aku tak wishpun untuk aku...sedih gila..yang wish aku pun opismate aku aje....adeker asben aku lupa..atau sengaja buat2 lupa...sub3..

tak ade mood aku nak blogwalking...(mintak maaf yer korang, lagipun baru balik daripada Dataran Bandaraya ...jadik pasukan sorak untuk pertandingan bola sepak tadik...penat..) aku harapkan biarlah dia orang yang pertama mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR SAYANG' tapi tak ade pun....aku just nak kongsi rahsia hari lahir untuk kaum sejenis aku..iaitu WANITA...tapi seblum tu tengok untuk tuan rumahnyer dulu...




JUMAAT- (aku nyer...tapi macam banyak yang tak betullah...ker aku yang tak nak mengaku...)
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

ISNIN- Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA- Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU -Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.


KHAMIS- Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.


SABTU -Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan. AHAD- Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan

AHAD- Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.


sumber: internet

5 conteng-conteng:

Unknown berkata...

selamat hari lahir kak zaidah..

tapi kan..bila ayu baca ttg hari kelahiran ayu tu...ayu rasa mmg ada kena mengena....kikikikiki

tq for sharing

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Selamat hari lahir!!

Moga panjang umur..
Dimurahkan Rezeki..
& berbahagia selalu bersama insan2 yg tersayang..

Lelord berkata...

hepi besday zai...
moga murah rezeki, sihat tubuh badan,dan berbahagia selalu

Zaidah berkata...

ayu: terima kasih ayu...

lily: terima kasih lily

lelord: thanks lelord...

LYaFRINA berkata...

ZAI...
happy birthday!!!
yang keberapa??????

lya doakan zai terus sukses dlm kehidupan, kerjaya n rumahtangga.. n nok happy2 sokmo!!!

yang penting...
kau yang cantik...sopan santunmu...
PALING COMEL....

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL