Datuk Siti Nurhaliza Akui Sukar Dapatkan Penaja

22.6.10

Isu ini sudahpun lama diperdebatkan, namun masih belum menemui jalan penyelesaian. Anak seni tempatan masih sukar mendapat tempat dan perhatian syarikat korporat atau penaja yang sudi menghulur bantuan untuk meluaskan empayar seni mereka. Ini diakui sendiri Datuk Siti Nurhaliza, walaupun telah membuktikan keupayaan luar biasa dalam karier seninya, penaja masih teragak-agak akan percaturan ini dan lebih senang memberi kemudahan kepada orang luar.



"Sukar dapatkan tajaan untuk mengadakan konsert dan kebanyakan konsert yang lepas, ada yang terpaksa saya keluarkan bajet sendiri. Kami masih perlukan penaja untuk menyokong kerjaya seni dalam industri tempatan. Mereka masih akan mendapat manfaat dan tajaan ini adalah satu platfom untuk mereka promosikan produk barangan.


"Buat masa ini, kami tak merancang apa-apa konsert. Keadaan tidak begitu mengizinkan, lebih-lebih lagi sekarang tengah demam Piala Dunia," katanya.


Selain sibuk dengan aktiviti seni, usahanita ini gigih mempromosi dan memperluaskan empayar produk kecantikannya sehingga ke Indonesia, Singapura dan Brunei.


"Alhamdulillah, produk SimplySiti berjaya melepasi target jualan dan ini langkah permulaan yang baik untuk mantapkan perniagaan. Untuk tahun ini, saya akan cuba kukuhkan nama dan jenama produk dan ada perancangan terbaru untuk menghasilkan wangian. Suami akan ke Paris untuk perbincangan dan lihat sendiri kilang pembuatan perfume," tambah Siti.


Harap Saiful Apek Belajar Daripada Kesilapan


Ketika ditemui sewaktu majlis rakaman Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza di Studio 1, Astro, Siti buat pertama kalinya digandingan dengan dua artis yang lahir dari rancangan realiti Akademi Fantasia, Shahir dan Akim. Siti menyifatkan gandingan baru ini berbeza daripada rancangan Aidilfitri yang pernah dijayakannya.

Siti yang sebelumnya kerap menjemput pelawak Saiful Apek menyerikan persembahan nyanyiannya mengakui terkilan dengan berita penangkapan Apek. Tiada apa yang dapat dikatakan, hanya doa menjadi bekal dan semangat kepada temannya itu.

"Jika benar Saiful Apek disabitkan kesalahan tersebut, diharap dia akan belajar daripada kesilapan. Saya akui sedih dengan apa yang berlaku ke atas Apek, namun kes ini belum selesai dan saya hanya mampu doakan ianya berjalan dengan baik. Harap sangat ia berakhir dengan kebaikan.

"Sayang sangat kerana Apek adalah pelawak yang berbakat besar dan kita semua mengenalinya," ujar Siti mengikuti kes yang sedang berlaku ke atas teman rapatnya.



4 conteng-conteng:

LYaFRINA berkata...

x sangka..diva thebat pon ssh dpt sponsor yer..
itula org kita pandang tinggi kat artis luar.. tlalu m'agungkn org luar..

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Diva No1 negara pon susah nk dpt sponsor..Tp klu penyanyi dr luar..senang jer kan nk wat konsert di sini..

Zaidah berkata...

lya: betullah....klu kita sapelah yang nak sponsor

lily:klu penyanyi dari luar memang senang...diskriminasi...

Ain berkata...

ini la namanya kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan....

artis luar senang jer dapat kan...

kesian artis kita....huhuhu..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL